Saturday, May 8, 2010

Meja Pecah

Hari nie balik keje lambat sikit sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang pada minggu hadapan. Tugasan last minute yg diberikan perlu disiapkan dan dihantar pada hari isnin pagi. Setelah bertungkus lumus dgn beberapa rakan tugas tersebut akhirnya dapat disiapkan. Bila tengok jam dah pukul 6.30 ptg, alamak lum solat asar nie, kalau balik umah terus takut tak sempat maka aku solat dulu sebelum balik. Semasa sedang khusyuk bersolat hand fon berbunyi-bunyi beberapa kali. Terdetik dihati mesti ada emergency ni, kalau tak napa bunyi tak berenti. Lepas berdoa terus aku melihat h/fon rupa2 dari en hubby bila aku call balik dia bg tau ada kemalangan berlaku dirumah. Cermin meja dah pecah dikerjakan 2 org budak yang teramat baik. Anak-anak adalah luka sikit2 jer, lepas tu kena sebat dgn hanger oleh nenek mereka, kesian dan padan muka...ahahahhaha.. sapa suruh cari pasal.

Tengoklah keadaan ditempat kejadian, dengan kaca dan kasut yg bertaburan, macam salji pun ada gak. Kawasan ni dah out of bound. Sampai jer rumah, dgn berpakaian uniform kerja terus aku membersihkan kaca-kaca tersebut. Berat wei kaca nie, yg sedih set meja nie nyawanya tak sampai 6 bulan lagi dah pecah tapi alhamdulillah anak-anak tak cedera mana, sikit jer... bertuah punye budak. Lepas bersihkan semua kaca kena basuh lantai to make sure tak de serbuk kaca yg tertinggal... letih nya.. Ini agaknya hadiah hari ibu utk Mama yea.. Terima kasih anakku...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails