Wednesday, July 8, 2009

Dendeng

Walaupun dah ada asam pedas, nak gak masak lauk daging sbb en hubby suka makan daging, memang favourite dia. tak kisah ler daging tu masak apa. Jamie buat berkuah sikit, tak pekat sgt, anak-anak yg dah makan kat umah baby sitter pun sibuk nak makan lagi bila tgk papa diaorg makan dgn berseleranya. Bertambah-tambah lagi u.. sedap ler tuh.. cuma takmo puji jer..

Bahan-bahan:-
1/2 kilo daging
2 biji tomato-belah lapan
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil jintan*
2 sudu kecil ketumbar*
10 ulas bawang merah*
halia sikit*
2 ulas bawang putih*
10 batang cili kering*
1 batang serai-dititik
Gram, gula & serbuk perasa

Cara-caranya:-
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Hiris daging nipis-nipis dan perapkan dgn 1/2 bahan yang dikisar.
3. Gorengkan daging yang telah diperap sehingga garing dan angkat.
4. Dalam kuali yg sama, kurangkan minyak dan tumis lebihan bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap, tomato, garam, gula dan daging- boleh gak tambah sikit air.
6. Masakkan sehingga kuah pekat.

2 comments:

blogresipi said...

Lauk nie kalau makan dgn nasik lemak best tak? hehe... cam teringin nak mkn nasik lemak pulk..

Jamie said...

ok gak ijan, rase dia ala-ala rendang jer, buat pekat dan kering sikit, memang terangkat. Macam-macam pulak tekak makyong yea..kalau dekat memang akak dah hantar semangkuk, takut kempunan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails