Friday, December 24, 2010

Ayam Goreng Kunyit


Menu sempoi malam ni lebih ayam goreng berempah kelmarin. Dah tau dah kalau part dada dan yg banyak isi sure semua org takmo. So awal-awal lagi dah asingkan dan simpan utk masak lain. Lauk yg 2 dalam satu ni memang selalu jadi pilihan sebab ada sayur sekali, jadi takyah sibuk2 nak masak sayur lagi, tapi kalau vitamin R banyak masak gak lauk sayur lain. Yelah kalau takde yg berkuah kang kot tercekik pulak makan. Wokeh jom layan menu ringkas tapi sedap kat tekak aku nie..tekak korang aku taktau ler...hehehehe


AYAM GORENG KUNYIT
Sumber: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

2-3 ketul isi ayam part dada
serbuk kunyit
5-6 ulas lada cili
1 labu bawang besar- dihiris kasar
2 ulas bawang putih- dicincang halus
2 batang baby corn
2 btg kacang panjang dipatah2
1/2 batang lobak merah dihiris memanjang
Garam
Serbuk perasa


CARA-CARA:-
  1. Isi ayam dihiris nipis, digaul dgn kunyit dan garam serta digoreng.
  2. Bila dah garing diangkat dan toskan minyaknya.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih serta lada cili.
  4. Masukkan semua sayur-sayuran, kacau beberapa minit
  5. Masukkan ayam goreng dan kacau sebati
  6. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa.

Thursday, December 23, 2010

Roti kentang

Bila tengok sana sinun buat roti kentang teringin gak nak cuba sendiri, tapi nak menguli dan tunggu doh naik serta roti masak, utk org2 yg kurang kesabaran cam aku baik gi beli jer kat tesco, c4 atau pun giant. Namun sebab semangat berkobar-kobar kuteruskan juga niat murni membuat roti kentang nie..resepi amik kat MyR dari onigiri or Pn Ros jintan manis yg memang pakar meroti itew, minta izin dikongsi disini...jom layan resepi..

ROTI KENTANG
Oleh: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

135ml air sejuk dari peti ais
3/4 tsp garam
30 gm mentega
1/2 biji telur dipukul sikit
60 gm ubi kentang direbus dan dilenyek baru timbang
300 gm tepung berprotein tinggi atau tepung roti
3/4 tbs susu tepung
50 gm gula
2 tsp yis segera

Topping- mcm buat krim kastard utk fruit tart

CARA-CARA:-
  1. Masuk semua bahan dalam mangkuk dan uli hingga licin, lebih kurang 15 minit. kalau ada bread maker masuk jer.
  2. Tutup dgn kain dan biar naik 2 kali ganda lebih kurang 40 minit.
  3. Tumbuk utk keluarkan angin dan uli 1/2 minit
  4. Bentuk jadi bebola yang lebih kurang sama saiz 9 ketul
  5. Susun dalam loyang yg dah digriskan dan biarkan naik lagi 40 minit
  6. Sapukan telur yang dipukul 1/2 lagi atas roti
  7. Paipkan kastard atas roti
  8. Bakar 180 C selama 20 minit atau hingga keperangan atau masak.


Sunday, December 19, 2010

Roti Marble Coklat

Dah lama tak meroti rase teringin pulak, BM dah berkulat duk dlm stor tapi cam malas jer nak kuarkan. Roti ni dibuat pakai kederat tangan dua kerat, tak pelah sekali sekala bagi otot naik kat lengan..hehehhe..resepi amik dari MyR oleh onigiri atau ros pakar roti meroti itu. Syok tau esok boleh breakfast roti dan bawak bekal gi uni...

ROTI MARBLE COKLAT
Sumber: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-
200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 sudu besar butter or margerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sikit air


CARA-CARA:-
  1. Campur semua bahan kecuali serbuk koko dan uli sampai tak lekat kat jari
  2. Perap doh selama 40 minit atau kembang 2 kali ganda
  3. Tumbuk- tumbuk doh untuk keluarkan angin
  4. Ambil 1/3 bahagian dan campur dgn koko kalau lemibk tambah tepung sikit, pastikan adunan sekata
  5. Doh yang putih dicanai memanjang. letakkan doh coklat ditengah-tengah
  6. Lipatkan atau cover doh coklat dan potong kepada 3 bahagian
  7. anyam bentuk tocang dan letak dalam loyang roti yang telah digris dgn butter
  8. Biarkan naik 2 jali ganda
  9. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau hingga keperangan.
  10. Siap bakar sapukan dgn margerin atasnya agar berkilat dan sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura, 10 Muharram

Salam semua, syukur kita masih dipanjangkan umur untuk masih bernafas dan menikmati kehidupan dibumiNya. Esok adalah 10 Muharram atau dipanggil hari Asyura. Berikut saya nak share perkara-perkara sunat yang jika lakukan akan mendapat pahala. Teringat masa kecik2 dolu, ada sorang nenek tua ni akan panggil aku datang umah dia utk usap kepala aku dan bagi sedekah sebab akukan anak yatim, tp nenek tu dah takde sekarang..al-fatihah utk arwah. Marilah kita cuba amalkan, ambil yg mudah2 pun ok cth bercelak, mandi sunat etc...

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami atau isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga ia memberi manfaat pada kita semua...InsyAllah.....

Monday, December 13, 2010

Sicilian Orange Cake

Rasanya ramai member bloggers yang dah cuba mencuba resepi ni, Kak Ummi, mamafami, kak inakl, kak inahar etc dan ini semua gara-gara Rima yang nun diseberang Tambak tu. Tapi memang setelah dibuat memang ternyata kek ni memang sedap sangattt.. riches, moistest, butteriest and yet lightest orange cake yang pernah aku cuba... memang two thumbs up! Kek ini kalau tgk kat gambar aku takde ler menggiurkan sgt namun rasanya sungguh sedap, Aku masak kaler nye gelap sikit or over baked sebab tinggal untuk buat kerja lain dan akhirnya aku terlupa yg kek sedang dibakar dalam oven. Resepi dah ku alih bahasa...layannnnn...
SICILIAN ORANGE CAKE

250gm Butter
250 gm gula kastor
4 biji telur saiz B
1 1/2 tsp parutan kulit limau
250gm tepung berserbuk penaik
85 ml jus limau segar

Utk Icing (aku tak buat pun) :
125 gm gula icing
5 tsp jus limau segar

Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. loyang dialas dgn kertas minyak atau disapu butter.
  2. Pukul butter dan gula 4-5 minit hingga warna berubah pucat.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati setiap telur.
  4. Masukkan parutan kulit limau.
  5. masukkan tepung semuanya dan kacau sebati.
  6. Perlahan-lahan masukkan jus limau. Kacau sebati.
  7. Masukkan dalam loyang dan bakar 45-50 minit atau hingga masak.
  8. Sejukkan atas redai.
  9. utk icing, Masukkan gula icing yg diayak dlm mangguk, masukkan jus limau sikit2 sambil dikacau dan mencapai kepekatan yang diinginkan atau boleh diletakkan atas kek.

Sunday, December 12, 2010

Kek Pisang Lembap

Hujung minggu barulah berkesempatan nak masak lebih sikit. Kalau hari biasa mesti pikir masakan yang simple tapi sedap. Mana taknya balik keje dah nak senja, kalau nak masak rendang bagai mau makan malam jam sepuloh, lepas tu trus tido...hehehehe.

Bila pegi pasar tani tadi beli pisang 2 pinggan 3 hengget, balik umah terus intai2 resepi kek pisang yang belum penah ku experimen kan. Terpikat lak pada kek ni yang ku dapat dari blog kak zaliana tp dipinang dari umah CMG kita dan benar bagai dikata kek ni memang gebu, moist dan lemak berkrim.. memang tak rugi mencuba. Buat dlm bentuk muffin senang nak makan dari satu adunan aku dapat 12 biji muffin dan 1 loyang kecik ... jom tgk resepi yg ku C&P dari dapur DTS..minta halal yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Saturday, December 11, 2010

Jelly Kelapa

Dengan cuaca yang tak menentu ni, kejap hujan kejap panas elok jugak makan jeli kelapa. Buah kelapa dapat menyejukkan badan dan jeli kelapa yg disejukkan pulak memang sedap dimakan waktu panas. So apa tunggu lagi...mari kita mulakan, tengok jer cara-cara buat kat belakang plastik jelly kelapa segera tu..tp tgh mood rajin aku tulis gak kat sini... jelly kelapa segera boleh gak digantikan dgn agar-agar biasa, lagi lembik lagi nyaman masuk tekak.

Bahan-bahan:-

2 biji kelapa muda
200 gm gula
3000ml air termasuk air kelapa
1 paket jelly kelapa segera
Cara-caranya:-

1. Asingkan isi kelapa dan airnya
2. Jerangkan 3000ml air termasuk air kelapa muda
3. Bila dah mendidih, masukkan gula, kacau sampai gula larut.
4. Masukkan isi kelapa dan serbuk jelly segera.
5. Kacau sehingga semua serbuk jelly cair dan mendidih
6. Tuangkan dalam bekas yang bersesuaian dan sejukkan.

Tuesday, December 7, 2010

Saman Trafik

Esok pagi-pagi selepas suboh aku akan pergi ke Balai Polis Trafik Selayang, nie semua gara-gara road tax yg expired pada 9 Dis 2010, bila nak renew tak boleh sebab ada saman dan aku kena blacklisted. Bila check di www.myeg.com.my semua saman tersebut adalah saman ekor dan satu pun surat saman tak pernah sampai ke tangan aku. Ada tu kena dari tahun 2006 lagi, hangin satu badan rasanya, sebelumnya ok jer nak renew roadtax.

Hari Selasa lepas berkobar-kobar aku ke Balai polis nak menjelaskan saman bila sampai kat situ..mak datuk ramai sgt org beratur nak menjelaskan saman. Nak amik nombor pun tak boleh sebab no dah abis, ptg tu dah 400 no dikeluarkan tapi no yg dipanggil masa tu baru 200. Brader polis suruh aku dtg lagi pagi2 buta hari rabu.. gigih ler aku esok lepas punch card cabut ke sana dulu..doakan kejayaan aku yek...
Dahlah susah payah aku meredah trafik jem dan ujan hari selasa lepas ditambah pulak parking keta yg jauh kena naik turun bukit, dgn perut yg memboyot sampai2 takleh nak buat apa..balik dgn hati yg hampa.. doa2 esok berjalan dgn lancar, kalau tak maknanya ada yg keta aku tak leh nak gerak sbb roadtax dah expired..huhuuhu.

Kat bawah ni aku bg info bg kengkawan yg nak check kalau ada saman aku dpt dari laman web rasmi PDRM..boleh lah geng dgn aku ..hehehehe

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN KAD PENGENALAN atau NO KENDERAAN dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :
MyEG Services
www.myeg.com.my

RILEK e-Services
www.rilek.com.my

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru Hijrah 1432

Gambar ni sekadar hiasan jer.

Salam Tahun Baru Hijrah buat kita semua. Dah baca doa akhir tahun lepas asar tadi dan doa awal tahun lepas solat magrib? Dikesempatan ini marilah kita sama-sama berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa kita yang telah lalu yang tidak sempat kita bertaubat dan tidak diridhaiNya. Allah pelihara kita daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya, tentera-tenteranya dan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dari kebaikan. Semoga Allah merubah keadaan kita kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaanNya. Berilah kami kebahagiaan hidup didunia dan kebahagiaan diakhirat dan dipelihara dari azab api neraka. Amin...

Saturday, December 4, 2010

Muffin, kek or Apam Pisang

Napa boleh jadi Muffin, kek or apam pisang?? sebab menurut kata ikin yang nun jauh di Qatar kalau masuk dlm cup jadi ler muffin kalau letak lam loyang dan di bakar jadi kek pisang dan kalau kukus pulak jadi apam pisang. So boleh pilih nak namakan apa. Resepi ni adalah resepi orang2 lama dari mak ikin, thanks yea..mintak izin letak kat sini. Teringat sewaktu ketika dulu penah sesat bersama ikin mencari jalan di Putrajaya..kenangan oh kenangan....


Bahan-bahan:-
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cwn pisang yg dilenyek
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn minyak masak
  • 2 cwn tepung gandum + 1 sudu teh bikabonat diayak sekali
  • 2-3 titis esen pisang- Jamie tak letak pun
  • sikit koko utk marble- ni pun tak bubuh
Cara-caranya:-
  1. Telur dan gula diblend or pukul sampai gebu
  2. Masukkan pisang, blend lagi
  3. Masukkan minyak, blend
  4. Tuang bahan blend ke dlm tepung dan bikabonat yg telah diayak
  5. Masukkan esen pisang
  6. Letak dlm acuan yg dah dilenser dgn minyak- kalau guna cup tak perlulah
  7. Bakar 180C lebih kurang 20-30 minit atau hingga perang.
Satu adunan yg jamie buat menghasilkan 24 ketul muffin, kalau rasa banyak boleh buat setengah adunan jer, pisang pulak elok guna pisang emas dlm 4-5 biji sebab warna dia lebih cantik (lebih perang) atau boleh ganti gula pasir dgn gula perang. Muffin ni manis2 buah jer kalau suka manis boleh letak gula banyak sikit. Tapi pada saya eloklah gini, kena kurangkan gula dalam masakan, nanti tak pasal2 kena potong kaki lak...minta dijauhkan...

Thursday, December 2, 2010

Lagi Gambar Nina

Sempena birthday Nina, aku saje nak tayang gambar-gambar lama dia yg masih ada dlm simpanan bila bongkar2 dlm komputer tadi. Kat atas ni masa umur nina 6 hari, pusat pun belum tanggal lagi masa tu, memang bulat dan gebu. Rambut pun lebat, majlis cukur jambul nina dibuat 3 kali, almaklum ler anak sulong, sekali buat kat umah mak, pastu umah mak mertua dan juga kat umah mak angkatku.. habis rambut yg lebat kena tarah..hehehhe
Ni gambar masa Nina 5 bulan, bukan main meniarap sana sini. Gambar nie masih kat umah lama lagi, stil belum beli umah lg masa tu..
Gambar baru lepas mandi, suker sgt kalau kena amik gambar, sentiasa ready gitu. masa ni pun umur dia dlm 5-6 bulan jer..
Nina masa umur 2 tahun, masih hisap puting kopet, tak leh nak dipisahkan tapi bila nak berentikan senang pulak. Macam tu jugak bila nak stop pakai pampers, very easy, anak mama yg baik..good girl. Masa ni dah pindah umah baru, Nina suka sgt main payung kat laman rumah, almaklum lah umah dulu takde laman...
Ni gambar nina dah 3 tahun, gambar diambil masa birthday adiknya, tapi dia pulak yg lebih, gambar terkini nanti aku amik kalau ada buat birthday party utk dia..(kalau mama rajin n larat ler...)

Birthday My Lovely Daughter- Nina


Pada 1.12.2005 yang lalu lahirlah seorang bayi perempuan comel seberat 3.5kg pada jam 4.00 ptg. Al kisahnya bayi ini pernah tertukar dgn anak org lain semasa dilahirkan di satu hospital swasta (nama terpaksa dirahsiakan). Bayi ini telah dibawa balik hingga sampai ke rumah org lain dan kami terpaksa menunggu bayi ini dikembalikan. Org yg terambil bayi ini adalah org sebelah katil yg duduk satu bilik dgn aku. Nak salahkan dia pun tak boleh sebab nurse yg bagi bayi ini kepada dia sebab tersilap emak. Nasib baik bayi dia adalah lelaki dan anak kami perempuan dan tag nama masih ada dikaki bayi, tambahan pula baju anak kami warna pink dan anak dia warna biru. Bayi bertuah ini kami namakan Khairina Safiah, hari ini genapnya usia khairina Safiah 5 tahun. Mama dan Papa doakan Nina menjadi anak yang solehah yang sentiasa patuh perintah Allah dan mejadi kebanggaan kami sampai bila-bila. Mama dan papa sayang sangat dekat kakak nina, jaga diri dan hiasi peribadi dgn akhlak yang mulia, moga menjadi contoh dan ikutan pada adik-adik yang lain...Happy Birthday sayang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails