Sunday, November 15, 2009

Choc Moist Cupcakes

Buat cupcakes nie sempena majlis sambutan harijadi Aira yg ke-2, anak seorang kenalan lama masa di MRSM. Warna tema majlis adalah purple dan kebetulan ada stok purple roses dlm simpanan kalau idak jenuh gak nak deco satu persatu. Isi dalam guna resepi moist choc cake yg biasa aku buat cuma di make-up dgn choc ganache dan letak bunga ros jer.

Dah lama tak praktis deko nie tangan pun dah jadi keras, memula hajat hati nak deko free hand jer, buat 2-3 kali asyik tak jadi jer terus terbatal niat tu. Satu adunan dapat hampir 40 biji cuppies saiz M. Kena timbang setiap satu nak bagi sama elok jer naiknya, tapi ada gak yg kureng.
Cuppies sebelum disolek. Agak cun jugak walaupun tanpa make-up. Belum apa2 dah kena ngap dulu dgn anak-anak. Dok pikir2 nak solek gaya camner, belek2 sana sini terjah umah org sana sini at last gini jer rupanya. Nak buat camner dah tangan tak bedung, keras jek..
Sebelum balik bergambar untuk kenangan didepan umah Aniza di Taman Pinggiran USJ. Siap pasang balai dan berbelon2 rumahnya dihias. Makanan pun sedap, mekasih yea tahun depan jemput ler lagi, nanti Jamie buat cuppies yg lagi cun dan sedap yea.. harap-harap la....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails