Tuesday, June 16, 2009

Ayam Masak Merah

Nie lagi satu regu untuk nasi beriani, rasenya masa entry nie di posting, tuan rumah dah berada nun di Negeri Bawah Bayu kerana terpaksa mempegerusikan satu mesyuarat. Hari khamis baru balik semula ke KL. Jadi sorry ler kalau tak sempat nak jawab komen teman-teman bloggers yea.. moh ler kita lihat resepi ayam nie. Memang marvelousssss...

Bahan-bahan ayam goreng:-
1 ekor ayam
sikit garam dan kunyit

Bahan kisar:-
10 biji cili kering
2cm halia
1 labu bawang merah

Bahan lain
1 cwn sos tomato- kalu nak sedap guna tomato puri 1 tin
1 biji tomato didadu
1 batang serai -dititik
1 labu bawang merah-dipotong bulat
1 tin kecil kacang peas.

Cara-caranya:-
Potong kecil2 ayam, bersihkan, gaulkan bersama garam dan kunyit (jamie guna kunyit hidup) kemudian goreng, takyah garing sgt nanti keras lak. letak tepi.

Tumis bahan kisar, sampai naik bau, kemudian masukkan sos tomato dan buah tomato dadu. Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam, kacau dan masak sampai kuah pekat. Masukkan pula bawang yg dipotong bulat serta kacang peas. Biar 1-2 minit. Padamkan api. dah sedia untuk dingap...

3 comments:

Anonymous said...

Sedapnye ayam masak merah nie...

mommysarah said...

sedap sedap...nanti buatkan untuk aku yek jamie...

Jamie said...

Ijan,
memang sedap pun, ikut tekak akak ler..

faizah,
boleh jer.. takde masalah.. bila ko balik sini aku buat tuk ko..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails