Thursday, July 30, 2009

Tauhu Bakar

Dah lama tak makan tauhu bakar. Kat kawasan umah nie tak jumpa lak org jual tahu bakar, masa dolu2 duk kat JB cam senang jek nak jumpa org jual mende nie. Disebabkan teringin nak makan maka buatlah jugak menu nie dan kebetulan jumpa tauhu khas utk buat tauhu bakar. Memang rezeki...

Bahan-bahan
4 keping tauhu dibakar
timun-diracik
sengkuang-diracik
taugeh
kacang tanah-utk ditabur
bijan-utk ditabur

Untuk Kuah:-
3 sb cili kisar
1 ulas bawang putih dititik
2 sb gula merah
1 sb petis
2 cwn air
3 sb air asam jawa
1sb gula pasir
garam

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan kuah lam periuk dan masak sampai kuah pekat.
2. Letakkan tahu, sayur2 ke dalam pinggan kemudian tuang kuah dan taburkan bijan n kacang tanah. Dah sedia tuk dimakan.

Memang sedap sesangat, mak bertambah sampai 3 kali, aku pon sama gak.. mak kata lebih sedap dari yg beli..hehehhhe. Resepi amik dari che iza@MyR, memang best ler semua resepi2 iza nie..


Ayam Pandan

Lama bebenor rasenya tak update blog nie.. hari2 masuk tp virus M banyak sgt tu yg terbiar jek. dah tu memang hari-hari masak, pelbagai menu baru di cuba cuma teramat ler malasnya nak amik gambar dan menaip kat sini..huhuhu.. ntah angin apa agaknya. Ayam pandan nie menu hujung minggu yg lalu, waktu goreng harum semerbak satu umah, pagi breakfast ngan nasi lemak (pon malas nak amik gambar) pas tu buat lak coklat kek siap boh topping lagi, nasib baik masih rajin masak dan rajin makan apa yg dimasak kalau tu pun malas tak tau lah nak jadi apa..lalallalallalaaaa.

Thursday, July 23, 2009

Mee Udang

Lihat lah mee udangku yang memang penuh dgn udang, sampai mee pun dah tak nampak. Tapi memang sedap kuah dia, mekasih pada Che Iza utk resepi yg sgt lazat nie.. anak-anak makan semua kata Mama..betul-betul Ho liowww....cam dlm iklan mee udg tu.. nak buat pon mudah jer.. apa2 pon layan resepi..

Bahan-bahan:-
1 bungkus mee dicelur (450 gm)
300 gm udang
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu besar udang kering*
4 sudu besar cili kisar
Kisar bahan bertanda*
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar petis
garam, gula dan serbuk perasa
kentang/keledek direbus dan dilenyek

Taugeh dan sawi dicelur
bawang goreng utk ditabur

Cara-caranya:-
1. Udang dibersihkan dan direbus sampai masak. Angkat dan simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sampai masak.
3. Masukkan bahan kisar, tumis sampai masak.
4. Masukkan air rebusan udang, tunggu sampai mendidih.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan petis, garam, gula n serbuk perasa.
6. Masukkan kentang/keledek lenyek utk memekatkan kuah
6. renih sampai kuah agak2 pekat. Rasa garam gulanya.
7. Bolehlah dihidangkan dgn letak mee,udang, sayur2 dan curah kuah, kemudian tabur bawang goreng.

Wednesday, July 22, 2009

Ayam Goreng Berempah

Sedap betul makan ayam goreng berempah nie.. masa goreng jer bau dah menusuk kalbu. Cuma terkisar halus sgt all the spices, lain kali nak blend kejap jer, bagi kasar2 sket, baru best, dah macam ala2 ayam goreng yg jual dgn nasi kukus tu. Nak buat pun mudah. Resepi nanti rajin akan di upload lah yea.. atas permintaan myfren ku upload resepi from love2cook@MyR, thanks yea love..
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
6 ulas bawang putih*
7 ulas bawang merah*
2 inci halia*
2 batang serai*
Blend semua bahan *

3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan.


Teh Dangdut

Bawak balik teh serbuk banyak sangat. Mak complain dah lama tak buat teh tarik..yelah kalau pakai teh uncang buat teh tarik mana ada umpp..tul tak? Try buat teh dangdut.. mana dpt nama camtu..ntah aku pon taktau.. org gelar camtu aku ikut jer..mungkin yg tukang buat tu sambil buat sambil gelek lagu dangdut kot1st time minum kat KK, Sabah belanja by Kak Chik.. tapi yg buat nie cam tak berapa jadi sgt.. teh kurang pekat kot.. and buih kureng byk.. apa2 pon dah langsai dah.

Sunday, July 19, 2009

Kek Marble Trio CMG

Lama rasanya tak buat kek, so hari nie nak acu, try test cuba kek marble trio jejaka idaman malaya kita. Ramai org dah cuba kata best dan memang best pon.. resepi C&P dari umah Cik Mat jelah, tapi gambar takdelah cantik cam Cik mat punye, almaklumlah pakai kamera cabuk jek.. Layan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Kerabu mangga

Selain Kerabu daun selom, buat gak kerabu mangga, sajer jer nak melayan tekak yg nak makan masam2 gitu. Beli mangga 4 biji tapi nak kata hampir semua berpenunggu, kena tgk betul2. Nasib baik beli mangga muda lebih, kalau beli sebiji jer, alamat makan sorang pon dah tak cukup. Pastu mangga dia memang masam giler, selalu dapat mangga muda yg lemak2 jer. Apa2 pon telan gak.. letak ikan bilis goreng, biar krup krup krup krup sket masa makan kerabu tuh takde le lembik yo..

Gulai Daging & Nangka Muda

Menu hari Ahad minggu nie memang ala-ala kampung jer. Ikut selera mak, sekali sekala makan lauk kampung memang sedap. Bukan takleh buat hari-hari tapi biasanya lauk2 kg nie memerlukan masa untuk penyediaan dan memasaknya. Rempah ratusnya pun macam2, tu pasal hari minggu jer yg sempat. Mana nak rebug daging lagi, bersihkan nangka lagi, tumbuk cili dan kunyit (kalo pakai blender rasa dah tak asli ler). Apa-apa pon makan memang bertambah ler, pedas2 baru sodap...

Kerabu Daun Selom n Taugeh

Tengah hari ni buat Kerabu daun selom n taugeh. Bila tgk umah Kak Nor Ganu pon sama gak menunya.. cam berjanji pulak kita yea. Sebenarnya memang dah lama nak buat kerabu nie.. daun selom dah beli lagi hari Selasa, simpan jer lam peti ais.. sib baik elok lagi, maintain segar jer.. Nak buat kerabu nie mudah jek.. bawang merah, bawang putih, serai, ikan bilis n kelapa parut ditumbuk kendian disangai sampai agak2 kering. Gaulkan dgn daun selom yg dihiris dan taugeh, siap pon..

Thursday, July 16, 2009

Blueberry Cheesecake

Bahan-bahan :-

24 kpg biskut Digestive
50g butter (dicairkan)
200g blueberry filling or topping
120g creamcheese
30g gula halus
70 ml plain yogurt

Bhn A:
30g gula
2 sudu teh perahan lemon
1/4 cwn air

Bhn B:
2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air
air perahan lemon


Cara-cara:-

1. Biskut dihancurkn. Kemudian masukkan butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.

2. Gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).

3. Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.

4. Bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.

5. Dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut. Masukkan yogurt. Kacau rata.

6. 1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.

7. Curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.

8. Baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.(Topping)

9. lepas diratakan keseluruh bekas, sejukkan sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.

Blueberry Muffin

Jom ler layan gambar muffin yg dibuat. Amik resepi sapa pon dah lupalah tp from internet lah yg pastinya. Muffin biasa-biasa jer cuma letak blueberry filling, makan panas2 mau melocot mulut
Letak filling sket jer nak jimat, tu yg ciput jer kat bahagian atas. Sebenarnya muffin nie ada 2 jenis, sama ada nak yg macam kek or yg macam roti, terpulang pada selera masing-masing, tapi yg nie macam kek gitew...
Yang kembar pon ada gak..kelakar betul, duk rapat sgt masak bakar kan dah jadi kembar siam

Sunday, July 12, 2009

Babat Masak Lomak Cili Api

Uishh.. lama tak makan babat masak lomak cili api. Dalam bahasa jawa babat tu perut lembu... Kalau wat kerabu pun sodap gak.. Yolah omak den kan org nogri 9, masaklomak cili api memang takleh dipisahkan.. kalau buleh hari2 nak bergulai ni yoo.. sapa yg tak makan babat tu bleh main jauh-jauh..rugi woo..hilang satu nikmat hidup..hehehheh. Orang nogri nie..kalau masak gulai sonang yo.. takyah pakai bawang.. jimat, cuma pakai cili ngan kunyit yo.. apo2 pon meh layan resepi mak den...

Bahan-bahan:-
500 gm babat/perut lembu
10 biji cili api
3 inci kunyit
1 biji kelapa
2 keping asam gelugor
5-6 biji terung hijau kecik
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:-
1. Bersihkan babat dan potong kecil2
2. tumbuk kunyit ngan cili api
3. Perah santan, asingkan santan cair dan santan pekat.
4. kunyit,cili n garam dimasukkan lam periuk bersama babat dan santan cair
5. masak sampai babat empuk, kemudian masukkan terung dan asam keping.
6. biarkan terung empuk dan masukkan santan pekat.
7. Tunggu sampai santan mendidih, kacau jgn sampai pecah minyak.. dan siap.

Mudah jer.. memang berasap telinga.. tapi puas makan..

Friday, July 10, 2009

Colek Ike Tenggiri

Satu kelainan. Memang sedap. Ala-ala kerabu gitu. Malas nak bakar, goreng jer..tapi goreng pon sodap..Amik resepi dari Kak Za.. mekasih yea.

Bahan-bahan:-
4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan dibakar
1 biji tomato di potong dadu
1 bij bawang besar potong dadu
sedikit daun ketumbar-x letak pon lupa nak beli, tp K.Za kata bleh ganti daun limau purut dihiris halus

Cara-caranya:-
1. Gaul ikan dgn garam dan kunyit dan goreng, tp tak yah garing sgt- kalau ikut resepi asal bakar jer
2. Campurkan airm masak, cili, garam, gula, belacan, perahan air limau dan kisar.
3. Masukkan bahan yg dikisar ke dlm bekas dan gaulkan dgn bawang, tomato dan daun ketumbar.
4.Tuang dlm pinggan yang berisi ikan. Dah siap utk di makan dgn nasi panas..


Thursday, July 9, 2009

Penang Char Kuey Teow


Memang sedap giler... char kuey teow nie.. kalah yang beli kat pasar malam... sori le kalau ada yg nak muntah baca nie.. bukan perasan puji diri sendiri, tapi memang malatop! sekejap jer dah licin walaupun buat satu kuali, semua org makan bertambah termasuklah tukang masaknya..hehehhehe. Thanks to che'iza for the very yummylicious recipe... Layan..

Bahan-bahan:-

Untuk paste
200 gm udang
250 ml air
4 ulas bawang putih diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil petis udang/Hea-Ko
1 kiub pati bilis/ayam
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Untuk Mee
450 gm kuey teow
10 tangkai cili kering dikisar
kerang
Daun kucai
Taugeh
2 biji telur

Cara-caranya:-
1. Untuk Paste:- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Jgn buang air rebusan udang... masak lam kuali jer senang.
2. Campurkan semua bahan yang lain utk paste ke dalam air rebusan tadi. reneh hingga jadi paste yang agak pekat.
3. Untuk Mee:- Tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing. Masukkan dalam 4-5 sudu besar paste tadi. Masukkan udang dan kerang. Masukkan air dlm 1/2 cawan utk buat kuah.
4. Bila air dah mendidih, masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Pastikan api yg kuat digunakan masa masak dan jgn masak terlalu lama.

Selamat mencuba... memang sedap banget! Mak makan 3 kali.. siap suruh masak kat umah kakak nanti kalau balik kampung.

Wednesday, July 8, 2009

Dendeng

Walaupun dah ada asam pedas, nak gak masak lauk daging sbb en hubby suka makan daging, memang favourite dia. tak kisah ler daging tu masak apa. Jamie buat berkuah sikit, tak pekat sgt, anak-anak yg dah makan kat umah baby sitter pun sibuk nak makan lagi bila tgk papa diaorg makan dgn berseleranya. Bertambah-tambah lagi u.. sedap ler tuh.. cuma takmo puji jer..

Bahan-bahan:-
1/2 kilo daging
2 biji tomato-belah lapan
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil jintan*
2 sudu kecil ketumbar*
10 ulas bawang merah*
halia sikit*
2 ulas bawang putih*
10 batang cili kering*
1 batang serai-dititik
Gram, gula & serbuk perasa

Cara-caranya:-
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Hiris daging nipis-nipis dan perapkan dgn 1/2 bahan yang dikisar.
3. Gorengkan daging yang telah diperap sehingga garing dan angkat.
4. Dalam kuali yg sama, kurangkan minyak dan tumis lebihan bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap, tomato, garam, gula dan daging- boleh gak tambah sikit air.
6. Masakkan sehingga kuah pekat.

Asam Pedas

Balik-balik umah jer dari opis mak dah siap masak asam pedas ikan kembong campur daun kesom dan terung. Meleleh air liur tak sabar nak tunggu waktu buka. Plan memang nak masak asam pedas sbb stok daun kesom ada banyak, pesan kat mak minta tolong kuarkan ikan dari freezer ali-alih mak dah tolong masakkan lak..mekasih yea mak. Memang marvelous gitu...nak ker resepinya??? Tanya ler kat mak..

Cempedak Goreng

Wah..sekarang dah musim cempedak pulak. Balik-balik keje jer tgk melambak org jual cempedak, sebab tak tahan tergoda dgn bau dia ditambah lagi dgn keadaan berpuasa memang rasa semua sedap belaka. tak pikir panjang terus beli untuk digoreng buat santapan buka puasa nanti. Buah dia punyalah besar2, adalah dalam 10 ulas jer isi dia, manis lak tuh. buat bancuhan tepung dia sempoi jer.. guna tepung beras 100%, sikit garam, pewarna kuning dan air. jom makan cempedak goreng panas2...

Monday, July 6, 2009

Ayam Percik

Hujung minggu terasa nak makan ayam percik pulak. Last time buat tak sempat nak snap picture. Kalau nak ikut resepi asal sebenarnya ni ayam percik style Kelantan dan sepatutnya kaler putih, tapi Jamie letak cili kering dan kunyit hidup untuk memberikan warna dan menambahkan rasa, pedas sikit barulah ummpp... Memang sedap sangat-sangat.. tak rugi mencuba.. mekasih pada mem besar MyR sbb resepi amik dari dia. I also want to dedicate this recepi to Ghanthi (spekong london lah plak), cuba jangan tak cuba tau...

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam belah 4
1/2 kilo santan pekat
2 biji bawang putih*
1 labu bawang merah*
2 cm kunyit*
2 cm lengkuas*
2 cm halia *
2 btg serai*
1 sudu kecil ketumbar*
1/2 sudu kecil jintan manis*
8 tangkai cili kering*
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@ asam keping
garam, gula dan serbuk perasa

Cara-caranya:-
1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
2. Perap ayam bersama-sama bahan yg telah dikisar lebih kurang 1/2 jam.
3. Masukkan ayam yg telah diperap bersama tepung beras yang telah digaul sekali dgn santan dan bahan2 lain.
4. Masak sehingga ayam 3 suku masak dan kuah menjadi agak pekat.
5. Angkat ayam bersama sedikit kuah ke dalam loyang.
6. Bakar dalam oven pada suhu 200 C sehingga masak @keperangan.
7.Hidangkan ayam yang telah dimasak dengan lebihan kuah tadi.

Saturday, July 4, 2009

Marble Cheesecake

Semalam ada tempahan oreo ciskek lagi.. tapi malas nak upload picture nanti jemu pulak u olls tengok. Hari ni buat ciskek lagi untuk makan-makan sendiri, asyik buat utk org jer, sekali sekala nak gak merasa. Tapi kali nie buat marble ciskek plak, gandingan coklat ngan cheese memang sesuai....
Jom layan resepinya, amik kat mana dah tak ingat dah, lebih kurang jer cam ciskek biasa cuma tambah cooking coklat jer...
Bahan-Bahan- Loyang Spring foam 20cm

Untuk Base:-
200 gm biskut - dikisar halus( suka hati ler nak guna biskut apa, tp jamie guna biskut digestive + biskut tiger yg anak tak abis makan )
100 gm butter- dicairkan.

Untuk bahagian atas:-
500 gm cream cheese phildephia
1/2 cwn gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan sour cream
100 gm coklat masakan dicairkan

Cara-caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama lebih kurang 15 minit
2. Alas sekeliling loyang dengan aluminum foil
3. Gaulkan biskut dgn butter cair dan masukkan dalam loyang, tekan bagi padat dan serata. Simpan dalam peti sejuk.
4. Pukul cream cheese sampai lembut , masukkan gula dan pukul lagi.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
7. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
8. Tuangkan adunan cheese berselang seli dgn coklat cair ke dalam loyang sehingga habis.
9. Kacau perlahan menggunakan belakang sudu untuk membuat marble effect.
10. Cover luar loyang dengan aluminum foil dan letakkan dalam loyang yang lebih besar berisi air panas.
11. Bakar selama 50-60 minit.

Thursday, July 2, 2009

Makan-makan di Bangi Kopitiam

Tengah hari tadi makan-makan kat Bangi Kopitiam, sekarang ni kedai kopitiam tumbuh cam cendawan lepas hujan, macam2 nama dan macam2 pesen. Makan tadi Wan belanja sempena student practical yg attached kat unit dia dah nak abis dah.. aku pun dapat tempias sekali.. mekasih yea Wan len kali belanja ler lagi... jom layan makan yg kita org oder...Ais krim nie syidah yg oder.. yelah dolu2 budak2 tak puas makan ais krim kan..hehehheNie air aku.. Barli cincau ais.. nampak sedapkan...Nana oder nasi dagang.. tak sempat nak rase pun, ok kot..cuma acar dan ikan dia nampak tak best sgt, cam dah lama jer..Menu Syidah.. nasi ayam merah.. ayam dia nampak cam sedap jer..huhuhuhuStudent punye menu.. makan cam malu-malu jer.. kalau aku org dah belanja belasah jer.Mee Kari Special.. aku punye ler.. ok not bad.. tapi rase cam laksa johor pun ader.. menu Wan dgn Niza tak sempat nak amik gambar.. photographer tgh kusyuk makanTengoklah licin bersih kita org kerjakan.. dah lapor..

Bubur Kacang Durian

Sekarang kan tengah musim durian, sana sini org sibuk jual durian, dah jual pakai longgok jer, 5 biji sepuluh hengget, 4 biji sepuluh, 3 biji sepuluh.. pilih jer mana berkenan. Semalam balik keja terus singgah beli 5 biji dgn rega RM 15. Buah memang cantik punye, isi kuning, soh bukak kat situ gak, kalau tak kuning takmo amik. Lagipun kalau org tu dah bukak kan senang ler balik nanti tinggal ngap jer.. takyah nak susah payah mengopek kulitnya. Balik2 jer umah terus ngadap durian, abis 3 biji terus, so selebihnya 2 biji buat ler bubur kacang nie.. apalagi jemput ler tengok... sapa2 yg susah nak dapat buah durian tu.. bawak2 ler bersabar.. tengok jelah kan.. : )

Wednesday, July 1, 2009

Tembikai Laici

Panas-panas nie kalau layan tembikai laici memang sedap... nak buat pun mudah, cuma rajin dgn malas jer. Walaupun tekak perit macam nak demam dan hidung berair selsema, tapi bila air nie dah depan mata lupa semua yang sakit2. Sendiri mau hingat...can't resist the temptation... resepinya takyah letak lah kan semua org tau kot...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails