Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha 2010

Salam Aidiladha buat semua kaum muslimin dan muslimat seantero dunia. Tahun ni kami sekeluarga beraya di rumah sendiri dan tak balik kampung seperti tahun2 sebelumnya. Kedua-dua mak beraya bersama kami. Tahun ni kami diberi peluang sekali lagi untuk menyempurnakan ibadah korban dengan seekor lembu melalui Persatuan Penduduk KJ yang dibuat di Surau KJ. Satu bahagian Rm350 dan agak murah jika dibandingkan dgn tempat lain.

Ketika N3 ditulis, saya baru jer siap memasak hidangan utk dimakan dipagi raya iaitu kari ayam dan sambal udang. Sementara ketupat telah siap direbus siang tadi. Masakan daging akan dimasak esok lepas dapat daging korban. Agak-agak nak masak apa yek?? oklah nak tido dulu esok nak pi sembahyang raya karang tak terbangun pulak.....ZZZZZZ

Sunday, November 14, 2010

Ikan masak lemak cili api dgn belimbing


Kat rumah ni ramai pengemar lemak cili api ni, tapi takde le pedas berapi sgt, pedas-peda manja gitu. Kebetulan dpt belimbing buluh free tadi , mak sedara hantar kat rumah satu plastik. hambik ko..kalau nak beli mau 4-5 hengget reganya. bila dah letak belimbing takyah ler letak asam keping, memang syok arrr.... ikan pulak beli kat pasar tani pagi tadi sepinggan 5 ekor rega rm3.00 jer, 2 pinggan rm5 tp tak kuasa lak banyak2 sapa nak perabiskan. Jom ler layan resepi main campak-campak aku nie...

Bahan-bahan:-
  • ikan darat
  • 1 biji kelapa parut
  • 10-12 biji cili api
  • 2 inci kunyit
  • belimbing buluh
  • serai
Cara-caranya:-
  1. ikan dibersihkan, dilumur dgn garam dan kunyit serta digoreng, kena tunggu betul2 garing baru balikkan utk elak ikan hancur
  2. tumbuk cili api dan kunyit.
  3. perah santan masuk dalam periuk
  4. masukkan cili api dan kunyit yg dah ditumbuk lumat.
  5. masukkan serai yg dah dititik
  6. masak atas dapur, sampai menggelegak.
  7. sentiasa kacau utk elak pecah santan dan api jgn kuat sgt.
  8. masukkan belimbing buluh dan ikan.
  9. perasakan dgn garam
  10. bila dah mengelegak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, November 13, 2010

Nasi Lemak

Ni adalah sarapan pagi merangkap makan tengah hari, malam kalau ada baki makan ni jugak. Kira complete meal gak tu, siap dgn sambal sotong kering yg baru dapat dari Sabah, telur dadar, ikan bilis dan timun. Mithali kan aku nie..ekekekke. Sori yea en hubby n anak2 mama, memang tak larat sgt hari ni. Operasi membersihkan rumah besar-besaran memandangkan esok mak mertua nak datang sebab nak raya haji bersama kami. Bermula dgn buka semua cadar dan sarung bantal, basuh dan ganti yg baru, sental bilik air, sapu bilik-bilik, sapu tangga dan mop satu rumah. Rasa macam nak tercabut pinggang, lepas siap kemas apalagi mandi, solat zohor dan terus zzzzzzzz.... bangun tido sakit pinggang tak hilang lagi, ambik koyok tampal ler... lega sikit.

Wednesday, November 10, 2010

Wanton Mee n Kuey Teow Goreng

Ini adalah makanan yang kami makan masa kat Genting aritu. Memang agak mahal, tapi memang sudah dijangka dari awal, kalau tempat pelancongan memang mcm tu, especially kalau kat tanah tinggi n kat pulau. Tak boleh ker diaorg jual murah mcm biasa..ekekkeke. Dah lapo punye pasal mahal pun org sanggup beli, yelah takkan nak puasa pulak dah ler cuaca sejuk gigillll...... air teh panas jer satu cawan rm4.50 terkejut omak den. dah ler pekat semacam, mau sembelit lepas minum. hehehhe
Mak makan kuey teow goreng jer, portion agak besar, memang kenyang ler makan satu pinggan rm 12.90 jer...hehehe.
akak makan wanton mee, nak yg bersup, yelah kan sejuk kat situ dapat makan yang bersup2 ni rasa segar jer. wanton ni ada gak yang digoreng. Yang ni harganya rm9.90 satu pinggan. en hubby seperti biasa tetap akan makan nasi, so dia amik nasi lemak berlauk, tp malas ler nak gambar pinggan dia...hehehehe

Monday, November 8, 2010

Bercuti di Genting Highland

Hotel tempat kami bermalam-First World Hotel

Percutian yang tak dirancang pada kali ini adalah ke Genting Highland, plan asal nak ke Cameron Highland tapi sebab last minute baru nak cari tempat penginapan memang ler tak dapat kan, padan muka kami..hahahaha..so tukar ke Genting pulak. tu pun kami main redah jer, sebelum pegi dah tgk kat internet semua hotel fully booked tapi kami try redah jer..mana tau ada rezeki. Dan memang nyata rezeki anak-anak kami dpat satu bilik deluxe kat hotel 1st world. Hotel ni ada 6000 lebih bilik, masa nak check in punye lah lama, memula kena amik no dulu, pastu tu kena tunggu no panggil, adalah dlm sejam lebih, sama jer dah booking dulu atau walk-in tetap kena tunggu...sabarrrrr

Pemandangan dari tingkap bilik kami yg menghadap theme park

Dalam bilik ada 2 katil queen size

Malam tu memang dah tak larat nak main2, cuma turun makan-makan dan pusing2 tgk kawasan dulu, cuaca agak sejuk, kabus tebal, org jgn cakap ler, memang ramai sgt even nak parking keta pun payah. Esoknya baru lah kami gi theme park, kami cuma amik indoor saje, malas nak amik yg outdoor sbb outdoor byk utk dewasa jer, lagipun cuaca sejuk takut budak2 tak tahan. Makan kat sana memang mahal ler, nasi ayam or nasi goreng satu pinggan Rm 12.90++, air teh o panas rm 4.50 secawan..hehehehehhe

Syahmi enjoy his ride very much- sian Nina takleh naik sbb ada height limit.
Perasan besar sbb boleh pandu keta sendiri tanpa pengawasan mama n papa

Mak pun tumpang sekaki dgn cucu-cucu
Syahmi paling suker sekali..

Nina jgn pandang belakang la....

Sunday, November 7, 2010

Nasi Ayam


Salam dihujung minggu, pegi jalan mana hujung minggu ni? kan cuti panjang sejak Jumaat lagi sebab menyambut perayaan Deepavali. Kami sekeluarga pi tido Genting Highland, memula plan asal nak pi Cameron Highland sebab mak tak penah sampai situ ,tapi bila call semua hotel n apartment fully booked terus canceled niat nak ke sana. Dah terbayang-bayang mesti org ramai giler kat atas sana, nak jalan2 pun tak selesa. So kami tukar rancangan ke tanah tinggi lagi satu yg dekat sikit dgn umah, iaitu Genting Highland. Nanti lah full story Jamie update kat N3 seterusnya wokeh. Sekarang jom layan nasi ayam simple utk org yg yg dah taktau nak pikir masak lauk apa. Nasi ayam senang sebab lauknya cuma ayam jer..hahahaha for resepi boleh tengok kat sini.

Tuesday, November 2, 2010

Shepherds Pie


Sekarang sedang agak sibuk training MV di tempat keja so masa nak update blog pun agak terhad. Bila balik pun dah keletihan. Amik resepi dari Blog Chef dan juga novelis tersohor Chef Norzailina Nordin, dah lama teringin nak buat pie ni, ada gak org panggil cottage pie, tapi tak kisah lah yg penting sedap dimakan, yea tak? oklah jom layan resepi..

Bahan-bahan:
  • 40 gm majerin
  • 1 labu bawang besar, cincang
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk
  • 400 gm daging cincang
  • ½ biji cili Benggala hijau }
  • 200 gm lobak merah } dadu
  • 100 gm salderi }
  • 1 camb herba campuran
  • 1 tin tomato (425 gm), kisar
  • Garam secukup rasa

Bahan Atas:
  • 70 gm mentega
  • 800 gm ubi kentang, rebus & lecek
  • 100 gm keju Cheddar, parut (20 g untuk tabur)
  • 2-3 camb susu cair
  • Garam, serbuk lada sulah

Cara membuatnya:
  1. Untuk bahan lauk: Cairkan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna, bubuh cili Benggala, lobak merah, salderi dan tomato kisar.
  3. Tutup periuk dan perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh lembut. Bubuh herba dan garam, angkat.
  4. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas (boleh mengisi 1.75 liter).
  5. Untuk atasnya: Satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam dan serbuk lada sulah.
  6. Ratakan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu di atasnya. Bubuh baki mentega dan taburkan keju.
  7. Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails