Wednesday, May 27, 2009

Strawberry Slice Cheesecake

Bila tengok Hana dan Cik Mat buat kek nie menjadi bukan main gebunya, maka terasa nak mencuba juga. Ini adalah percubaan kali kedua buat kek nie. Masa 1st trial buat plain jer takde perisa, tapi kek naik separuh-separuh. Bahagian atas ok tapi bahagian bawah bantat. Cubaan kedua letak perisa strawberry memula macam dah ok tapi bila dah sejuk keraslah pulak. Rasanya tak berapa menjadi. Namun Jamie letak gak resepi cut and paste dari umah cik mat kita tuh... bagi sapa2 yg ada berani nak mencuba resepi nie.. dipersilakan.. gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.. :)

BAHAN-BAHANNYA :-

200 ml susu segar
4 keping slice cheese
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste- Jamie letak strawberry paste
Sedikit pewarna hijau- Jamie tak letak
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, strawberry paste, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...Jamie guna direct atas api
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong...Memang sedap u!!!- Jmaie punye tak berapa jadi maka kureng ler..

Sunday, May 24, 2009

Choc Chips Almond Muffins


Buat muffin nie untuk dibawa ke rumah sepupu kat Taman Kantan Permai, Kajang. Muffin nie naik gebu dan rasanya sedap ... coklat mana tak sedapnya. Sepupuku sgt suka dan impressed sebab dapat buah tangan muffin nie. Resepi amik dari rumah Kak Rinnchan.

Bahan-bahan:
BahanA (Diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis (Jamie tak letak pun)
1/2 cawan almond cincang

* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min -25min, bergantung kepada oven masing-masing.

Friday, May 22, 2009

Choco Mousse Brownies

Memang sedap banget... jempol. Thumbs up! Nak tau betul ke sedap kena lah try yea.. Resepi asal dari Yani@MyR tapi yang nie Jamie C&P dari umah bujang CMG. Mekasih yea Yani and CMG.

Bahan Untuk Brownies :-
45 g mentega
1 biji telur gred A
65 g gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
50 g tepung*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca besar serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse :-
140 g coklat masakan
1 camca besar gelatin (guna Halalgel)
100 ml air
2 putih telur
2oog whipping cream
40 g gula kastor

Cara membuatnya :-)

UNTUK BROWNIES :- Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser springform pan berukuran 18 cm (Jamie guna 20cm) dengan mentega. Ketepikan. Pukul mentega, gula dan vanila (jika guna) hingga putih. Masukkan telur dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sediki hingga habis, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek sepenuhnya.


UNTUK MOUSSE :-Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau rata. Biarkan sejuk. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim (jgn terlebih pukul, nanti jadi cair!). Satukan coklat tadi bersama whipping cream dan putih telur, gaul rata.


PENYEDIAAN CHOCO MOUSSE BROWNIES :- Tuang adunan mousse tadi ke atas brownies. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.

Mousse sebelum pakai make-up. Nampak comot tapi natural beauty gitu, belum touch-up dgn coco powder.

Relax jap...

Sori lah dah mula nak bersawang dan berhabuk rumah nie kan. Aktiviti memasak berjalan macam biasa cuma tak berkesempatan nak update sebab agak sibuk dengan beberapa hal yang tak dapat nak dielakkan. Ada yang rindu ker???
Mak Jamie tak berapa sihat dari sejak hari ibu yang lepas sampai la nie... so amik keputusan bawa emak datang ke rumah dan jaga emak sampai betul-betul sembuh. Demam mak dah kurang tinggal batuk2 jer, kesian mak terbatuk-batuk sampai tak lena dan tak cukup tidur, macam-macam ubat batuk emak dah cuba tapi belum menampak kan kesan.. mungkin belum diizinkan Allah. Jamie doakan moga mak cepat sembuh dan sentiasa sihat..amin..
Walaupun begitu masih sempat masak2 cam biasa sebab mak nie jenis org yang suka makan. Tapi sebab buat dalam keadaan terkocoh kacah maka hasilnya tak berapa memuaskan. Baru2 ni ada cuba buat slice cheese cake tapi jadi separuh2 jer, separuh naik separuh bantat tapi jamie tau dah mana silapnya, mak tanya kek nie memang camnie ker..:). Lepas tuh buat pulak roti kentang, pun tak berapa menjadi, doh jadi terlampau lembik, tak leh nak bentuk tapi kugagahkan jugak masuk dalam loyang letak custard dan bakar, seb baik jadi gak. Hubby tanya napa rotinya gemuk2.. hehehe tgk org ler... kendian buat pulak caramel pudding croissont, pun jadi kelakar gak, termanis sgt.. macam-macam hal....

Monday, May 18, 2009

Rendang Tok


Rendang yang dibuat guna pes rendang yang jual kat pasar Ahad dekat Kg Melayu Kundang. Rasanya boleh tahan gak dan yg pastinya nak buat senang dan sesuai untuk ibuk2 yg bekerja. Saja buat rendang tuh basah2 biar ada kuah sket, nanti nak perangat baru lah keringkan. Tapi tak sempat kering dah langsai. Banyak lagi pes yg dijual, semua pakai cedok jer.. pes sambal tumis, kurma, rendang, sup dll. Satu bekas RM2 jer.. cukup untuk masak 2-3 kali. Selain rendang, sup nie pun buat pakai pes segera gak.. mudah.. even garam pun tak perlu letak.. kena rasa dulu sbb memang dah memang bergaram. So inilah rahsianya untuk masak sedap dan cepat. ewah promo pulak..

Sunday, May 17, 2009

Pudding Strawberry


Buat sebagai pencuci mulut hari nie. Cara penyediaan simple yang amat, cuma perlukan agar2, air susu perisa strawberry, air dan gula. Kalau pakai susu perisa coklat jadi ler puding coklat..yea tak..nak lebih details boleh rujuk sini.

Nasi Kerabu

Hari nie Jamie masak nasi kerabu, tulah masalahnya bila org Johor masak nasi kerabu, ntah apa2 jadinya. Tapi rasanya not bad lah utk tekak org dalam rumah nie. Menu untuk lunch sampai dinner, masak punyalah banyak sampai Cik Abg perli nak bagi makan untuk satu taman ker? Tapi bile dia makan cam tak ingat.. bertambah-tambah. Sedaplah tu cuma takmo ngaku...resepi malas nak tulis, panjang sangat, rasa penat lah masak nasi nie sebab side dish dia banyak sangat. Tapi sekali-sekala memang berbaloi. Sedap lah dari yang beli. Sebab ada lebih hantar ler kat umah jiran dan umah babysitter anak. Kaler memang biru terlebih, dah tu sambal @tumis dia pon terlebih nise tuh yg kaler merah pekat. Camner pon sedap. Yang ni untuk dihantar umah jiran tetangga.

Saturday, May 16, 2009

Somtam


Semalam balik kerja terus beli betik muda untuk buat somtam ni. Nasib baik memang ada jual betik muda kat kedai tu. Tak penah rase pun sebelum nie, so tak tau rasenya serupa tak dgn yg jual kat kedai. Tapi dari segi rupa rasenya ok kot. Lebih kurang cam kerabu mangga jer ranggup krup,krap,krup krap bila makan. Kata kak Nor Ganu kalau beli betik yang dah lembik nak ranggupkan rendam lam air kapur. Tapi betik yg beli nie memang dah ranggup takyah rendam dah ok.Untuk buat somtam nie jamie letak senarai bahan-bahannya, tapi kuantiti pandai-pandai ler agak sendiri yea...:)kalau tak de betik muda, boleh ganti dgn mangga, kulit tembikai, lobak merah dan yang sewaktu dgnnya..

Bahan-bahan:-
Betik muda
cili api
sos ikan
gula
bawang putih
udang kering
Limau kasturi

Caranya:-
1. Masukkan cili api dan bawang putih dalam lesung dan tumbuk sekadar nak pecah-pecahkan jer
2. Sagat betik mudah yang dah dikupas kulitnya.
3. Campurkan betik, cili, gula, sos ikan dan udang kering dan gaul sebati. Perahkan limau kasturi.Gaul lagi, Rase cukup masam manis dan masinnya. Kalau dah ok boleh lah di ngap.

Friday, May 15, 2009

Chocolate Swiss Roll a.k.a Benjy Roll


Ini percubaan kali kedua Jamie buat swiss roll, masa percubaan yang pertama tak berapa menjadi sbb keknya tak naik gebu. Tapi rase tak puas hati nak jugak buat lagi guna resepi lain lak dan alhamdullilah menjadi. Kalau kat kampung, mak-mak kita panggil benjy roll, tak tau mana dtg nama benjy roll tu. Agaknya orang yang membuatnya nama benjy kot, so yang nie nama Jamie roll lah yek... Jamie buat dua filling satu, blueberry dan satu lagi cream cheese...jom layan, resepi dapat dari rumah mamafami, resepinya dalam bahasa omputih, translate ler sendiri...jamie buat double utk dapat dua adunan.Ingredients :

(A)
3 nos eggs
2 oz castor sugar
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon vanilla essence
1/2 tablespoon ovallette
1.5 oz flour, remove 1.5 tablepoon
1/2 tablespoon milk powder
(B)
2 oz butter ~ melted
(C)
1.5 tablespoon cocoa powder
(D)
Buttercream icing- letak ler apa2 pun boleh-jem,buah2an, lempuk etc.

Method :
1. Place ingredients A in a mixing bowl. Beat on high speed for 5 to 7 minutes.
2. Set aside 1.5 tablespoons of the batter and put into a piping bag.
3. Add cocoa powder to the batter in the mixer (larger amount) and beat for another 1 or 2 minutes.
4. Spread the cocoa batter onto the tray layered with greaseproof paper.
5. Pipe lines using the white batter onto the cocoa batter.
6. Using a cake skewer, make lines across the white batter to create batik effect.
7. Bake in a preheated oven at 170 C for 20 minutes.
8. Once baked, remove the cake from the tray onto a wire rack. Let it cool.
9. Turn the cake onto another piece of paper and spread the buttercream.
10. Slowly and carefully, roll the cake. Wrap in a clingfilm and keep in the refrigerator for the buttercream to set before slicing it.

Thursday, May 14, 2009

Apple Green Kasturi


Cuaca panas nie kalau dapat minum ais memang nikmat, rase macam tiap-tiap kali makan nak minum air sejuk. Nak buat air nie memang senang ler, cuma perlukan epal hijau, limau kasturi, gula, asam boi putih, air masak dan air batu. Kisar epal, limau kasturi, gula dan air masak, lepas tu masukkan dalam gelas, letak ais dan asam boi.. siap.. very yummy.. segar jer minum. boleh buat ubat diet nie... ala-ala macam yang jual kat kedai resepi rahasia... :) Jemput Minum!

Wednesday, May 13, 2009

Kek Pisang Kukus

Kali nie masak kek pisang lagi tapi nie versi kukus. Sebenarnya nak merasmikan silicon mould yang baru beli brand tupperware. Memang dah lama mengidam nak beli silicon mould nie, bila tupperware ada offer dari rega RM162 kepada RM35, terus rembat tanpa pikir 2-3 kali. Petang tadi bila balik kerja semangat dah berkobar-kobar nak buat kek nie, bila sampai pintu pagar jer, terus bukak padlock dan tetiba kunci padlock terpatah dan separuh tertinggal kat dlm. Terpaksa call Cik Abang suruh balik hantar kunci. Mekasih yea bang, jangan mare yea..Ni ler rupa silicon mouldku, boleh guna dalam oven, kukus atau cuma buat acuan untuk puding. berbaloikan... Kaler kek pisangku tak berapa gelap, mungkin sebab guna pisang berangan kot, lepas tu sebab kukus comel maka silicon mould nie muat-muat jek nak tutup. oklah layan resepi:-

Bahan-bahan:
8 biji pisang-dilenyek
2 cawan tepung
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn gula perang
4 biji telur
1 sdk esen vanilla
secubit garam
coklat cip utk hiasan atas.

Cara-caranya:-
1.Panaskan air kukusan.
2.Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
3. Pukul telur dan gula sampai sebati. Masukkan minyak, esen vanilla dan kacau sebati.
4.Masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain, dan kacau secara kaup balik sampai rata.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek. Kacau sebati.
6. Taburkan coklat chip dalam mould dan kemudian masukkan bancuhan kek.
7. Kukus selama 1 jam.

Tuesday, May 12, 2009

Aktiviti sempena mothers day

Jamie dan 3 orang kaum ibu yang ditinggal suami telah berpakat untuk mengadakan kelas memasak Nasi Kerabu dirumah salah seorang jiran yang juga merangkap cikgu memasak pada hari itu. Sebenarnya suami-suami kitaorang ada aktiviti berbasikal di Kuala Kubu dan meninggalkan isteri-isteri sendirian kat umah celebrate mothers day. Kejam sungguh diaorang tuh, dah le lepas main basikal mandi sungai pun takmo ajak kitaorg.
Aktiviti memasak bermula jam 10.30 pagi, punyalah kusyuk belajar sampai terlewat nak amik anak yang balik smart reader pukul 11.00 pagi. Jamie siap bawak buku nota, pen dan kamera tapi sampai sudah bawak balik buku nota kosong jer, nak amik gambar pun terlupa busy sangat memasak. So sori ler takde gambar nasi kerabu yang sedap itu.. bayangkan jelah.
Kitaorg masak complete set lauk dia, ulam-ulam, telur masin, ayam goreng, daging goreng, keropok, sambal tumis, kuah budu, kuah cili, cuma yang takde solok jer sbb cikgu belum khatam buat solok lagi so takleh nak turunkan ilmu takut ajaran sesat lak..:)
Kaum bapa balik main basikal dalam kul 4.30 ptg sibuk lapar. Hari nie satu dapur jer yang berasap so kalau nak makan kena pegi umah cikgu yati... dengan muka malu-malu kucing dtg semula umah jiran bersama hubby utk makan dan tapau nasi kerabu...
Puding pelangi yang dibawa ke rumah jiran untuk makan-makan masa aktiviti memasak nasi kerabu.

Monday, May 11, 2009

Chocolate Sour Cream Cake


Nak perabih sour cream belen buat cheesecake ari tu. Dapat resepi from Alia@MyResipi. Masa bakar bau memang harum macam bakar biskut raye lak. Tak sempat nak amik gambar kek besar yang belum potong sebab kamera tertinggal kat umah jiran. Bila dpt balik kamera tinggal 4 ketul nie jelah untuk posing, tapi seketul lagi dah kena kidnap dgn Nina masa baru nak tangkap gambar nie.

Bahan-bahan ( 18 cm )
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
1/2 cawan sour cream
1 sudu kecil esen vanilla
80g coklat chips
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
[ sirap coklat ]
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar fresh milk
30g coklat
1/4 cawan gula perang
Cara-cara
Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan kering. Kacau sebati.
Masukkan sour cream dan esen vanilla
Kemudian masukkan coklat chips. Kacau sebati.
Sediakan sirap coklat. Masukkan semua bahan-bahan untuk sirap. Cairkan dengan kaedah double bowl.
Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang.
Masukkan 1/2 sirap coklat.
Ulang kaedah 7 dan 8
Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 55-60 minit.

My model untuk tunjuk betapa sedapnya mama buat kek nie. Nina kata mama memang mantop!

Sunday, May 10, 2009

Happy Mothers Day

Selamat Hari Ibu buat bonda tercinta Memun Binti Isnin dan juga mak mertua Saerah Binti Yaacob, juga kepada semua kaum ibu diseluruh dunia. Memang sepatutnya ibu diraikan setiap hari bukan setakat setahun sekali.

Tadi Jamie call mak untuk wish hari ibu, dengar suara mak lain macam jer masa angkat talipon, rupa-rupanya mak demam panas, dah nak masuk tiga hari rupanya. Apsal lah mak tak mau call bagitau Jamie. Tapi mak memang macam tuh kalau sakit suka senyap-senyap takmau beritau anak-anak takut anak-anak risau. Dua hari pertama mak tak leh nak bangun, kalau makan muntah jer dan yang sedih takde sapa boleh bawak mak pergi klinik atau hospital, mak cuma makan apa ubat yang ada kat umah jer. Mak duduk dgn akak dia dan 2 org anak kakak mak, cuma 2 org jer yg pandai drive, mak dan sepupu sorang tu, tapi sepupu tu terpaksa balik ke PD sbb abg ipar dia meninggal. Hari ketiga baru mak pegi klinik dngan bantuan Mak cik Zawiyah dan Pakcik Isa yang datang all the way dari Lui Timur bila dengar mak demam teruk. Terima kasih makcik dan pakcik.

Jamie baru balik minggu lepas masa 1st May, masa tuh mak masih sihat walafiat, ingatkan nak ajak mak dtg umah sekali tapi mak tak nak sebab dah janji nak hantar kakak dia pegi Gemas 5 hb Mei. Lepas tu mak balik Johor pulak sampai hari khamis dan balik dari Johor tuh yang mak start demam. Mungkin penat sangat drive sorang2 balik johor dgn cuaca panas nie. Tapi Makcik Jamie kata mak ketegur sebab masa balik Johor dia sibuk petik pucuk paku kat kebun sorang-sorang. Itulah emakku yang sangat berdikari semenjak dari pemergian arwah ayah 20 tahun yang lalu, membesarkan tiga anak yang masih kecil pada umur mak 29 tahun. Walau apa pun mak memang seorang yang tabah dan cekal. Didoakan semoga mak cepat sembuh. Bila call mak mertua, alhamdullilah dia sihat-sihat aje. Mak memang baik, understanding dan penyayang, Jamie rasa bersyukur dapat mak mertua macam mak.

Selamat hari ibu, mak. Saya sayang mak sangat-sangat. Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil. Aminnnn...

Friday, May 8, 2009

Mee Kari

Terasa malas pulak nak masak nasi untuk dinner tonite, so Jamie decided buat mee kari jer. Balik dari opis terus singgah pasar malam beli bahan-bahan untuk buat mee kari, bila kira-kira balik beli bahan jer dekat RM 15.oo kalau beli terus mee kari yang dah siap baru RM2.50 sebungkus, tapi mana nak sama yang buat sendiri dengan yang beli kat pasar malam, buat lagi sedap dan boleh letak banyak-banyak bahan kan..kan..kan..(ayat menyedapkan hati dan memuji diri sendiri). Oklah layan resepi mee kari nie..

Bahan-bahan
1 paket mee kuning
1 bungkus rempah mee kari (beli ready made jer)
1/2 kilo santan pekat
1 kati udang
1 kati sotong
1 bungkus fishcake
1 bungkus fishball
5 ulas bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
4 biji telur rebus untuk hiasan
30sen taugeh dicelur utk hiasan
2 keping tahu digoreng utk hiasan
bawang goreng, cili, limau kasturi, daun sup untuk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan rempah mee kari yang telah dibancuh dgn air dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan bila dah didih masukkan udang, sotong, fishcake dan fish ball. Tambah air kalau pekat sangat.
4. Masukkan garam, gula dan bahan perisa secukup rasa.
5. Masak hingga secukupnya dan hidangkan bersama bahan-bahan hiasan.

Karipap Sardin

Rasa macam nak makan karipap sardin pulak, biasanya beli jer kat depan sekolah dekat dgn tempat kerja. Memang sedap karipap akak tu, tapi tak sampai hati pulak nak mintak resepi, takut tak mau bagi pulak, maklumlah orang berniaga. Tapi bila beli tu sempat gak mintak tips camner nak goreng karipap. Rupanya akak nia tak lokek gak nak berkongsi ilmu, menurut kata dia, masa nak goreng karipap tak perlu minyak panas sangat, mula-mula bukak api slow dan dah boleh masukkan karipap walaupun minyak tak panas sgt, bila karipap dah mula timbul/putih barulah boleh besarkan sket api dan terbalik-balikkan karipap.
Tapi karipap kat atas nie bukan beli dgn dia, beli dgn babysitter yg jaga anak-anakku. Jamie tolong jualkan karipap frozen inti sardin, kentang dan daging kat opis dan dalam pada tu jamie beli gak. Yelah asyik makan free jer sebab tiap kali antar anak pagi-pagi mesti dapat breakfast free, karipap ler, cucur pisang ler, mekasih lah Kak Rose yea....
Jamie pernah gak cuba karipap pusing resepi Alex Goh tapi tak sempat pulak nak amik gambar dan letak N3 kat sini. Nantilah kalau buat lagi Jamie letak ler. Tapi cam tak baloi jer nak buat, baik beli jer, mudah dan ringkas...kes malas ler nie....kehkehkeh.

Wednesday, May 6, 2009

Strawberry Cheesecake

Bila pegi Tesco tengok harga strawberry murah pulak banding masa beli sebelum nie utk buat fruit tart. Ari tu beli RM 13.90 tapi laa ni baru RM5.60. Tak bleh jadi nie kena beli gak walau tak tau nak buat apa..dan inilah hasilnya..tak sempat nak chilled betul dah kena posing.. paksa rela gitu...
Memula tu takut gak nak beli, takut strawberry tu dah nak expired, overdose pesticides, lembik dan yg sewaktu dgnnya, tapi bila check betul2 masih ok lagi. Maka terus sambar tanpa berlengah lagi.
Selepas kuar dari oven dan belum pun sejam disejukkan dalam peti ais dah kena paksa posing. Kali nie aku tak bersendirian Cik Abg pun dah mula tunjukkan minat nak tolong tangkap gambar2 kek nie...pssttt sebenarnya dia dah tak sabo nak makan.
Digandingkan bersama, sebelah menyebelah sebelum strawberry naik junjung.
STRAWBERRY CHEESE CAKE
Sumber : Chef Alex Goh

Bahan-bahan:
Dasar kek:
180gm biskut marie
100gm mentega, dicairkan
* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit or so.
Isian kek:
250gm cream cheese
40g gula halus
30gm tepung gandum
3 biji kuning telur
150gm yogurt asli
3 biji putih telur
60gm gula halus
200gm inti strawberry (Strawberry filling)..boleh ganti dgn jem strawberry

Cara-cara:
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati.
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin.
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.
6. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi. Kemudian tuangkan adunan cream cheese.
7. Bakar pada suhu 160 C di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 50-60 minit atau sehingga kekuningan.
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman.

Kat bawah Jamie lampirkan tips yang kena beri perhatian bila nak buat apa-apa jenis cheesecake nie dari bahan-bahan sampai ler cara nak simpan. Tapi sori ler malas nak translate... kena ler translate sendiri... hehehhehhe

Ingredients: Make sure all ingredients are at room temperature.
Mixing: Do not over mix. Too much air in the batter causes bubbles that can cause cracking. Mix just until creamy and all lumps are gone.
Baking pans: Springform pans are the easiest to use for cheesecake. Take the pan apart, line the bottom plate with aluminum foil, then reassemble the pan. Pull the excess foil up and around the pan to prevent any batter from leaking into the oven. Spray sides and bottom with vegetable spray.
Baking: Put a cake pan of hot water in the bottom of the oven. Not all cheesecakes get baked at the same temperature. What does matter is that fluctuations in temperature can result in unsightly cracks. Resist the urge to open and close the oven door while baking. It is hard to tell when a cheesecake is done and you don't want to over bake it either, which again causes cracks. The cheesecake is generally done when the sides are set and a little puffy and the very center is slightly wiggly.
Cooling: Cool slowly on a wire rack away from drafts and at an even temperature for 2-3 hours. Some people lay a piece of paper towel over the cheesecake (not directly on it) to keep in some of the moisture. Run a sharp knife around the sides. Leave cheesecake in the pan and refrigerate for at least 8 hours or overnight. Run a sharp knife around the pan once more before releasing sides. Peel the foil off the underside of the pan, gently lift the cake with one hand and peel off the foil sliding the cheesecake onto a serving plate.
Rescue: When all else fails, and you end up with an earthquake size fissure down the center, there is still hope. Fresh fruit and pie fillings, frosting, glaze, cookie crumbs and ganache can always cover a multitude of sins and your guests will never know the difference!
Freezing: Cheesecakes freeze great so why not make two! Double wrap with plastic wrap and freeze for 2-3 months.
Sumber: http://baking-decorating-cakes.suite101.com/article.cfm/strawberry_cheesecake_recipe

Tuesday, May 5, 2009

Sirap Bandung

Panas-panas nie kalau minum sirap bandung memang sedap. Sirap bandung nie biasa kalau di Negeri Johor memang letak Ais Krim Soda baru rasanya power. Nak membuatnya memang nampak mudah tapi kalau tak kena gaya akan berketul2 bila campur susu cair dan ais krim soda, so tips tak mau berketul-ketul, selepas siap buat air sirap cam biasa kena letak ais krim soda dan susu serentak sambil dikacau, kemudian baru letak ais. Tak percaya.. cubalah. Bahan-bahannya cuma sirap, gula, air batu, ais krim soda dan susu cair. Kuantiti ikut berapa banyak nak buat la..mudahkan! kalau nak pelbagaikan boleh letak cincau atau biji selasih.

Orange Cake


Semalam teringin pulak nak makan kek tapi nak buat kek apa ekk.. bila tengok dalam peti ais ada buah oren termenung takde org nak makan, maka dpt ler idea utk buat kek oren. Kek nie tekstur agak lembut dan berderai. Kalau nak lebih rase oren boleh letak jus sunquick 1 sudu besar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan( loyang 8x8x3)
250gm butter
250gm self rising flour
200gm gula
sebiji limau sunkist diambil jus dan parut kulitnya
4 biji telur
1/3 cwn fresh milk

Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula sampai ringan dan gebu
2. Masukkan telur dan pukul sebiji demi sebiji
3. Tambahkan orange juice, kulit oren dan susu. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit guna kaedah kaup balik
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 C selama 35-40 minit.

Sunday, May 3, 2009

Small Gathering My Resipi at KLCC

1st May 2009, bertempat di Restaurant Nandos KLCC, satu perjumpaan kecil-kecilan Sesi ke-2 bersama Naib Pengerusi My Resipi telah diadakan hasil usaha Puan Lilydvalley. Sesi pertama telah di adakan di restaurat Cheng Ho, Taman Setiawangsa tapi tak berkesempatan nak pergi sebab gathering diadakan waktu malam, balik kerja jer dah pukul 6.30 ptg, nak bersiap-siap lagi, mau sampai sana nanti org dah sibuk nak balik.

Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Lily sebab sudi belanja makan, lain kali belanja lah lagi. Semoga makin bertambah murah rezeki. Sori pada semua tak sempat nak bermesra-mesraan lama-lama terpaksa bekejar untuk balik kampung pulak. Next time kita kumpul2 lagi yea. Thanks to nenie sbb bagi goodie bag, sedap betul coklat cips tuh, tak sempat sampai rumah dah abis. Thanks to kak yani gak yg sanggup dtg bawak baby dan anak-anak untuk jumpa kita org.
Walaupun tak ramai tapi tetap meriah dan gamat sebab ada Kak Ina dan Kak Lily yang memeriahkan keadaan. Sapa yang tak datang tu memang rugi.... hehehehhheheTengok ler anak daraku pun sibuk nak enterframe, yg bujang sampai merajuk-rajuk sebab mama tak mau amik gambar dia ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails