Pecal nie masakan orang jawa, sama ada masak pecal atau pecal yang terdiri daripada sayur-sayuran ala-ala rojak. Asal usul pecal nie tak diketahui tapi yang pasti bila sebut pecal mesti ada penggunaan kencur (cekur) dalam masakan tersebut. So, ari nie masak lauk untuk makan tengah hari ala-ala kampung di mana aku buat pecal dan iwak lele (ikan keli) masak pecal. Sayur-sayuran yang digunakan ialah timun, kacang panjang, sengkuang, taugeh kasar dan tempe goreng. Biasa org akan letak pucuk ubi, kangkung kampung, nangka dan sayur-sayuran yang sewaktu dengannya, tapi kalau sayuran berdaun nie kena celur dulu bagi lembut. Tapi semua sayur berdaun tu aku skip sbb malas nak beli byk2 tp nanti cuma nak guna sket jer. Bukan setakat buah kencur tu jer yg digunakan, hirisan daun kencur juga dpt membangkitkan aroma masakan ni.
Masak pecal lak guna ikan keli, ikan keli dalam bahasa jawa diaorg panggil iwak lele. ikan nie dibeli kat pasar tani stadium melawati Ahad lepas. Murah jer utk 3 ekor yg besar diaorg jual RM3, besar2 plak tu dan dah siap siang lagi. Setelah dibersihkan dan digoreng barulah dimasak bersama kencur, cili api, kunyit dan santan. Memang sedap sesekali makan masakan kampung kalau mak mertua lalu belakang pon tak nampak (memang ler tak nampak sbb belakang cuba lalu depan yea tak?)...hehehhehe
Jemput makan semua....
No comments:
Post a Comment