Wednesday, April 28, 2010

Sambal Udang & Petai


En hubby dan emak favorite, aku tak berapa gemar sebab ada petai, aku kuis-kuis amik udang jer. Pakai udang putih jenis udang kertas jer, best sebab kulit dia lembut, kalau udang yg jenis besar2 kulit keras. Sekarang petai cam dah takde musim (bermusim ker petai nie??) sentiasa ada jer jual kat pasar.
Sambal tumis udang petai lawan lak dgn masak lemak pucuk paku dgn ikan masin, perghh.. memang gandingan yang serasi, bikin org terlentang kekenyangan.. kalau nak meniarap takleh perut dah buncit..hahahaha

Tuesday, April 27, 2010

Kerang Goreng Bersambal

Dulu selalu makan kerang gaya gini kat Pantai Sg Lurus, Senggarang Batu Pahat. Sekarang dah lama tak ke situ ntah ada jual lagi ker tak. Mak pun dah teringin nak makan kerang masak camni, Takkan nak drive sejauh itu kalau setakat nak makan kerang nie.. so aku pun main agak2 jer bahan2 dan resepi nak membuat nya.. Jom layan...

Bahan-bahan:-
  • 1 kg Kerang- direbus dan dikopek sebelah kulitnya
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato'
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 labu bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 batang serai dititik
  • 2 sudu besar kacang goreng yang ditumbuk kasar
  • garam & ajinomoto
Cara-caranya:-
  1. Tumbuk atau kisar bahan2 bertanda*.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, sos tomato dan gula
  4. Kacau lagi, masukkan serai dan air asam jawa.
  5. Masukkan kerang dan gaul sebati.
  6. Taburkan dengan kacang tumbuk, gaul2 dan boleh lah diangkat dan dihidang.

Monday, April 26, 2010

Friendship Award dan Tag From Ummiaffaf@Wanieyra

Lihatlah duniaaa.... kembang kempis idung dapat award, nak bagi speech panjang2 lum karang lagi. Apa-apa pun thanks to Ummiaffaf@Wanieyra yang telah bagi award n tag nie. 1st time menjawab tag selama terjebak dlm dunia blog nie kesian kan.. org tak berapa nak glemer.. biasa syok sendiri jer...wakakakakaka

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
wokeh.. beress..

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Award From UmmiAffaf@Wanieyra

(c) KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN... banyaknya!!!!!!!!!

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :

1. Jamie-kengkawan panggil kdg2 bos pun sama
2.Jamilah- nama penuh gitu..skema
3. Mok su@ ucu- anak2 sedara
4. Adik- mak,adik beradik and sedara mara
5. Ayang- en hubby pangggil

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 24.2 - lahir ke dunia
2. 3.4- dapat laki
3. 23.10 - Birthday en hubby
4. 1.12- beranak Nina
5. 11.4- beranak syahmi
*Important dates tapi kengkadang tak ingat.. boleh tak???

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :
1. Naik beskal masuk kebun getah bersama en hubby.. cross country and down hill
2. Marathon ke Pasar jam 7 pg sebelum naik basikal
3. Masak sambal udang +petai dan pucuk paku masak lemak balik dari main beskal
4. hantar syahmi pi gunting rambut- buat style pacak gitu
5. Berjalan umah jiram cam tak ingat nak balik...

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :
1. Masak n makan
2. window shopping
3. makes other people happy
4. Dating dgn en hubby
5. tido...

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1. citer seram
2. citer sedih
3. citer romantik
4. citer lawak
5. citer suspen

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :
1. Makan
2. jalan-jalan carik pasal
3. Tidor
4. carik resepi baru dan try buat
5. berangan

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :
1. Husband
2. Anak-anak
3. Mak Ayah & mentua
4. Adik-beradik
5. dan semuanya……………..sama jer cam wanieyra

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :
1. New Zealand- kalau tak dpt kg new zealand pun jd lah
2. UK- nak jumpa member yg duk sana
3. Pulau-pulau- tak kisah lah mana janji best.. pulau langkawi pun bleh gak
4. Australia- mengimbau kenangan lalu
5. Bandung atau Bali- dekat jer

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1. Dapat tag, so buat lah
2. sebab tak penah buat tag
3. saje suka2
4. nak menambah entry
5. bukan selalu pun...

(10) FIVE PERSON TO TAG :
1. Faizah
2. Rafiah
3.Nur-fiqah
4. Norma-hantumakan
5. sapa-sapa yang berminat.. silakan...

Sunday, April 25, 2010

Ayam Panggang

Dah lama tak pegi Kenny rogers, bila ajak en hubby banyak jer alasan nya, jauh ler, penat ler gitu ler gini ler (sebenarnya takut kopak kena ketuk). Paling sedap muffin dia lah.. sapa2 ada resepi leh buat muffin sebijik cam kat kenny rogers bagi tau arr..

Balik keje semalam beli ayam sekor, bersihkan dan perap dgn segala macam rempah tok nenek yg ada lam simpanan, lepas sejam potongkan kentang dan tomato aku bakar lam oven. Sementara nak tunggu masak bau dah semerbak, meleleh air liur, cepatlah masak ayam nie...
Masak jer terus angkat, sejukkan lam 5 minit terus makan, sedap wooo.. lepaslah teringin nak makan kat kenny rogers dan aku rasa yg nie lagi bagus sebab murah, air free lagi, tak perlu nak bersiap bagai...
Rasa cam ayam golek pusing yang jual kat tepi tasik biru pun ada. Lepas makan terus tergolek kekenyangan.. burppp.. alhamdulillah.. terus melengkor cam ular sawa... hahahahha

Mangga@Pelam@ Mempelam

Pelam kecik memang dah ada kat umah, saje nak wat perbandingan

Kelmarin en hubby ada kerja di Bidor, Perak. Pegi dari pagi sampai malam baru balik. Banyak keje kot tu yg sehari suntuk. Balik-balik jer aku tanya beli apa? diunjuknya pelam. Ni jer? oklah tu kata nya, seb baik beli apa2 kalau balik kosong jer. mekasih yea sebab beli... cam nak perli jer.. banyak lagi buah ada jual kat perak tu, jambu takde biji ada, limau bali ada, kuah rojak mak bee ada apsal ler tak borong semua.... baru best, sedap sikit nak makan.


En hubby beli 2 jenis pelam, satu yang besar gedabak, cam dia hehehe (ampun yer bang) dan satu jenis lagi mangga jenis lily. Yang besar tu lebih kurang 2 kg lebih sebijik, kami makan sebelah dulu esok baru sambung makan sebelah lagi. Sebelah jer bila dah potong penuh sepinggan nak mengabiskan pun tak larat... buahnya masak layu, ada part rasa masam ada yg rasa manis. Tak pelah rezeki, alhamdullilah, asal leh makan sudah.. lain kali beli lagi yea bang....

Wednesday, April 21, 2010

Shushi


Jamie dengan Hubby memang suke makan shushi... biasa kalau nak makan memang beli jer.. setakat nie lom tergerak hati nak cuba buat sendiri. Tengok org buat cam senang jer bunyinya.. bila lah nak sampai seru nak buat sendiri nie. kalau buat nanti takut tak menjadi, pastu rase dia sama ker... pikir punye pikir nak selamat beli ajerlah.. jom ler jamu mata.. shushinya dah habis pon kena ngap dgn kami...


Paling suke letak wasabi banyak2, pastu berpinar mata dan rasa semacam jer kat hidung.. tapi itulah yg bestnya kan...

Monday, April 19, 2010

Kuih Bakar Jagung

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka (Jamie x letak pun)

Cara-Cara

1
. Blender semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan blender sebentar.

3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam

Tengok K.Nur buat kuih bakar jagung nie macam sedap jer, kebetulan sehari sebelum tu buat kuih bakar labu. tapi lom sempat di posingkan telah selamat dimakan, nantilah esok2 buat lagi. kuih nie memang lemak berkrim, sedap gitu cuma jamie buat agak terlembik sikit sebab guna jagung yg dalam tin yg bukan jenis berkrim tu dan jamie masukkan semua airnya. whatever pun i like this kuih (terus spekong london) very yummy.... resepi amik dari blog Nur yg diambil pulak dari MyR from zana08.

Friday, April 16, 2010

Mee hoon sup

Bila tekak tak selera nak makan nasi, cuba makan mee sup pulak, mesti sedap lagi-lagi kalau lawan dgn sambal kicap yang pedas2 sikit.. fuhh terangkat beb... tengoklah bahan-bahan hiasan yang tak semengah.. taugeh, limau, lobak jeruk, daun sup dan daging.
Ditambah dengan bawang goreng dan sambal kicap..boleh pilih nak mee hoon ke nak nasi impit, kalau nasi impit dah jadi soto lak.. hehehe 2 dalam 1
Cerita banyak pun tak guna.. jom layan mee sup...

Thursday, April 15, 2010

Apam Mekar

Apam nie sepatutnya mekar macam namanya.. bila aku buat adalah 2-3 jer yang menyengih mcm kena paksa. mungkin ada silap kat mana-mana kot sebab org lain buat elok jer.. kalau korang tak caya cuba korang buat mungkin akan mekar setaman kembangnya... ada hikmahnya bila tak jadi.. sebab kalau menjadi mau aku yg kembang setaman kena puji sebab sedap..hehehe

Bahan-bahan:
  • 250 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sdk esen vanila
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sdk ovallate
  • pewarna ikut suka
  • paper cup
Cara-caranya:-
  1. Panaskan kukusan
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang
  3. masukkan esen vanila dan pukul lagi
  4. masukkan ovallate dan pukul lagi
  5. masukkan tepung dan susu berselang seli sambil dipukul
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letak pewarna
  7. Masukkan dalam piping beg dan picit dlm cup
  8. kukus 10-15 minit.
Resepi ambil dari Myresepi oleh rossitamz dan diambil dari kak hanieliza.. mekasih yea.. akan ku cuba hingga berjaya

Wednesday, April 14, 2010

Marble Cheesecake

Plain ciskek yg telah dicorakkan bentuk spider web gunakan serbuk koko campur dgn adunan ciskek. Base guna biskut halia dan kacang yg beli kat tesco dgn rega murah jer... biskut tu jer yg adoo.. kes malas nak kuar beli biskut lain. Kedai pun bukan dekat dgn umah, kang penat2 pegi takde pulak jual biskut digestive tu.. buat perabih minyak keto den yo nanti..

Tengok ler, tak senonoh punye keje, hidang dgn tapak loyang sekali.. yang penting mantooppp... kek ni buat masa birthday syahmi sebagai tambahan pada kek coklat, takut tak cukup laks... Nak rasa ker? meh ler oder.....

Monday, April 12, 2010

Rich Chocolate Moist Cake

Kek ni entah dah berapa kali dibuat.. memang sedap..tapi awas jgn cuba nak kurangkan gula nanti kek jadi kering sgt dan berderai (cakap dari pengalaman). resepi amik dari umah Kak Umie Kuantan dan beliau amik dari dapur Noreen UK.. thanks to both of u...resepi copy paste from dapur kak umie yea..

Bahan:-
  • 6 oz (170 gm) mentega
  • 14 oz (397 gm) gula kastor
  • 3 biji telor
  • 7 oz air sejuk

Bahan A (dibancuh):-

  • 1 sudu teh nescafe
  • 1 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste

Bahan B (diayak bersama):-

  • 8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
  • 2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder

Cara Membuat:-

  1. Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
  3. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
  5. Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
  6. Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 50 - 60 minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
  9. Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.
Bahan Untuk Ganache/Icing:-
  • 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam

Cara Membuat:-

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
  3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
  4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
  5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.

Syahmi is 3 years old...

11.04.2010 genap umur syahmi 3 tahun. Tiap kali mama buat kek mesti dia sibuk.. takde pon kek yuyu adik.. sambil ngangis kesedihan. Sian pulak mama tengok... so kali nie kebetulan bday syahmi jatuh hari Ahad bolehlah mama masak2 beriya dan ajak jiran2 dekat umah dtg makan. Syahmi org paling gembira sekali.
Kakak Nina pun tumpang sekaki... menyibuk nak potong kek adik.. adik dah beriya pegang lighter nak pasang lilin, tapi mama lupa nak bawak balik lilin lah dik.. tertinggal kat opis...
Syahmi tengah khusyuk berdoa apa lah agaknya tu... Selamat hari lahir anakku.. mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak mama. Jadilah anak yang soleh dan mendengar kata ibu bapa, moga syahmi berjaya di dunia dan di akhirat.. jangan nakal-nakal... mama dan papa sayang syahmi....

Saturday, April 10, 2010

Jom Kurus

Asyik makan dan masak sedap2 jer tak sedar badan dan mengembang bagai dipam-pam ( or buat2 tak sedar hahahaha). so nak kongsi dgn kawan2, marilah sama-sama kita mengecilkan badan. Bukan susah pun, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Alhamdullilah setakat nie.. dah kurang 5 kg you.. napa?? tak percaya? mana ada tipu.. kan tipu dosa.. jom ler cuba try test. rasa pon sedap dan takde lah asyik nak membuang jer kejenya, memang bestlah..
Sapa yg berhajat tu leh tinggal komen..jgn malu2.. penghantaran boleh diuruskan.. rega buleh runding.. rega kawan2 cyber pun ada

Tuesday, April 6, 2010

Happy Anniversary to us


Pada 3.4.2010 yang lepas genaplah 6 tahun usia perkahwinan kami. Walaupun masih agak baru dibandingkan dgn kawan2 yg lain namun kami bersyukur kerana kami berjaya mengharungi suka duka bersama selama ini. Moga jodoh antara kami berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Tengoklah pengantin yg begitu gumbira, senyum nampak semua gigi

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu yang Maha Esa atas limpah rahmat dan kurniaMu ke atas rumah tangga kami. Janganlah Kau uji kami dengan dugaan yang tak mampu kami pikul Ya Allah... Moga kami dapat mendidik anak-anak, putera dan puteri yang diamanahkan kepada kami ke arah jalan yang Kau redhai...Untuk hadiah anniversary tahun ini, aku beli sepasang cincin yang baru utk kami berdua sebab cincin hubby dah hilang masa mandi laut 3-4 tahun lepas. Kali nie jaga baik2 yea bang, kalau hilang takmau beli lagi dah cuma abang jer kena belikan saya cincin platinum bertahtahkan berlian sebagai dendanya ok tak?

Oreo Cheesecake Again...

Oreo Ciskek ni ditempah oleh Opismate ku Mariam yg penah tempah blueberry ciskek utk birthday hubby dia. Kali ni dia nak oreo ciskek pulak utk anak dia yg menyambut hari kelahiran yg ke-2 thn. Happy birthday Nur Alisha Liyana, moga jadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat..Aminn..
Mariam nak bentuk 4 segi, maybe senang nak potong dan agih2kan kot. Terpaksalah pikir camner nak buat sebab ciskek biasa akan guna loyang springfoam yg boleh dibuka bhgn tepi dan bawah. Akhirnya dpt idea utk balut loyang 4 segi yg boleh bukak bwh shj dgn aluminium foil sebelum dicurah adunan ciskek dan inilah hasilnya.
Minta maaf banyak2 jika tak menepati citarasa Mariam sebab kalau boleh beliau nak colourful dan hiasan kek agak meriah utk anaknya dan utk tidak menghampakan aku beli bunga warna warni yg biasa letak atas kek buttercream disekeliling kek utk memeriahkan lagi rupa paras kek nie. Sori yea.. jgn serik oder lagi dgn akak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails