Tuesday, September 23, 2008

Marble Shortbread



Bila orang sibuk buat biskut marble shortbread aku pun tak nak ketinggalan. Ditambah lagi biskut nie tak payah nak canai dan terap cam biskut2 lain, just pakai loyang cutter jer. Maka aku pun beli satu loyang cutter size 10 x 10 dgn harga RM 35.00 tunai.
Buat sampai 3 aduanan gitu. Cubaan pertama tak berapa menjadi sebab base bawah nipis dan lorekkan bunga terlalu jarang. Namun ku tak berputus asa dan cubaan kedua ku gandakan adunan agar bhgn bawah tebal sket. oklah not bad tapi skill melorek bunga masih belum tip top. Ahirnya cubaan ketiga, alhamdullilah menjadi. Tp dah malas nak amik gambar dah. Gambar yg dipamerkan adalah dari cubaan kedua ku.



(Resepi from MakLang Kitchen)

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar masak sekata
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 15minit.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening -1 sudu besar

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.

1 comment:

TopsyTurvyMum said...

Salam Jamie,
Tahniah! nanti e-mail alamat ke r_adliah@yahoo.com.sg

:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails