Jom makan pulut kuning, utk pengetahuan korang nie baru pertama kali aku buat pulut kuning, actually 2nd time, 1st time masa aku kat Uni dulu tp masa tu main taram jer buat pulut kuning utk cucuk bunga telur. Selalu tu tau makan jer tak amik kisah pon mcm mana cara nak masak pulut kuning nie. Bila birthday Anakku yang sulong pada 1 Dis semalam nie, baru aku gelabah nak cari resepi nak buat pulut kuning, memang mudah jer sebenarnya nak buat pulut kuning nie. Alhamdulillah memang menjadi dan sedang elok jer pulut tu masak. dan utk lawan pulut ni, aku buat rendang daging, almaklum ler daging Qurban kan banyak. Aku buat rendang daging 2 kilo dan pulut kuning pun 2 kilo gak, nak tunggu rendang kering punye lah bercinta.. lama yg amat.. kalau tinggal karang kot takut rentung lak.
Apa-apa hal sebelum melalut panjang2, Mama nak ucapkan selamat hari lahir kepada Anak manja Mama- Nina, semoga kakak menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Mama sayang semua anak-anak Mama.. Luv u all very very much....muahhhhhhhhhhhhhh.... Sebenarnya Nina request suruh buat kek letak gambar power puff girl tapi Mama jer belum berkesempatan nak cari edible image gambar tu.. nanti lah yea akan Mama tunaikan juga permintaan mu itu sayang.. tungguuuu...Bahan-bahan:-
- 2 kilo pulut
- 1 kilo santan pekat
- 4 sudu kunyit serbuk
- garam
- Daun pandan
- Asam keping.
Cara-caranya:-
- Rendam beras pulut dalam air bersama serbuk kunyit dan asam keping lebih kurang 30-60 minit.
- Panaskan air kukusan.
- Cuci beras pulut, buang asam keping dan toskan. Susun daun pandan dalam kukus dan masukkan beras pulut tadi.
- Kukus sampai separuh masak, lebih kurang 20-30 minit.
- Keluarkan pulut separuh masak tadi dan masukkan dalam bekas lain.
- Gaulkan pulut dengan santan pekat dan garam.
- Kukuskan semula pulut tadi sampai masak.
- Dah siap.... selamat mencuba, sampai mlm pun pulut tak basi dan masih lembut lagi...
No comments:
Post a Comment