Saturday, July 4, 2009

Marble Cheesecake

Semalam ada tempahan oreo ciskek lagi.. tapi malas nak upload picture nanti jemu pulak u olls tengok. Hari ni buat ciskek lagi untuk makan-makan sendiri, asyik buat utk org jer, sekali sekala nak gak merasa. Tapi kali nie buat marble ciskek plak, gandingan coklat ngan cheese memang sesuai....
Jom layan resepinya, amik kat mana dah tak ingat dah, lebih kurang jer cam ciskek biasa cuma tambah cooking coklat jer...
Bahan-Bahan- Loyang Spring foam 20cm

Untuk Base:-
200 gm biskut - dikisar halus( suka hati ler nak guna biskut apa, tp jamie guna biskut digestive + biskut tiger yg anak tak abis makan )
100 gm butter- dicairkan.

Untuk bahagian atas:-
500 gm cream cheese phildephia
1/2 cwn gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan sour cream
100 gm coklat masakan dicairkan

Cara-caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama lebih kurang 15 minit
2. Alas sekeliling loyang dengan aluminum foil
3. Gaulkan biskut dgn butter cair dan masukkan dalam loyang, tekan bagi padat dan serata. Simpan dalam peti sejuk.
4. Pukul cream cheese sampai lembut , masukkan gula dan pukul lagi.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
7. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
8. Tuangkan adunan cheese berselang seli dgn coklat cair ke dalam loyang sehingga habis.
9. Kacau perlahan menggunakan belakang sudu untuk membuat marble effect.
10. Cover luar loyang dengan aluminum foil dan letakkan dalam loyang yang lebih besar berisi air panas.
11. Bakar selama 50-60 minit.

2 comments:

Ana Ali said...

jamie, rajin nyer ambik tempah, murah rezeki..suka gak cheesecake nih tapi tak ramai yang nak makan kat umah..

Jamie said...

Saje suka2 jer Ana, kalau Ana buat tak de sapa nak makan hantar ler sini, gerenti beres...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails