Wednesday, October 27, 2010

Ikan Masak Sweet Sour

Jom layan menu ringkas malam ni, ikan gerut masak sweet sour, ni 1st time beli dan masak ikan gerut ni, rasa dia not bad..tentunya rasa ikan lah kan. Apa lagi jom makan...

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 biji cili api- kalau nak letak cili merah hiris nipis2
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1/2 biji timun potong dadu, buang empulur
Garam dan gula secukup rasa
minyak
kalau suka boleh campur nenas atau mix vege

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.
7. Boleh hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, October 25, 2010

Happy Birthday Hubby...

Ada tak gaya ala-ala En Kenny

Sepatutnya entry ini dibuat pada hari Sabtu 23 Oktober 2010 tapi sebab mood nak menghapdet dah hilang masuk ke laut, so Jamie buat jer hari ini sebagai tanda kenang-kenangan di hari kemudian.

Tak de lah special benar sambutan birthday hubby tahun ini (mcm ler tahun lepas2 buat grand heheheheh) kami sekeluarga cuma keluar makan di Kenny Rogers kat Giant Kota Damansara. Memula ingat nak beli sebiji kek kat kedai resepi rahsia tapi bimbang tak habis (takut aku yg pulun sorang jer..) so aku beli sepotong jer kek choc indulgance. Tu pun hubby tak sempat jamah sebab anak2 dah bedal dulu..hehehehehe..biasalah papa kena beralah pada budak2 dan mak budak. Kami oder sekor ayam black paper bersama 4 jenis muffin, dan 4 bowl side dishes- pasta salad, fruits, mashed potato, mac n cheese dan juga 1/4 ayam smoked BBQ for en hubby.
Ala-ala Charlies Angle tak cukup korum

Oklah Selamat Hari Lahir Sayang moga Abang menjadi suami yang soleh, suami yang mithali yang menjadi pemimpin kepada keluarga kita, menjadi Papa yang terbaik untuk anak-anak kita dan moga Allah panjangkan umur Abang dan beri kesihatan yang baik kepada abang, moga kehidupan kita sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah..Amin

Mak pun nak enter-frame gak-ingat korang jer nak glemer

Air utk Nina- Carbonated Strawberry + ice cream Strawberry

Smoked BBQ Chicken for en hubby

Tuesday, October 19, 2010

Steamed Chocolate Cheese Brownies

Amik resepi ni dari blog Kak Wan yang memang terkenal dgn pelbagai resepi masakan dan gambar2 yang menarik. Yelah org kata dari mata turun ke hati, dari mulut turun ke perut (ada ker..pandai2 aku jer), sebab terpikat tgk gambar brownies ni kat blog dia lah maka aku pun berkobar2 nak try. Lagipun mmg dah lama tak godek2 kek kat dapur, cheese pun dah nak expired, cooking coklat lebih buat almond london masa bulan pose itu hari pun dah mcm nak berkulat. tapi sepatutnya cheese ni duk kat tengah, kira cam layer lah tapi aku terbubuh bhgn ceklat terlebih kat bhgn bawah so tak sempat ler nak layer dah penuh loyang..hehehehe..so kalau nak tgk gambar yg betul, pi ler blog Kak Wan.... aku memang suke cheese lebih...yummy!

Bahan-bahan

180gm mentega
360gm coklat masakan
150gm gula perang
5 biji telur di pukul ringan
115ml susu segar
330gm tepung gandum
90gm serbuk koko
2 tsp baking soda

Krim Cheese
250gm cream cheese
60gm gula kaster
2 biji telur

Hiasan : coklat masakan putih/hitam di cairkan secara double boiler- tak buat pun... malas...


Cara-cara
1. Alas loyang 9" empatsegi dengan kertas minyak. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking soda.
3. Cairkan mentega dan coklat masakan secara double boiler. Angkat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut. Masukkan telur dan susu, gaul rata.
4. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking soda. Sebatikan hingga rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
5. Adunan krim cheese : Pukul krim cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga licin.
6. Tuang 1 bahagian brownies ke dalam loyang dan ratakan, kukus selama 15 minit.
7. Angkat dan masukkan adunan krim cheese di atas adunan yang di kukus tadi, ratakan, kemudian kukus selama 10 minit.
8. Angkat dan tuangkan baki adunan brownies, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus dengan api yang besar selama 30 minit atau apabila di cucuk tidak melekat pada lidi.
9. Sejukkan kek, dan hias dengan coklat putih dan hitam atau yang di sukai.

Monday, October 18, 2010

Masak Lemak Tempe Busuk

Pernah rasa atau dengar tak org masak tempe busuk? Ni salah satu lauk kegemaran emak. Hari tu nyaris2 aku nak buang tempe busuk dlm peti ais, mak kata kalau masak lemak cili api tempe busuk campur pucuk ubi memang sedap. Aku memang tak penah makan, so aku suruh mak demo camner cara nak masak (alasan malas nak masak..hehehe). Siap pesan jgn masak banyak2 nanti takde org nak makan. Ambik ko bila dah siap masak tak cukup pulak semua berebut nak makan. so minggu nie kena buat lagi sekali dan buat banyak2, tamak ko....resepi nanti aku letak yea...bye

Saturday, October 16, 2010

Somtam


Memang berapi... mulut rase terbakar jer lepas makan somtam ni gara-gara terletak cili api lebih. Tapi memang sedap sangat la..rase cam kat kedai jer. Mekasih banyak2 pada awek jawa yg duk siam, ika yg sudi share resepi dan cara-cara nak potong betik tu. Halalkan resepinya aku copy paste kat sini sebagai rujukan. Kebetulan bila balik dari kerja dan singgah kedai runcit tu ada jual betik muda, memang pucuk dicita ulam mendatang ler kalau tak biasa2 memang susah nak dapat betik muda. Yang ini betul2 muda ler dan masih bergetah..,.hahahahha.

Dalam somtam ni aku pepandai campur dgn epal hijau sebab nak bagi rasa masam masam manis. kalau ikut ika dia makan dgn udang bakar, tapi aku makan gitu jer..ratah tanpa nasi. Sebab pedas sangat mak makan sikit jer muka dah merah padam, anak yg sulong pulak menjerit2 minta air... tapi memang syok ler.. rugi kalau tak cuba..

Bahan-Bahan:-

* 1 gengam penuh betik muda yg disagat>> Guna pisau dan peeler jer
* 1 genggam udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan- tak letak sbb takde, ada jenis biasa jer
* 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
* 3 ulas bwg putih size kecik
* 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
* Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
* 5 biji cili padi atau kurang atau lebih- lain kali kena letak kurang, 3 cukup kot
* 1 biji lime perah ambil jusnyer
* Air asam jawa ikut selera-tak letak
* 4 biji ceri tomato- tak letak
* 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
* 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
* Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..- aku boh sikit jer

Bahan sampingan- tak boh sbb takde
3 ekor udang di bakar atau lebih.

Wednesday, October 13, 2010

Asam Pedas Ikan Pari

Malam nie pekena lauk asam pedas ikan pari. Bila masak asam pedas nie mula lah semua yg ada lam peti ais nak dimasukkan nya nak bagi meriah, dengan daun kesum, bendi dan tomato, daripada lauk sikit terus jadi banyak. Resepi takyah ler letak, tentu u olls lagi pakar masak dari aku kan. ni pun main campak2 jer, yg penting mesti tumis cili lama2 sikit bagi masak n garing, pastu kena pekat2 baru kaw....

Asam pedas ni memang favorite anak yg sulong tu, sampai esok pun masih tanya kuah asam pedas ni, kalau kata dah abis mau menangis mintak lagi. Apa lagi u olls jom masak n makan asam pedas, buleh gak letak bunga kantan, lobak masin or daun limau purut utk kelainan...
Sebagai tips dari org yg tak berapa nak pakar ni bendi kalau takmau belendir bila nak masukkan baru basuh dan potong, daun kesum pulak masukkan last sekali utk kekalkan keharuman baunya, tapi aku suka masak lama2 baru daun kesum lembut. ok daaaa.....

Thursday, October 7, 2010

Puding Roti

Actually puding roti ni dibuat waktu yg sama dgn lasagna tempoh hari cuma baru hari ni sempat nak update kat sini. Sebelum nie, masa bulan pose dah penah buat puding roti nie cuma amasa tu rajin sikit siap ada kuah sekali. Aku tak tau ler apsal tiap kali wat puding roti nie musti memula naik gebu tapi bila dah sejuk dan kuar dari oven terus jatuh merundum.. ada sapa2 ada petua or tips nak bg puding tu maintain jer? lagi satu mesti atas cam dah nak hangus tp bawah masih lembik n tak garing lagi.. nampaknya aku kena praktis selalu to make a perfect puding roti... tak kisah ler macam mana pun yg pasti puding ni abis jugak tak sempat nak bertapa lam peti ais...

Monday, October 4, 2010

Japanese Souffle Cheesecake

Dah ramai org buat kek nie tapi aku baru sampai seru nak mencuba. Yg best nya kek ni guna cream cheese sket jer.. buleh jimat cheese..so rasanya pun takde lah cheezy sangat jadi bila makan tu takdelah rase bersalah dan asyik pikir pasal lemak jer..ahakkkk...boleh gitu??

Kek yg aku buat takde lah rupa cam kat atas tu.. kek atas tu kek beli..tapi aku rasa kalau aku sapu aprikot glaze sure lagi menarik dari kat kedai (perasan jap) hahahahah. dah ler jom layan resepi.. sapa yg try lagi tu..moh cuba cepat...

Bahan-bahan
200gm cream cheese (Suhu bilik)
50ml fresh milk
3 biji telur asingkan putih dan kuning
100gm castor sugar
30gm tpg jagung
2 tablespoon lemon juice
1/2 teaspn cream of tartar

Cara-cara:-
1.Panaskan oven suhu 175 deg cel. Alas loyang 18cm with grease proof paper.
2. Lembutkan cream cheese dlm mangkuk. Tambah susu dan terus putar dgn med speed.
3.Tambah 1/2dari castor sugar, kuning telur, tpg jagung, lemon juice dan cream of tartar, putar sebati.
4. Pukul putih telur dalam mangkuk lain hingga kental. Masukkan lebihan gula sikit-sikit sampai betul2 kental. ( Petuanya kalau diterbalikkan bowl pun putih telur yg cukup kembang tu takkan tertumpah..cubalah..tapi kalau terkeluar jugak..heh heh heh....kena buat lain la jawabnya..)
5. Campurkan putih telur ke dalam adunan cream cheeseperlahan-lahan. Masukkan bakinya dan pukul rata.
6. Bakar secara water bath 45 minit atau sampai masak. Ikut oven masing2.
7. Biarkan sampai sejuk.

Ni ler rupa kek aku tanpa solekan tapi dah licin...

Lasagna

Weekend ni sibuk gi open house siang malam memang takde mood nak masak-masak, tapi sebab ada member nak datang umah terpaksa jugak merajinkan diri ke dapur masak lasagna ni. Resepi amik dari kak yatie, thanks yea kak. Memang sedap betul.. hubby makan lebih banyak dari tetamu pulak...hehehehe. Bila tanya sedap ker? hubby jawab biasa jer...tapi bertambah 2-3 kali. sedap ler tu cuma takmau mengaku...

Bahan-bahan.

(A) Lasagna

* 12 kpng lasagna- (jamie guna 4 keping yg besar jer)
* air secukupnya untuk merebus lasagna- (tak rebus guna yg instant jer-brand san remo)
* sedikit minyak zaitun
* sedikit garam

(B) Sos Merah:-

* 1 botol sederhana sos spaghetti Prego (I used Prego traditional sauce)
* 2 cwn daging cincang
* 1 cwn sos tomato
* 2 keping daun bay (saya guna dried bay leaves)
* 1 biji bwng besar
* 2 ulas bwng putih

(C) Sos Putih:-

* 2 sudu besar minyak zaitun
* 2 sudu besar tepung gandum
* 700 ml susu segar
* 4 keping sliced cheddar cheese- Jamie guna shredded cheese chedar + mozarella
* 1 sudu teh serbuk lada hitam

(D) Topping
* Parutan Mozzarella cheese
Cara-Cara:-

(A) Lasagna -

1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan lasagna dan rebus hingga empuk.
3. Angkat dan toskan.
4. Asingkan2 biar tak melekat antara satu sama lain.

(B) Sos Merah:-

* Sediakan kuali/periuk.Letak sedikit minyak dan tumiskan bwng putih dan bwng besar yg di cincang.Masukkan daging cincang tadi dan masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.

(C) Sos Putih:-

* Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
* Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.

Cara Melapis:-

1. Masukkan/susun 3 kpng lasagna ke dalam loyang/casserol tahan panas.(sapu sedikit butter pd loyang)
2. Sudukan separuh adunan sos merah ke atas lasagna dan ratakan.
3. Sendukkan sos putih pula ke atas sos merah tadi.
4. Taburkan parutan mozarella cheese.
5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas dan sehingga habis.
6. Taburkan sedikit daun parsley kering di atasnya.
6. Bakar lasagna pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails