Monday, August 25, 2008

Zoo Negara

Photobucket

Dah lama betul tak pergi ke Zoo nie.. seingat aku last pon masa study dolu-dolu.
cuti sekolah baru nie, aku pon menyibuk2 memeriahkan lagi zoo negara walaupun anak tak sekolah lagi, bleh jer pegi hari biasa tp aku nak gak gie time cuti sekolah.
Tapi yg tak berapa bestnya hujan sepanjang hari, lebih bayak masa dihabiskan pusing2 naik zoo punye transport drpd jln kaki, malas woo..leceh hujan.
Photobucket

Ahad oh Ahad

Walaupun hari nie hari Ahad, hari yang biasanya melepak-lepak dan bangun lewat, tapi hari ini terpaksa bangun awal sebab kena menghantar adik ipar ke Hentian Bas Jalan Duta. Hari ni cuti sekolah berakhir dan adik ipar nie nak balik semula ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Tapi dalam nak cepat2 pergi ke Hentian Bas adik ipar telah terbawa kunci rumah kami bersama balik ke Kolejnya:(. susah lah mcm nie.. kunci umah tinggal satu jer. Malam sebelumnya bakarkan Peach Tart untuk adik bawa balik ke kolej nya... kakak ipar buat2 rajin :). Nak jaga reputasi..

Lihat lah aksi Nina menikmati Peach tartnya... sedap mama. sampai comot2 mulut makan tart nie. tapi Nina tak suka peach dia nak cream shj tanpa peach.

Selepas hantar adik ke Hentian Bas Jln Duta, kami pon pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Dah alang2 keluar, aku pon amik kesempatan memujuk cik Abg utk gie ke sana dgn alasan nak beli cabinet drawer utk kemas stor. harga drawer tu murah jer tp kitaorg abis sampai RM 500 dok beli benda yg merepek2. Tulah sapa suruh jalan2 carik pasal :)

Nina pulak seronok dibawa ke Carrefour sbb boleh main permainan yg dia suka. Sampai tergolek2 pon dia tak kesah dan tak menangis.

Malam setelah menjamu selera ala-ala Western gitu, Kami pun memulakan mission immpossible kami iaitu mengemas stor. Stor nie memang sejak pindah tak penah kemas, kalau ada barang yg tak perlu atau bersepah, semua disumbat distor. kalau stor tuh boleh berbunyi memang dah lama kena tegur tuan rumah nie... Nasib ko ler stor.. sapa suruh jadi stor.

Ini ler hasil barang2 atau sampah2 yg selama ni kami sayang nak buang dan terperap dalam stor kami. Dalam pada tuh banyak gak barang2 yg cik Abg suruh dermakan shj memandangkan kami pun tak guna.

Tuesday, August 19, 2008

Akhirnya.....




Akhirnya aku terpanggil juga untuk berblog seperti org lain.

Tapi apa nak citer ekkk?? Jgn hangat2 taik ayam sudah.. memula jer rajin pastu bersawang2... ekekekekek....

Sapa yg nak merasmi blog ku ini? Any suggestion?

takpelah tak penting pon.. Aku rasmi sendiri jelah..

ok buat permulaan. Lihat ler gambar bunga-bungaan yg ada dlm simpananku

Selamat mencuci mata.... Enjoy!





Gambar bunga-bunga di atas ku ambil di Melbourne, Australia masa ada training di sana. Pokok bunga Ros ni punye lah besar , lebih tinggi dariku. Dahan dan rantingnya pun bleh tahan besarnya. Gambar bunga-bunga nie amik kat sekitar hotel tempat aku stay masa tuh.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails