Saturday, February 6, 2010

Chocolate Mint Cake

Dah banyak kali sebenarnya buat kek nie cuma tak sempat nak amik gambar dan tulis entry kat sini. Kalau takde gambar cam tak best pulak, takleh nak buat org meleleh air liur dan terngigau2 nak cuba buat kek nie ataupun at least masuk dalam list yg akan dibuat.hehehehhe ala-ala dengki gitu. Gabungan coklat dan papermint memang serasi digandingkan bersama, tapi awas jgn terlebih boh papermint nanti rase cam makan ubat gigi jer pulak...Jom le tgk resepi yg dicedok dari umah Kak Ummi Kuantan, mekasih yea kak, akak kalau buat kek-kek nie memang terror.. Layannnn....

Bahan-bahan:-
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 230 mentega
  • 220 gula kastor
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 30gm serbuk koko
  • 50 gm susu segar
  • beberapa titis perwarna hijau
  • beberapa titis perasa papermint
Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven dan sapu loyang dgn butter.
  2. Dalam mangkuk pukul tepung dan mentega hingga jadi pes yg sebati
  3. Dalam mangkuk yg lain pukul telur dan gula hingga likat
  4. Masukkan adunan telur dan esen vanila ke dalam adunan tepung . Pukul hingga sebati dan kembang
  5. Bahagikan kepada 2 adunan. Satu dimasukkan susu dan serbuk koko dan satu lagi dicampurkan perwarna hijau dan papermint.
  6. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat ditengah loyang dan letakkan 2 sudu besar adunan hijau atas adunan coklat tadi.
  7. Ulang secara berselang seli sehingga habis
  8. kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dibakar dalam oven selama 45-60 minit.
Kalau ikut Kak Ummi ada bagi resepi utk toping tapi malas nak tulis sebab tak buat pun, apa-apa pun memang sedap ler kek nie. Cubalah kalau tak caya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails