Monday, November 30, 2009

Qurban 2009

Macam tajuk filem pulak yea, apa-apa pun Jamie ucapkan Selamat Hari Raya eidul Adha buat semua Muslimin dan Muslimat, semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Nya. Tahun nie Kasman's Family termasuk menantunya (aku ler tu) diizinkan oleh Allah untuk bersama-sama melakukan ibadah Qurban. Acara Qurban ini dilakukan sendiri kat rumah dgn dibantu oleh jiran-jiran terdekat.
Lembu yang kami korbankan ini berwarna putih dan agak jinak juga, lembu ni sampai 3 hari awal dirumah dan sepanjang tempoh itu abahlah yang terpaksa hari-hari mencari rumput utk makanan lembu. Anakku yg sulong, Nina beri nama lembu nie Sappy ala mcm cerita Upin & Ipin tu.. bila sampai masa sappy kena korbankan Nina agak keberatan dan rasa sedih, nasib baik boleh dipujuk lagi, tapi Nina nak suruh beli sappy yg lebih besar lagi.. ingat murah ker lembu tu anak ooiii...
Agak senang nak tumbangkan sappy nie, cuma amik masa berapa minit jer takdelah dia meronta-ronta macam lembu gile, sappy relax jer, Jamie rasa sappy dah pasrah dan rela utk dikorbankan, hehehhe.. tengok tu. baik jer muka sappy kan. Gambar sembelih takyah ler tunjuk takut nanti ada pulak yg ngeri nak tgk kan... Qurban dilakukan sebelah petang selepas Solat Jumaat dan kebetulan pagi tu ada 2 org yang meninggal jadi terpaksa beri laluan kepada pengebumian arwah tersebut.
Ini adalah antara orang2 yg bertanggung jawab dlm aktiviti Qurban. Abis semua parang, kapak dan pisau yg ada kat rumah dikeluarkan. Laki aku tu yea-yea orrr.. jer.. tolong ker acah ajer tu bang... buat2 rajin sbb nak amik gambar.. hehehehehe.. ampun yea bang.. gurau jer... abah ler yg yang paling bersungguh2 dan dedikasi disokong oleh jiran terdekat Cik Bari. Terima kasih semua yea... lain kali kalau ada rezeki kami buat lagi, insyaAllah. Lepas nie jgn ler jemu kalau semua entry pasal lauk pauk berasaskan lembu sbb byk dpt daging lembu bawak balik.

1 comment:

mommysarah said...

dah dapat kau buat korban yek...aku nie tak taulah biler nak buat :P...IAllah, balik mssia nanti kot.... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails