Wednesday, June 3, 2009

Bercuti di Janda Baik & Bukit Tinggi

Salam semua, lama betul tak letak entry kat sini rase rindu betul nak merepek-repek. Entry kali nie bukan nak cerita resepi tapi nak cerita kisah kami dan beberapa jiran tetangga pergi menghabiskan hujung minggu di Tapak Perkelahan Pak Lah (bukan Pak Lah mantan PM tu yea..nie Pak Lah lain) di Janda baik dan seterusnya ke Bukit Tinggi Resort. Seronok masa pergi dan berada kat sana tapi tak seronok masa on the way balik, jalan jem giler kat Karak Highway.. tension...oklah layan gambar-gambar we all kat sana...

Aktiviti utama tentulah mandi manda.
Baby Aina gumbira sungguh dapat mandi.
Kaum bapa yang terlebih-lebih seronok mengalahkan anak-anak. :)
Menu breakfast- sosej, nugget, sandwich telur, nasi goreng, mee goreng- macam-macam ada ala2 kat hotel gitu. Gambar aktiviti BBQ tak sempat nak tangkap lagi pun waktu malam, lighting tak begitu baik, tapi pun menu macam-macam ada sampai tak larat nak perabis antaranya ayam percik, ayam blackpaper and paprika, daging bakar, sotong bakar, nasi goreng cina. Memang kenyang sangat makan...Rojak Buah
Ambil gambar menggunakan tripod canggih, tak sempat nak sampai, wrong timing..
bersambung di bahagian kedua...

6 comments:

mommysarah said...

bestnye...saper yang masak? Tdo kat sana ke?

Jamie said...

sapa lagi... kita org ler kaum ibu yg masak beramai-ramai. Tapi kaum bapa ok gak tolong buat BBQ and tolong makan. Tido sana, lupa lak nak amik gambar chaletnya.. memang tepi sungai betul2.. xpe nanti ko balik sini bleh gie sama2. ok...

mommysarah said...

tulah pasal...kau kena gie sekali lg ambik gambar. berapa regenye semalam?

Jamie said...

ada gambar sebenarnya tapi tak berapa cun sgt..hehehhe.. murah weh.. 2 chalet, 1 pondok buloh, tmpt BBQ semua RM 100 jer... chalet tu complete dgn tilam, bantal, sejadah dan asal2nya dusun. Lepas tuh bila nak balik Pak Lah siap bagi pisang, pokok kunyit, ulam2, bunga kantan.. best laaa...

Diyana said...

HI, leh tanya tak apa nama cheletnya, leh tido ker, selesa tak..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails