Thursday, December 23, 2010

Roti kentang

Bila tengok sana sinun buat roti kentang teringin gak nak cuba sendiri, tapi nak menguli dan tunggu doh naik serta roti masak, utk org2 yg kurang kesabaran cam aku baik gi beli jer kat tesco, c4 atau pun giant. Namun sebab semangat berkobar-kobar kuteruskan juga niat murni membuat roti kentang nie..resepi amik kat MyR dari onigiri or Pn Ros jintan manis yg memang pakar meroti itew, minta izin dikongsi disini...jom layan resepi..

ROTI KENTANG
Oleh: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

135ml air sejuk dari peti ais
3/4 tsp garam
30 gm mentega
1/2 biji telur dipukul sikit
60 gm ubi kentang direbus dan dilenyek baru timbang
300 gm tepung berprotein tinggi atau tepung roti
3/4 tbs susu tepung
50 gm gula
2 tsp yis segera

Topping- mcm buat krim kastard utk fruit tart

CARA-CARA:-
  1. Masuk semua bahan dalam mangkuk dan uli hingga licin, lebih kurang 15 minit. kalau ada bread maker masuk jer.
  2. Tutup dgn kain dan biar naik 2 kali ganda lebih kurang 40 minit.
  3. Tumbuk utk keluarkan angin dan uli 1/2 minit
  4. Bentuk jadi bebola yang lebih kurang sama saiz 9 ketul
  5. Susun dalam loyang yg dah digriskan dan biarkan naik lagi 40 minit
  6. Sapukan telur yang dipukul 1/2 lagi atas roti
  7. Paipkan kastard atas roti
  8. Bakar 180 C selama 20 minit atau hingga keperangan atau masak.


2 comments:

ning only said...

hehe.. ingat nak baca kisah suka duka hidup manusia lain.. terus tak jadi bila tengok banyaknya resepi2. sedap2 sumenye..

salam perkenalan..
jenjalan di alam maya ;D

Jamie said...

Selamat berkenalan, jemputlah masuk jangan malu-malu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails