Friday, June 26, 2009

Puding Trifle

Buat puding nie sempena khatam Al-Quran juzuk satu kat opis. En hubby siap perli, dah setengah tahun baru khatam juzuk satu jer ke? hishhh geram tul.. kelas mengaji tu bukan ada hari2 Cik Abe ooiii.. sebulan dua kali, dah tu sejam jer, bukan takat ngaji jer, ada belajar tajwid, menghafaz makna bacaan dalam sembahyang, grammer dan tazkirah. kalau takat baca jer boleh ler laju semacam.. hehehhehe.
Resepi amik dari daniaelyza@MyR, mekasih yea, sorry c&p jer. Jamie buat 2 adunan dapat dalam 30 bekas. Beli buah lam tin satu jer, mana nak cukup, takleh ler nak meriah-meriah sgt, letak sket2 jer. Jeli tuh jamie guna perisa blackcurrant, patutnya ada 3 layer, tapi utk layer kek gulung tu dah tak nampak plak.

Bahan-bahan ( 5-7 )

  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastar-(Jamie guna 1 tin air)
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Non- Jamie guna brand lain
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati- ikut arahan pada pek jer senang.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails