Pada 1.12.2005 yang lalu lahirlah seorang bayi perempuan comel seberat 3.5kg pada jam 4.00 ptg. Al kisahnya bayi ini pernah tertukar dgn anak org lain semasa dilahirkan di satu hospital swasta (nama terpaksa dirahsiakan). Bayi ini telah dibawa balik hingga sampai ke rumah org lain dan kami terpaksa menunggu bayi ini dikembalikan. Org yg terambil bayi ini adalah org sebelah katil yg duduk satu bilik dgn aku. Nak salahkan dia pun tak boleh sebab nurse yg bagi bayi ini kepada dia sebab tersilap emak. Nasib baik bayi dia adalah lelaki dan anak kami perempuan dan tag nama masih ada dikaki bayi, tambahan pula baju anak kami warna pink dan anak dia warna biru. Bayi bertuah ini kami namakan Khairina Safiah, hari ini genapnya usia khairina Safiah 5 tahun. Mama dan Papa doakan Nina menjadi anak yang solehah yang sentiasa patuh perintah Allah dan mejadi kebanggaan kami sampai bila-bila. Mama dan papa sayang sangat dekat kakak nina, jaga diri dan hiasi peribadi dgn akhlak yang mulia, moga menjadi contoh dan ikutan pada adik-adik yang lain...Happy Birthday sayang!
4 comments:
Uik Jamie,
Boleh masuk paper cerita Nina tertukar masa kecik tu. Mesti tak senang duduk menunggu baby sendiri balik ke pangkuan kita semula kan.
Alhamdulillah, she's all yours now :-).
Selamat hari lahir Nina. May you have the best day of your life and a wonderful, happy future ahead. Semoga terus menjadi anak kebanggaan keluarga.
happy birthday nina...ohh tragis jugak crita ni.. ishh ishh... alhamdulillah tak tertukar terus. karang jadi cam crita drama pulak kan.hehhee
selamat hari lahir buat nina!..semuga nina membesar jadi anak yang cerdik, pandai dan berjaya dunia & akhirat..aduh nasib baik boleh dijejak balik, baby tu..boleh sue hospital tu jamie!!
LG,
Dr pun dah cemas masa tu takut kami buat report, mak mertua memang dah marah2 sebab ni melibatkan nasab keturunan.
Izah,
Thanks for the wishes, nasib baik tak tertukar terus...haru..
K.Ayu,
Thanks, bila jamie bersalin kali ke dua kat situ, dah ada procedure baru nak ambil baby keluar dari wad, memang satu pengajaran yg baik utk hospital tu..hehehhehe
Post a Comment