Saturday, January 30, 2010

Nasi Tomato Ikan

Untuk lunch hari nie, kami makan nasi tomato ikan pulak yea, asyik makan ayam jer tak elok gak, sekali sekala tukar ikan pulak, nak buat nasi itik mana pulak nak cekau itik kat area rumah nie. Resepi amik dari Majalah Rasa, tapi memandangkan banyak benda yg takde jadi resepi nie telah diubah suai ikut suka hatiku.. tapi kubagi resepi asal lah kat sini.. mana tau ada org yg teringin nak cuba nanti... sedap juga not bad, cuma penambahan 2 sudu susu pekat manis buat nasi nie manis sket dan bila guna minyak sapi jadi nasi nie agak memuakkan sikit. Tapi bagus gak...bila muak org tak makan banyak...huhuhu

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Ni 1st time aku join bende2 macam nie sejak dari mula berkecimpung dalam dunia blogging nie. Saja nak try my luck mana tau kot2 bertuah. Dapat tau pasal nie masa aku pie meronda umah Sue@nenie, tgk cara pun mudah.. mana lah taukan rezeki...

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca dihttp://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/

Puding Laici Dangdut

Kelakar kan nama puding nie, tapi puding nie memang sedap, nyaman jer masuk tekak bila dah disejukkan. Puding agak lembut ala-ala taufu fah, sebab tu nama dia gitu sebab bila digoyang dia akan gegar-gegar mcm bergelek agaknya tu yg dtg nama dangdut tu, puding nie takleh potong kena makan pakai sudu, kalau siram air laici kat atasnya pon sodap gak. Thanks to K. Hanieliza dan K.ummi Kuantan for the resepi. Sekali buat kalau ikut resepi akan dpt byk, so sesapa yg nak makan 2-3 org better buat 1/2 jer. Jom layan....

Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Kerabu Sotong

Dah beberapa hari nak buat kerabu, daun selom pun dah naik layu, tapi kalau kerabu daun selom jer sure takde sambutan sangat kat umah nie. Bila gie umah Kak Nor tgk ada resepi kerabu sotong campur suhun, resepi nie asal dari buku K. Hanieliza, Mekasih yea K.Liza n K. Nor, memang sedap ler kerabu nie.. jom try buat...

KERABU SOTONG & SUHUN by K.Hanieliza

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]-Tak de, ganti dgn daun selom

Bahan Tumbuk ~ Jamie hiris jer
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb tak ada
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil] ~ tak letak gak, sbb tak ada, K.Nor ganti dgn carrot, Jamie pun sama
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

Thursday, January 28, 2010

Pancaindera

Hari nie tak de nak buat tayangan amal.. bukan tak masak tapi malas nak amik gambar dinner mlm nie. masak biasa-biasa jer sambal tumis telur puyuh dan sup cendawan campur kentang. Bila anak dah mula sekolah nie, mak dia yang excited lebih-lebih, tiap2 malam duk check ada homework ke idak, duk tanya belajar apa kat sekolah hari nie, tp anak jawap macam nak tak nak jer. Bila tgk apa yg dia belajar hari nie aku pun sibuk berangan nak jadi cikgu gak, suruh kakak bukak buku sains.. gini le ceritanya:-

Mama: mata utk apa?
Nina: Untuk lihat

Mama: telinga?
Nina: Dengar

Mama: Hidung?
Nina: untuk hidu

Mama: lidah?
Nina: Untuk ejek org.. sbb kakak tgk budak boys selalu jelir lidah ejek org....
Mama: Sabor jelah...nanti lidah kena kerat baru tau...

Friday, January 22, 2010

Makan Secara Sihat

Artikel yg menarik yg Jamie nak kongsi dgn u all... jom layan, sambil cuba2 praktiskan...

Tahun baru muncul lagi. Satu lagi peluang untuk memulakan sesuatu yang baru. Apa azam tahun baru anda? Adakah mengurangkan berat badan menjadi salah satu azam? Jika ya, sememangnya anda perlu menilai semula amalan pengambilan makanan anda setahun yang lepas, dan membuat perubahan yang bersesuaian.

Bagi kita anda yang mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti, sudah pastilah mengurangkan berat badan merupakan azam baru pada setiap tahun. Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang normal pula, masalah utama ialah mengetahui cara untuk mengekalkan berat badan.

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan, mengikuti fad diet atau mengurangkan pengambilan makanan secara ekstrim mungkin tidak dapat membantu anda mengurangkan berat badan yang berkekalan. Cara untuk mengurangkan berat badan yang selamat dan berkekalan ialah melalui amalan makan secara sihat dan juga peningkatan aktiviti fizikal.

Jadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada aktiviti harian anda. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal seperti anda meluangkan masa untuk menonton rancangan kegemaran anda. Mulakan dengan aktiviti yang ringkas dan senang seperti meletak kenderaan jauh daripada tangga atau lif, menaiki anak tangga berbanding menggunakan lif, membuat kerja-kerja rumah seperti mengelap lantai, membasuh kain dengan menggunakan tangan, membasuh kereta serta berkebun. Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, bolehlah menjalankan aktiviti fizikal di taman-taman rekreasi seperti berjoging atau mengikuti kelas-kelas tarian atau aerobik.

5 PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT YANG MUDAH UNTUK ANDA IKUTI

1) Makan Secara Teratur

Melangkaui (skipping) sesuatu masa makan boleh membawa kepada kelaparan yang tidak terkawal, selalunya menyebabkan kita makan berlebihan. Amalan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jika anda mengambil bahagian (portion) makanan yang munasabah, tidak ada masalah bagi anda memakan makanan kegemaran anda dan mengekalkan berat badan yang sihat.

2) Minum 6-8 gelas air kosong sehari.

Sekiranya anda gemar mengambil minuman manis, apa kata mulakan tahun baru anda dengan mengubah amalan tersebut. Pengambilan minuman manis boleh menyumbang kepada kalori yang berlebihan yang mudah menyebabkan kegemukan. Percayalah, satu gelas air kosong mengandungi 0 kalori berbanding teh tarik yang mengandungi 128 kalori. Mudah bukan untuk kurangkan kalori !.

3) Hadkan pengambilan makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng.

Makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng adalah tinggi kandungan kalori. Terlalu banyak atau kerap mengambil makanan ini boleh menyebabkan kegemukan terutama bagi mereka yang kurang aktif. Ubahlah tabiat anda dengan mengambil makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau dipanggang. Jumlah kalori dapat dikurangkan sekiranya anda mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng.

4) Amalkan pengambilan buah dan sayur setiap hari

Buah dan sayur adalah penting dalam diet harian. Ia merupakan sumber utama vitamin, mineral, serat dan lain-lain bahan yang penting untuk kesihatan. Kebanyakan orang tidak mengambil buah dan sayur dalam jumlah yang disarankan. Pengambilan pelbagai jenis buah dan sayur mengikut saranan boleh melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik. Ia juga membantu melawaskan saluran najis. Selain daripada itu,buah dan sayur juga mengenyangkan. Ini akan mengurangkan anda mengambil makanan yang lain. Dan yang lebih penting, buah dan sayur adalah rendah kandungan kalori. Ambillah sekurang-kurangnya 5 sajian buah dan sayur setiap hari.

5) Snek yang sihat

Kebanyakan orang tidak menyedari, pengambilan kalori yang berlebihan boleh disebabkan oleh makanan yang tidak mengenyangkan yang dijadikan snek seperti keropok, kerepek, kacang masin, gula-gula, dan biskut lemak atau berkrim. Makanan ini kebanyakkannya tinggi kalori, lemak dan gula. Sekiranya anda sukakan snek, pilihlah snek yang sihat dan rendah kalori seperti buah-buahan, sandwic, jagung rebus, kacang rebus atau panggang dan yogurt rendah lemak dan gula.

Ingat, perubahan dalam amalan diet anda tidak perlu terlalu drastik sehingga anda merasa tertekan untuk melakukannya. Buatlah perubahan secara perlahan-lahan. Perubahan yang kecil dan berkesan adalah lebih baik daripada matlamat yang besar tetapi tidak mampu dicapai.

Artikel oleh :
Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tuesday, January 19, 2010

Rendang Ayam

Hari sabtu mlm hubby complained nak makan takde lauk. Padahal mak dah tolong masak kari daging kesukaan dia, saje ler tu nak cari alasan nak makan kat luar. Sudahnya aku dan hubby keluar jalan2 cari makan. Anak2 semua tinggal kat umah, kitaorg keluar berdua-duaan jer.. sekali sekala apa salahnya kan... kami pegi makan kat satu tempat namanya laman kasih.. tempat nie memang menarik dan menenangkan.. family bisnes.. buka kedai kat depan laman rumah.. tapi memang menarik.. nanti lah bebila akan ku amik gambar kat kedai situ. Semua menu homemade, satu kelainan dgn dikelilingi dusun durian dan lampu yg menarik... kami makan BBQ lamb set dan BBQ combo set (ada chicken wings and lamb) serta salad... dessert pun best siap ada bread and butter puding lagi.. cuma kitaorg tak oder sbb dah kenyang makan kambing...

So hari ahad, sebagai membalas complain, ku pun masak rendang ayam, kerabu mangga and lemak pucuk paku dgn udang.. cukup tak lauk tu cik abang?? Jom layan resepi rendang ayam..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • segenggam cili api*
  • 2 labu bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 2 sudu ketumbar- disangai*
  • 2 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • kerisik
  • garam
  • asam keping
  • gula melaka
Cara-cara
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  2. tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau
  3. masukkan ayam dan biar sampai ayam empuk
  4. masukkan asam keping, perasakan dgn garam dan gula
  5. agak dah kering baru masukkan kerisik dan kacau sebati
  6. boleh juga letak hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  7. dah siap utk dihidangkan. Selamat mencuba....

Monday, January 18, 2010

Masak lemak pucuk paku dgn udang

Nie menu untuk hujung minggu lepas. Mak suka makan pucuk paku, anak-anak suka kuah lemak dan hubby pulak suka udang. Jadi nak senang keje, ku combined semua dalam masak lemak pucuk paku campur udang. Sekejap jer licin walaupun pucuk paku tu beli dua ikat, ingatkan boleh ler sampai ker malam, tp petang jer dah tinggal kuah jer. isi dia tinggal sayup sayup jek.. resepi nak ker? tak payah ler kan... (kes malas nak taip hehehehhe....)

Thursday, January 14, 2010

Oreo Cheesecake

Tempahan cheesecake yang pertama di tahun 2010 from my officemate. Memula tak tau nak pilih yg mana oreo or coklat ciskek dan finally pilih oreo. Lagi bagus mudah kerja tak payah nak melt the chocolate, sekarang dah ada oreo siap crush dah tak perlu nak beli yg biasa tu, then kena buang cream baru crush. Oleh kerana jadi 1st customer for 2010 ku bagi special diskaun lagi. Thanks Ain for the oder.. kalau sedap oder ler lagi..

Tuesday, January 12, 2010

Ikan Pari Bakar

Lama punye menu, bila makan kat kedai Gear Box, Bangi, teringin pulak nak buat sendiri. Sedap gak makan pari bakar dgn kuah sambal ni. Memula bakar ikan mcm biasa, masak kuah asing, bila ikan dah masak letak dalam aluminium foil dan siramkan kuah yg dah dimasak tadi, tapi ada gak org bakar sekali dgn kuah dia, terpulanglah ikut citarasa masing-masing.

Saturday, January 9, 2010

House Renovation

Gambar sebelum: Sedang dalam kerja pecah apa yg patut
Gambar selepas dipasang tiles dan gril, gate lum pasang lagi

Dah lama sebenarnya nak buat pengubahsuaian utk bahagian hadapan rumah, cuma belum diizinkan olehNya ditambah dgn masa dan kewangan yg belum mencukupi. Akhirnya bulan Dec 2009 tercapai juga hajat di hati, bahagian hadapan yang dulu separuh simen dan separuh rumput telah dipasang tiles sepenuhnya, pagar yg dulu separuh besi dan separuh batu, telah dinaik batu habis, gates yg dulu geriji biasa telah ditukar kepada wought iron dan kayu cengal berserta autogate. Rumah sampah telah dipecah dan ditolak ke tepi habis serta dipasang polycarbonate awning bagi mengelakkan hujan dan panas dihadapan rumah. Penambahan lampu, kipas dan plug point dibhgn luar juga dilakukan. Syukur Alhamdullilah. Gambar sebelum renovate tak banyak ambik sbb tak berkesempatan dek kerana syahmi dah masuk sepital, cuma sempat amik satu nie jer tu pun pakai handfon. Tujuan entry nie bukanlah nak bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk cuma sekadar untuk berkongsi bersama rakan-rakan dan sebagai kenangan dihari mendatang.


Banyak juga pengorbanan yang terpaksa dilakukan baik dari segi masa dan wang ringgit, tak lupa juga Syahmi yang masuk hospital akibat demam panas sbb hari2 duk pantau pekerja indon buat kerja, ala-ala mandor tak bergaji. Barang-barang semua kami beli sendiri, pasir, batu, tiles, cat pendek kata semualah, kami tak kisah berulang alik ke kedai hardware byk kali sampai org kedai pun dah kenal, maybe jemu kot asyik muka kitaorg jer hari-hari menebeng kat kedai dia or org kedai tu suka sbb rezeki masuk...hehehehe.

Sementara nak tunggu siap tu punyelah seksa, rumah berdebu bagai nak giler, siang hari memekak bunyi-bunyian yg tak henti-henti menyesakkan telinga. Malam tido rasa tak selamat jer sbb grill dan gate dah takde. Grill kena cabut juga sbb terpaksa potong bahagian bawah sbb nak pasang tiles, dah alang-alang cabut suruh cat baru sekali. Warna asal grill adalah krim lepas tu suruh cat kaler hijau sbb plan tak mau tukar kaler cat. Tapi bila pegi kedai beli cat beli pulak kaler coklat nie dan grill pulak dah siap time tu, memang tak matching langsung kaler tapi takper nanti kalau ada rezeki lebih tukar grill kepada wrought iron juga sama cam gate. Taktau ler bila da duit lebih tu, kenalah start menabung dari sekarang.

Sebenarnya mak lah yg beriya-iya nak suruh buat reno nie sbb mudah utk dia lepak kat luar setelah seharian terperap dalam rumah, anak-anak pun senang nak main beskal petang2, boleh makan-makan kat luar sambil dengar bunyi deruan air terjun dan bunyi burung berkicau dari rumah jiran ( giler best air terjun dia, 3 thn baru siap-kami tumpang dgr jer). Kereta nak parking pun takde masalah, senang jer masuk 2 bijitakyah nak adjust beriya. pendek kata byk reason yg kukuh dan kami rasa berbaloi buat reno nie... tapi dah nama manusia tak pernah puas dgn apa yg ada, ada jer yg tak kena dan nak ditambah itu-ini, bersyukurlah atas nikmatnya...
Buat makan-makan tanda kesyukuran selepas siap renovation dan juga utk birthday Nina yg telah lewat sebulan. Menu malam tu Nasi lemak, sambal udang, ayam goreng berempah, rendang daging, spagetti, puding cocktail and rojak buah.
Antara tetamu yg wajib hadir, jiran sebelah menyebelah rumah.

Tuesday, January 5, 2010

1st day at Kindergarden

Hari ini hari pertama Nina kat sekolah tadika (nina sebut tanika), kalau tahun lepas dia cuma sekolah seminggu sekali on sunday aje (smart reader) but tahun nie dia sekolah everyday. Macam ibu-ibu yg lain ku pun amik cuti sempena anak masuk sekolah baru, nak tengok dia ok ke tak. Sekolah nie cuma sekangkang kera jer jaraknya dari rumah, ku pi hantar dia jalan kaki jer and balik sekolah cikgu dia bermurah hati nak tolong hantar setiap hari, mekasih cikgu.
Persiapan memang betul2 last minutes. Hari Ahad jam 8.30 mlm baru ler kitaorg terhegeh-hegeh pi The Store utk cari beg dan kasut dia, sebenarnya kalau tak beli beg pun takper beg dulu elok lagi tapi saje nak bagi semangat sikit and nina request nak beg beroda, macam le byk sgt buku dia nak bawak. Beg beroda warna pink gambar princess jer dah rega RM69.90, belum lagi adik dia yg sibuk nak gak beg beroda dan terpaksa belikan jugak. Takpe papa yg bayar hehehhe.. gitu gini campur kasut habis ler dekat RM 200. Bila sampai umah tapak beg patah pulak sebab asyik ditarik sana sini, kasut pulak cam muat2 jer, padahal tadi dah try ok jer, so terpaksa ler Nina pakai kasut croc and beg lama on the first day sementara mama nak pi tukar yg baru, seb baik boleh tukar. Kasut dah takde saiz utk patent tu ,kena tukar patent lain and kena tambah duit sket. Tak per lah asalkan boleh tukar udah ler...
Yuran dan segala macam mak nenek pun mama baru bayar masa hantar nina sekolah pagi tadi, punye ler excited, ingatkan kitaorg dah lewat rupa2 nya kitaorg yg 1st sampai, jumlah student tak sampai sepuluh org pun, cam tak meriah jer, jgn nina bosan udah. Yuran plus uniform 2 psg, baju sukan spasang and buku serta alat tulis jer dah 1/2 ribu..hehehhe kopak, kopak... takper lah nak janji belajar rajin2 moga jadi anak yg berguna dunia dan akhirat.
p/s: sori takde gambar sbb bateri kamera dah kong tak sempat beli, nanti ler lain kali amik gambar Nina kat sekolah.

Friday, January 1, 2010

Happy New Year...2010

Selamat tahun baru kepada semua teman-teman bloggers, apa azam tahun nie? Azam tahun sudah dah tercapai ker? Takkan nak carry forward azam tahun lalu.. hehehehe. Apa-apa pun mari lah sama-sama kita muhasabah diri, cukup ker amal ibadah kita, sempurna kah amalan kita, bagaimana hubungan kita dgn yg Maha Pencipta, dgn ibu-bapa, saudara mara, sahabat handai dan org sekeliling kita. Moga tahun ini lebih bermakna dan ceria daripada tahun yang sudah-sudah.
Bukan nak cerita apa tapi ku rase agak terkilan sebab tadi pegi Tesco Damansara. Ku sampai sana dalam pukul 9.00 malam tapi kereta parking dah berderet-deret sepanjang jalan. Biasa tak macam tu, agaknya semua org keluar nak meyambut tahun baru, yg muda-mudi dah tentu-tentu, tapi ada juga mak bapak yg bawa anak2 kecil utk join sekali. Sanggup bersesak-sesak dan jalan kaki berbatu-batu semata-mata nak count down tahun baru. Kalau nak masuk Kl lagi jgn cerita jalan dah jem sana sini, rata-rata siapa yg pegi tentu lah anak-anak melayu islam. Malas ler nak citer panjang lebar.... apa-apa pun Lu Pikir Ler Sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails