Wednesday, December 23, 2009

Jacket Potato

Dah lama teringin nak buat sendiri jacket or baked potato nie. Bila search resepi kat internet semua suruh bakar dulu kentang sampai masak. tapi en hubby beriya2 suruh rebus jer dulu sebab kalau bakar kena tunggu 1-2 jam tuk pastikan kentang masak, kalau rebus kejap jer dah empuk. Bila rebus kena hati-hati jgn over masak pulak nanti kentang hancur jadi mash potato pulak.
Memula kena bersihkan kulit kentang dan belah dua, rebus kentang agak masak. Korek isi kentang dibahagian tengah dan gaulkan dgn cheese. kat sini ku gunakan gabungan 2 jenis cheese iaitu mozarella dan chedar baru sedap sikit kata member ler, ku ikut sajer. Masukkan juga papper dan garam lepas tu sumbat balik isi kentang nie ke dalam kentang tadi dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar sampai agak2 keperangan or until the cheese has melted. Wah memang sedap gitu, sekali-sekala berangan jadi mat salleh... filling tengah boleh dipelbagaikan dgn letak tuna ker, baked bean ker, ayam ker.. suka hati masing2 ler...
Lepas bakar boleh terus ngap tapi kena hati-hati dgn cheese yg masih panas, karang tak pasal2 mulut melocot pulak....

Sunday, December 20, 2009

Begedil Daging


Masak begedil daging utk makan dgn mee sup, biasa org makan dgn soto, tp belasah jelah.. nak buat pun mudah. tambahan ada lagi belen daging Qurban. Jom tengok cara membuatnya....

Bahan-bahan:
  • Daging
  • kentang
  • daun sup
  • lada sulah
  • telur
  • garam

Cara-caranya:-
  1. Daging dihiris nipis dan direbus sampai empuk
  2. Kentang dihiris nipis dan digoreng
  3. Tumbuk kentang yg telah digoreng
  4. Tumbuk daging yg telag direbus
  5. Satukan bahan yg telah ditumbuk, campurkan lada sulah dan daun sup serta garam
  6. bentukkan bahan di atas suke ler nak buat bentuk apa
  7. celupkan dgn telur dan goreng.
boleh ratah gitu jer or makan dgn nasi or soto or mee sup... selamat mencuba

Saturday, December 19, 2009

Mee Hoon Sup

Hari nie bangun pagi2 terus rebus daging utk buat sup dan begedil. Daging nie belen dari daging qurban masa raye haji. Tu ari ku dah buat sup tulang dan mee sup gak tapi tak sempat merasa sebab lepas siap masak ku tak terus makan dah tu tiba2 syahmi kena masuk wad pulak, so nak hilangkan kempunan kali nie buat lagi sup dan mee sup.

Sebagai regu mee sup ku buat begedil dan sambal kicap baru ler terangkat kan... utk sup aku masak cam biasa jer, rebus daging sampai empuk dulu pastu masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yg dah ditumbuk dan ditumis terlebih dahulu. pastu masukkan rempah sup masak sampai mendidih. celurkan mee hoon taburkan daun sup, bawang goreng dan lobak jeruk serta letakkan begedil dan sambal kicap then masukkan kuah sup. Siap utk dingap, senangkan nie lah menu dari breakfast sampai luncah utk hari nie...

Puding Roti Marble

Lamanya tak update blog nie kan.. dah naik bersawang jadinya. Bukan apa mood nak berblogging hilang sekejap sebab risaukan Syahmi yang masuk hospital sebab demam panas ari tu. Stay kat hospital 3 hari 3 malam, suatu penyeksaan. Tapi alhamdullilah Syahmi dah sihat seperti sedia kala tapi nanti kena pegi hospital lagi pada 5 Feb 2010 utk appointment dgn Dr surgical pulak utk buat minor operation pada pusat dia. Pusat dia sejak lahir sampai sekarang nie tak mau kering2 sentiasa berdarah cuma tak sakit jer dan agak sikit terjojol. Gambar masa syahmi kat wad nanti ku update sebab amik pakai fon jer cable nya ntah mana. Seperkara lagi yg membuatkan mood blogging hilang sebab rumah yg macam kapal nak karam berdebu tak hengat. kat bahagian depan umah tgh buat minor revonation terbang ler duit byk gak tapi tak per utk keselesaan semua
Balik dari sepital teringin nak buat puding lak, nak menyejukkan tekak, tgk roti ada byk lagi.Puding roti nie Ku penah buat sebelum ni. Kali nie buat marble strawberry dan coklat bagi kaler meriah sket. Tapi padaku marble coklat dan warna asal lagi ok sebab strawberry dan coklat dua-dua perisa agak dominan so tak berapa best, walau camner pun dah tinggal sepiring jer lagi puding nie sapa nak merasa boleh ler angkat tangan buat sendiri kat dapur memasing yer..hehehehhe.

Monday, December 7, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat

Dah lama nak try buat puding nie, semalam baru tercapai hajat dihati. Jamie amik resepi ni dari rumah Kak Ummi Kuantan, dan kak Ummi pulak amik dari Mak Lang Azie. Apa-apa pun Jamie ucapkan mekasih buat dua org sifu terkenal ni, Jamie copy and minta halal yea.

Memang mudah dan cepat nak menyediakan puding nie. Lepas sejukkan lam peti ais sedap jer masuk tekak, sapa-sapa nak meh ler ada lagi nie... Kalau tak pon try ler buat sendiri..

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Thursday, December 3, 2009

Cheezy & Creamy Spagetti

Since kat rumah tinggal aku, hubby n Nina jer, so dinner mlm nie cuma masak n makan Spagetti. Walau spagetti jer tapi aku rasa kolesterol agak tinggi juga memandangkan ia begitu lemak berkrim, cheezy dan ditambah udang yg banyak. Takpe lah kan bukan selalu pun, tapi aku lebih suke jenis bolognies takde lah rasa muak sangat.

Memula memang plan nak masak bolognies, dah siap kuarkan mince meat lagi, tp bila check stok paste baru perasan takde bolognies yang ada cuma carbonara jer. Oklah belasah jer sebab spagetti nya udah direbus. Ku teruskan juga padahal kalau pakai pasta jenis lain lagi best kan tp dah terebus spageti nak buat camner. Utk yang nie aku guna Brand Alfredo tp utk bolognies biasa aku guna brand Prego or Brand Tesco jer. Yang Tesco punye pun not bad apa, murah and sedap. Malas nak buat kuah sendiri.hehehehhe... mende2 macam nie memang stok wajib, kalau dah takde idea nak masak apa ataupun angin malas dtg melanda nak masak banyak2 lauk sudah pasti pasta lah jadi pilihan. Tambahan pulak en hubby memang suka makan yg mcm2 nie... Nasib baiik..

Wednesday, December 2, 2009

Pulut Kuning- Nina 4 tahun

Jom makan pulut kuning, utk pengetahuan korang nie baru pertama kali aku buat pulut kuning, actually 2nd time, 1st time masa aku kat Uni dulu tp masa tu main taram jer buat pulut kuning utk cucuk bunga telur. Selalu tu tau makan jer tak amik kisah pon mcm mana cara nak masak pulut kuning nie. Bila birthday Anakku yang sulong pada 1 Dis semalam nie, baru aku gelabah nak cari resepi nak buat pulut kuning, memang mudah jer sebenarnya nak buat pulut kuning nie. Alhamdulillah memang menjadi dan sedang elok jer pulut tu masak. dan utk lawan pulut ni, aku buat rendang daging, almaklum ler daging Qurban kan banyak. Aku buat rendang daging 2 kilo dan pulut kuning pun 2 kilo gak, nak tunggu rendang kering punye lah bercinta.. lama yg amat.. kalau tinggal karang kot takut rentung lak.

Apa-apa hal sebelum melalut panjang2, Mama nak ucapkan selamat hari lahir kepada Anak manja Mama- Nina, semoga kakak menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Mama sayang semua anak-anak Mama.. Luv u all very very much....muahhhhhhhhhhhhhh.... Sebenarnya Nina request suruh buat kek letak gambar power puff girl tapi Mama jer belum berkesempatan nak cari edible image gambar tu.. nanti lah yea akan Mama tunaikan juga permintaan mu itu sayang.. tungguuuu...Bahan-bahan:-
  • 2 kilo pulut
  • 1 kilo santan pekat
  • 4 sudu kunyit serbuk
  • garam
  • Daun pandan
  • Asam keping.
Cara-caranya:-
  1. Rendam beras pulut dalam air bersama serbuk kunyit dan asam keping lebih kurang 30-60 minit.
  2. Panaskan air kukusan.
  3. Cuci beras pulut, buang asam keping dan toskan. Susun daun pandan dalam kukus dan masukkan beras pulut tadi.
  4. Kukus sampai separuh masak, lebih kurang 20-30 minit.
  5. Keluarkan pulut separuh masak tadi dan masukkan dalam bekas lain.
  6. Gaulkan pulut dengan santan pekat dan garam.
  7. Kukuskan semula pulut tadi sampai masak.
  8. Dah siap.... selamat mencuba, sampai mlm pun pulut tak basi dan masih lembut lagi...

Aween Bertunang

Majlis pertunangan ini berlangsung pada hari Ahad 29 Nov 2009, kami sekeluarga yang berhari raya Kota Tinggi Johor terpaksa bergegas balik semula ke Rawang pada hari sabtu utk menghadiri majlis nie. Rase tak sedap pulak kalau tak datang, sebab kami dah anggap keluarga Aween nie dah macam family kami sendiri. Mak Aween lah yg jadi babysitter anak-anakku. Nina dari awal lagi dah kecoh tak mau balik kg sbb nak tengok aween bertunang. Nina kata kak Aween dah sampai jodoh, bila aku tanya jodoh tu apa kakak? Jodoh tu dah nak kawin ler jawab Nina. Dah tu aku tanya "Kakak dah sampai jodoh ke belum?" "Belum lah kakak kan kecik lagi"...hemm memang gitu ler becok mulut Nina nie.. kalau cakap macam org tua.. tapi masa majlis nie soh ambik gambar buat muke poyo jer... Selamat Bertunang yea Aween Moga sampai ke jinjang pelamin tak lama lagi dah bulan Mei 2010 jer...
Antara barang hantaran dari pihak lelaki. semua barang hantaran digubah sendiri oleh Along kakak kepada Aween. Pihak lelaki hantar 5 dulang bertema biru dan dibalas dgn 7 dulang bertema pink.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails