Wednesday, June 17, 2009

Dalca

Dalca nie pun lawan untuk nasi beriani. Ialah kalau makan kering jer tak berkuah takut tercekik lak. Resepi asal dari Yummiez@MyR tapi dah ubah suai sket ikut tekak dan bahan yg sedia ada. Jom ler layan resepi...

Bahan-bahan

  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • air asam jawa secukup rasa
  • Tetel- daging lembu yg ada lemak
  • 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • sayur2 spt karot, kacang panjang, terung bulat dan ubi kentang
  • santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2.
  2. Gaulkan rempah kari daging dgn sedikit air.
  3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  5. Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
  6. Tambah air asam jawa.
  7. Masukkan daging tetel.
  8. Setelah tetel separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
  9. Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong tapi kacang panjang masuk last sekali sbb nanti lembik sgt . Tambah garam secukup rasa.
  10. Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya. Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang dan lobak sudah lembut.

2 comments:

blogresipi said...

Wah kak..set nasi beriani lengkap..sedapnye.kalau makan kat kedai mamak mau berpuluh hengget nie...

Jamie said...

alang-alang buat biar complete baru best makan. Tapi nak menyediakannya, fuoohhh..dari kul 11 pgi sampai kul 3 ptg baru siap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails