Monday, November 30, 2009

Qurban 2009

Macam tajuk filem pulak yea, apa-apa pun Jamie ucapkan Selamat Hari Raya eidul Adha buat semua Muslimin dan Muslimat, semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Nya. Tahun nie Kasman's Family termasuk menantunya (aku ler tu) diizinkan oleh Allah untuk bersama-sama melakukan ibadah Qurban. Acara Qurban ini dilakukan sendiri kat rumah dgn dibantu oleh jiran-jiran terdekat.
Lembu yang kami korbankan ini berwarna putih dan agak jinak juga, lembu ni sampai 3 hari awal dirumah dan sepanjang tempoh itu abahlah yang terpaksa hari-hari mencari rumput utk makanan lembu. Anakku yg sulong, Nina beri nama lembu nie Sappy ala mcm cerita Upin & Ipin tu.. bila sampai masa sappy kena korbankan Nina agak keberatan dan rasa sedih, nasib baik boleh dipujuk lagi, tapi Nina nak suruh beli sappy yg lebih besar lagi.. ingat murah ker lembu tu anak ooiii...
Agak senang nak tumbangkan sappy nie, cuma amik masa berapa minit jer takdelah dia meronta-ronta macam lembu gile, sappy relax jer, Jamie rasa sappy dah pasrah dan rela utk dikorbankan, hehehhe.. tengok tu. baik jer muka sappy kan. Gambar sembelih takyah ler tunjuk takut nanti ada pulak yg ngeri nak tgk kan... Qurban dilakukan sebelah petang selepas Solat Jumaat dan kebetulan pagi tu ada 2 org yang meninggal jadi terpaksa beri laluan kepada pengebumian arwah tersebut.
Ini adalah antara orang2 yg bertanggung jawab dlm aktiviti Qurban. Abis semua parang, kapak dan pisau yg ada kat rumah dikeluarkan. Laki aku tu yea-yea orrr.. jer.. tolong ker acah ajer tu bang... buat2 rajin sbb nak amik gambar.. hehehehehe.. ampun yea bang.. gurau jer... abah ler yg yang paling bersungguh2 dan dedikasi disokong oleh jiran terdekat Cik Bari. Terima kasih semua yea... lain kali kalau ada rezeki kami buat lagi, insyaAllah. Lepas nie jgn ler jemu kalau semua entry pasal lauk pauk berasaskan lembu sbb byk dpt daging lembu bawak balik.

Tuesday, November 24, 2009

Jom makan pizza

Malam nie pegi makan pizza kat pizza hut, since dah lama tak makan pizza beriya lah oder piza yg tgh promosi sekarang nie, ala yg ada campur macam2 cheese dan ada udang celup tepung kat atasnya. Padahal baru jer makan tapi dah tak ingat apa namanya, main tunjuk jer masa oder tadi, selain tu oder deli wings, mushroom soup dan spegeti prawn olio. Makan dgn penuh selera tanpa rasa bersalah dgn kandungan lemak2 yg ada. Pegi tadi tak bawa kamera, malu pulak rasanya kalau nak ambik gambar kat situ nanti org ingat mcm tak penah makan piza jer siap nak amik2 gambar. Jadi sebagai ganti aku letak gambar piza yg aku buat sendiri ntah kurun ke berapa yg ada dlm simpanan.
Untuk piza yg buat sendiri nie, Jamie just beli jer base doh yang dah siap jual di kedai. Balik umah tinggal sapukan sos spegeti kat atas doh , taburkan sosej, beef salami, bawang, mushroom, nenas and last but not least mozarella cheese on top, lepas tu bakar dan sedia utk dihidang mudah kan... jimat pun jimat. Tapi sekali sekala nak gak makan kat luar yg org lain masak yea tak?

Sunday, November 22, 2009

Oreo Cheesecake Again!


Bunga-bunga matahari, harum mekar di taman ini.....lalalalala. Ada rupa bunga matahari tak? Hari nie sajer2 buat cheesecake sebab nak bagi kawan lama rase. Lagipun sendiri pun dah lama tak makan ciskek (padahal baru bulan lepas wat ciskek rasenya..hehehe..) Bila nak bagi org kenalah make-up bagi cantik sket, kalau makan sendiri togel jer pun takpe, laju jer... kisah di sebalik topping tu sebenarnya, aku dah ter overbake. Mana tak nya sambil bakar ciskek boleh tinggal pegi kedai dgn anak2, tau ajelah bila dah gie kedai dgn budak2, itu nak ini nak, baik-baik 10 minit jadi 1/2 jam. Bila balik dari kedai, masuk jer umah dah semerbak bau ciskek, aku tau dah mesti dah terlebih bakar nie, so nak cover aku hias cantik2 dan ini ler hasilnya. Resipi cam biasa2 yg aku buat tapi tak per aku letak lagi kat sini utk dikongsi bersama, mana tau ada org teringin.

Bahan-bahan:- loyang spring foam 9"
  • 500 gm cream cheese
  • 3/4 cwn Gula kastor
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cwn sour cream
  • 1 sd teh esen vanila
  • oreo kisar
Bahan base:-
  • 2 sd bsr butter dicairkan-lebih kurang 100 gm
  • 300 gm crush oreo
Cara-cara:- utk base
  1. Campurkan butter cair dgn oreo kisar dan tekan pada loyang yang telah dialas dgn kertas gris.
  2. Simpan dalam peti ais sementara utk buat filing. Panaskan oven pada suhu 170 C.
Cara-cara:- utk filing
  1. Pukul cream cheese dgn gula sampai sebati dan kembang. Pastikan cream cheese berada dlm suhu bilik sebelum digunakan.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  4. Masukkan sour krim sambil dipukul sampai sebati.
  5. Boleh juga dimasukkan crush oreo utk lebih rase oreo kacau guna senduk kayu jer.
  6. Tuangkan ke dalam loyang yang dah ada base oreo.
  7. Balut bawah loyang dgn aluminum foil dan letak loyang ni ke dalam loyang lain yang lebih besar yg berisi air panas.
  8. Bakar hingga kekuningan lebih kurang 40-50 minit suhu 160-180 C. Terpulang ikut oven masing2 kalau dah bau tu dah masak ler tu.
  9. Biarkan sejuk kemudian masukkan dlm peti sejuk semalaman sbelum dimakan utk rase cheese cake yg lebih sedap.

Wednesday, November 18, 2009

Ketupat sotong

Teringin plak nak makan makanan pantai timur nie. Pernah rase sekali jer masa kak long bertunang dan makcik yg kebetulan org terengganu tolong masak lauk ni sebagai salah satu menu utk makan beradap. Rasanya aku dah ingat-ingat lupa pun.. jadi dgn semangat yg berkobar-kobar aku intai umah org sana sini nak cari resepi ketupat sotong. Ada yg kaler coklat ada yg kaler putih, rupa2 nya ada yg guna gula merah (nise kerek) dan ada yg guna gula pasir. tapi bila belek2 mak aii byknya gula depa letak tak manis sgt ker. Aku pun ubah sesuka hati mak nenek ikut tekak aku so ini resepinya, org pantai timur jgn marah jer, aku pepandai modified resepi nie:-

Bahan-bahan
8 ekor sotong
1 biji bawang besar-diracik
1/2 inci halia-diracik
1/2 sudu teh halba
1/2 kg santan pekat
1 cwn air
1 cwn pulut
2 sudu gula pasir
garam secukupnnya

Cara-cara
  1. Bersihkan sotong dan buang kulit luarnya.
  2. bersihkan beras pulut dan tanak beras pulut dgn sket garam, minyak dan air sampai masak. (ada org tak tanak terus masukkan beras pulut dlm sotong)
  3. sumbatkan pulut yg telah masak ke dalam sotong, kepala sotong dan semat guna lidi
  4. masukkan sotong ke dlm periuk berisi santan, bawang, halia, halba, gula dan air.
  5. Masak atas api perlahan sampai mendidih dan matikan api.
  6. sedia utk dihidangkan.

Sunday, November 15, 2009

Choc Moist Cupcakes

Buat cupcakes nie sempena majlis sambutan harijadi Aira yg ke-2, anak seorang kenalan lama masa di MRSM. Warna tema majlis adalah purple dan kebetulan ada stok purple roses dlm simpanan kalau idak jenuh gak nak deco satu persatu. Isi dalam guna resepi moist choc cake yg biasa aku buat cuma di make-up dgn choc ganache dan letak bunga ros jer.

Dah lama tak praktis deko nie tangan pun dah jadi keras, memula hajat hati nak deko free hand jer, buat 2-3 kali asyik tak jadi jer terus terbatal niat tu. Satu adunan dapat hampir 40 biji cuppies saiz M. Kena timbang setiap satu nak bagi sama elok jer naiknya, tapi ada gak yg kureng.
Cuppies sebelum disolek. Agak cun jugak walaupun tanpa make-up. Belum apa2 dah kena ngap dulu dgn anak-anak. Dok pikir2 nak solek gaya camner, belek2 sana sini terjah umah org sana sini at last gini jer rupanya. Nak buat camner dah tangan tak bedung, keras jek..
Sebelum balik bergambar untuk kenangan didepan umah Aniza di Taman Pinggiran USJ. Siap pasang balai dan berbelon2 rumahnya dihias. Makanan pun sedap, mekasih yea tahun depan jemput ler lagi, nanti Jamie buat cuppies yg lagi cun dan sedap yea.. harap-harap la....

Choc Sponge Cake

Sponge cake nie saje aku buat utk mengasah bakat mendeco kek yang tak berapa nak ada kat aku. Tapi bila sponge kek pun tak berapa nak jadi, niat utk mendeco pun automatik jatuh merundum. Sponge kek tu aku beli yg pre-mix jer, tinggal tambah telur, ovalet, susu dan minyak. Memula masa bakar naik dengan tinggi nya penuh kegebuan lah, Tapi bila dah masak nak sejukkan kek jatuh merundum. Tengoklah pada teksturnya tuh, padat semacam jer, nak buang sayang pulak, aku deco lebih kurang jer untuk menarik minat anak-anak makan dan hasilnya memang berjaya. Sepotong habis dimakan 2 beradik tapi masuk potongan ke-2 kakak dah takmau dah tinggal adik jer yg ngap sorang tu pun sbb nak makan krimnya. Tapi takpe aku tau kat mana nak bawa supaya abih dimakan tak terbuang gitu jer... agak-agak mana yea tempat tu..takkan nak hantar africa kot jauh sangat mau basi dulu. Jawapannya bawa gie opis ler, sorang sikit rasa gerenti abih yea tak..hehehehe.. sorry ler kengkawan yea.. bukan nak naya korang cuma nak bagi korang rase hasil kerja tanganku yg tak berapa nak jadi nie...Gini ler rupa sebelum dipotong. Nak mudah aku guna jer non-dairy whipping cream, putar2 pastu tepek jer, nak meratakan betul2 pun takde mood. Pastu letak blueberry skit kat atas nak bagi tak jemu makan. Bahagian dalam aku kerat dua, sapu krim pastu layer ngan blueberry. Rase not bad cuma kek tak berapa nak naik jer...

Saturday, November 14, 2009

Nasi Ayam

Menu tengahari nie buat nasi ayam jer.. mudah takyah pening-pening nak pikir lauk banyak-banyak. Pagi nie bangun awal dan terus tak tido semula tak macam pagi sabtu yg biasa. Selepas solat subuh en hubby ajak pi breakfast roti canai kat bawah pokok cempedak. Kedai roti canai nie kena pi awal2 kalau tak alamat memang kena tunggu bertahun baru dapat oder. Tukang tebar dan masak roti saja ade lima org, maksudnya 5 kuali berasingan tu pon cam tak cukup jer. Kedai nie pon dah bertambah maju nampaknya walaupun pokok cempedak masih maintain berada di tengah-tengah tapi dah buat kedai baru utk keselesaan para pelanggan. Lepas sarapan terus pi kedai ayam berhadapan dgn kedai roti canai utk beli ayam buat nasi ayam. Tapi yg tak bestnya tak jumpa daun salad hari nie, penat jer pi 2-3 kedai nak cari daun salad. Agaknya hujan-hujan nie pokok salad habis mati tenggelam dek banjir..hehehe.. resepi takyah ler tepek.. dah ada tepek sebelum nie..pandai-pandai ler cari..

Fresh Orange

Bila tengok buah oren tergolek-golek jer dalam peti ais takde sapa yg nak makan terus dtg idea nak dikorbankan buat fresh oren. Nak bagi kaw lagi, aku letak sunquick perisa limau mandrin, baru rase best sikit. Nak buat senang jek.. 3 biji oren kupas kulit, masuk lam blender, masukkan air sampai 3/4 blender, letak 3 sudu gula dan 3 sudu sunquick pastu blend sampai hamcur dan hidang dgn ais.. mudah kan.. apalagi jom minum...slurpppppp!!!!

Tuesday, November 10, 2009

Lemon Chicken

Org jauh nun di Jepun dah buat, org di Terengganu pon dah buat, maka takmo ler ketinggalan keretapi, nak gak termasuk dalam list antara org yg awal2 cuba, try test... yea tak? Memang dah lama cari respi lemon chicken nie, tp masa aku buat terlebih sudah tepung jagung dah macam kastard lak..hehehehe apa2 pon not bad at all... lemon chicken nie buat masa weekend aritu... Amik resepi dari MyR, halal yea akak copy resepi kat sini.

Bahan-bahan:-
  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (cut 1")
  • BAHAN MARINADE
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • BAHAN BATTER
  • 1 biji telur
  • 1/4 cup tpg jagung
  • 1 sdk lada putih
  • BAHAN SOS
  • 1/3 cwn gula
  • 1 cwn air stok ayam
  • 2 sdb tpg jagung
  • 1/2 biji lemon amik jusnya
  • 1/2 sudu garam
  • pewarna kuning
  • 2 sdb minyak utk menumis
Cara-caranya:-
  1. Perap ayam dgn bahan marinade >30 minit. Lg lama lagi bagus.
  2. Pukul telur, celupkan ayam yg telah dimarinade ke dlm telur dan golek2 ke atas campuran tepung jagung dan lada putih.
  3. Deep fry ayam sampai golden brown dan toskan.
  4. Untuk sos, campurkan semua bahan kecuali minyak sehingga sebati.
  5. Panaskan 2 sdb minyak dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masak hingga warna bertukar clear.
  6. Tuangkan atas ayam yg telah digoreng tadi.

Monday, November 9, 2009

Puding Roti Marble

Dah lama tak buat puding sebagai pencuci mulut lepas makan, selalunya cuci mulut pakai air jer huhuhu.. so ari ni ada terlebih vitamin R, sementara menunggu ayam diperap aku pon blend roti utk buat puding nie. Resepi amik dari dapur Hana nun jauh di Jepun, Hana memang rajin masak walaupon baru abis pantang dan ada anak kecik, kalau aku idak ler teman, mintak ijin letak resepi kat sini yea..halal.. Sebenar dah lama resepi ni duk lam simpanan, tunggu giliran utk dicuba, baru hari nie berkesempatan.
Dulu pernah try, tapi sad ending jadi lembik tunggu ler sampai 24 jam pon tak keras-keras, kena makan pakai sudu sbb sayang pulak nak buang. Aku rasa masa tu silap brand or sukatan utk agar-agar powder, so kali ni lebih berhati-hati, baca sukatan pada bungkusan agar2 betul2 utk pastikan berapa byk air yg disyorkan. Hasilnya Alhamdullilah menjadi! sedang elok jer jd nya takde lah lembik sgt atau keras sgt.. yg sedang sedang saja...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cwn susu pekat
170 ml susu cair
8 gm serbuk agar-agar
1/2 cwn gula
31/2 cawan air
serbuk koko -guna cappucino paste
2 sudu besar butter

Cara-caranya
1. Didihkan 3 cwn air,gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi dan masukkan lam periuk yg sama. 3. Masukkan Butter dan masak sampai didih.
4. Bagi kepada 2 adunan, satu warna asal dan satu campur dgn koko@cappucino emulco. kacau cepat-cepat.
5. Masukkan dalam loyang secara selang seli, satu senduk warna asal dan satu senduk koko. ulang sampai abis. Kena cepat sblm beku.
6. Simpan dlm peti sejuk sampai keras barulah dipotong.

Sunday, November 8, 2009

Pecal dan Masak Pecal

Pecal nie masakan orang jawa, sama ada masak pecal atau pecal yang terdiri daripada sayur-sayuran ala-ala rojak. Asal usul pecal nie tak diketahui tapi yang pasti bila sebut pecal mesti ada penggunaan kencur (cekur) dalam masakan tersebut. So, ari nie masak lauk untuk makan tengah hari ala-ala kampung di mana aku buat pecal dan iwak lele (ikan keli) masak pecal. Sayur-sayuran yang digunakan ialah timun, kacang panjang, sengkuang, taugeh kasar dan tempe goreng. Biasa org akan letak pucuk ubi, kangkung kampung, nangka dan sayur-sayuran yang sewaktu dengannya, tapi kalau sayuran berdaun nie kena celur dulu bagi lembut. Tapi semua sayur berdaun tu aku skip sbb malas nak beli byk2 tp nanti cuma nak guna sket jer. Bukan setakat buah kencur tu jer yg digunakan, hirisan daun kencur juga dpt membangkitkan aroma masakan ni.
Masak pecal lak guna ikan keli, ikan keli dalam bahasa jawa diaorg panggil iwak lele. ikan nie dibeli kat pasar tani stadium melawati Ahad lepas. Murah jer utk 3 ekor yg besar diaorg jual RM3, besar2 plak tu dan dah siap siang lagi. Setelah dibersihkan dan digoreng barulah dimasak bersama kencur, cili api, kunyit dan santan. Memang sedap sesekali makan masakan kampung kalau mak mertua lalu belakang pon tak nampak (memang ler tak nampak sbb belakang cuba lalu depan yea tak?)...hehehhehe
Jemput makan semua....

Sunday, November 1, 2009

Fish and Chips

Setelah dari pagi hingga tengahhari menghabiskan masa di Pasar Karat (Bazarena) di Stadium Shah alam tak larat rasanya nak nak memasak utk luch. sampai umah jer dah pukul 12.30 tgh, tapi aku dah tapau siap2 utk org2 kat umah sbb aku gia pasar tu berdua dgn jiran jer. Anak2 dan suami kena tinggal umah. So aku beli nasi ayam, jaket potato (cheesy cheese), somtam dan char kuey teow utk santapan tgh. Ptg pulak menghabiskan masa diKolam ikan Nek Ngah, tapi tak sempat nak amik gambar hujan lebat giler berserta petir berdentum. Banyak sungguh dapat ikan, agaknya ikan-ikan tu lapar time hujan2, cam org gak, tak sampai seminit dapat sekor. Hasil tangkapan terus masak kat situ gak, separuh digoreng dan separuh lagi masak gulai tempoyak. Balik umah hubby bising lapar, tulah sapa soh takmau ikut gie umah nek ngah, kitaorg dah kekenyangan dah. Namun sebagai isteri mithali (perasan jap) aku masakkan fish n chip utk hubby. Ikan dory fillet aku salut dgn telur dan bread crumb, ada juga yg aku salut dgn batter, tp rasenya salut dgn bread crumb lagi sedap.. kan hubby kan..Pastu lawan dgn fries dan salad with pop corn chicken...

Ikan Terubuk Masin dan Egg Tofu

Ikan terubuk nie aku rasa dah dekat setahun lebih duk dalam freezer aku, sampai dah kering dan keras kejung ler. Bukan apa kalau aku goreng nanti aku sorang jer yg makan, hubby tak berapa suke sgt ikan masin nie. Nasib baik ada mak yg nak tolong aku makan, tu pun lom abis lagi, ada lagi bawah tudung saji. Yang buat sedap sisik ikan terubuk yg garing bila digoreng, jgn pulak pi buang sisik dia. Sekali-sekala makan lauk ikan masin memang sedap, tapi jgn selalu kang naik pulak darah tinggi, makan yg masin-masin. Regu lauk ikan masin aku masak egg tofu campur carrot, telur dan kubis panjang. Egg tofu tu aku goreng bersalut dgn tepung beras dulu, baru masak bior tak hancur bila masak, nak kuah dia pekat masukkan tepung jagung. Mak memang suka lauk egg tofu nie. Ada gak masak sambal sotong tp malas nak posing kan, sotong tu malu ler..ehehehehe

Ayam Goreng Berempah

Masak ayam goreng berempah untuk budak-budak makan. Tapi aku masak pun tak banyak adalah lam 6 ketul jer, tuk mak dan bapak budak pulak makan lauk sambal sotong, egg tofu dgn terubuk masin goreng. Pergh memang best ayam goreng ni, resepi ayam nie ikut suke aku jer, meh ler layan kalau nak try

Bahan-bahan:-
Ayam 6 ketul
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecik jintan kasar
2 sudu ketumbar
1 sudu besar serbuk kari
1 cm halia
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam
Tepung Beras
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-
1. Kisar semua bahan-bahan kecuali ayam, tepung beras dan minyak
2. Gaulkan bahan-bahan kisar dgn ayam dan perap 1/2 jam atau lebih ( lagi lama lagi best)
3. Salutkan ayam yg tekah diperap dgn tepung beras
4. Goreng ayam dalam minyak yg banyak.

Memang sedap, ala-ala KFC hot and spicy, pada tekak aku ler.... nak tau sedap ker tak u all kena try ler..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails