Wednesday, April 29, 2009

Singapura

Dah lama sebenarnya tak pergi ke Singapura, last pegi masa standard 6 kira-kira 20 tahun yg lepas (terasa tua lah pulak). Memang dah banyak beza rasanya, masa pegi dulu Pulau Sentosa tu baru dibuka. Walaupun dilahirkan dinegeri yang paling hampir dengan Singapura tp masa dan keadaan tak mengizinkan untuk kesana, intai-intai dari Danga Bay jer lah. Ingat lagi dulu-dulu, mak-mak kita akan buat rombongan Cik Kiah melawat ke Singapura, bukan nak beli apa pun, cuma tuala, kain baju dan buah-buahan, termasuklah mak aku. Sekarang nie dah terbalik pulak singaporean pulak yang berduyun-duyun dtg ke Malaysia. Ada dua jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura daripada Johor iaitu Jambatan Tambak Johor(Woodland) dan juga 2nd Link (Tuas).

Vanda Miss Joaquim

Untuk pengetahuan semua bunga ni adalah bunga kebangsaan Singapura. Aku pun sebenarnya baru tau. :). Asal-asalnya Singapura dikenali dengan nama "Pu-luo-chung" (ala-ala Puchong la pulak) yang bermaksud pulau di hujung peninsula. Semasa pemerintahan Sri Vijayan ia dikenali sebagai Temasek (Sea Town) dan kemudian namanya ditukarkan ke Singa Pura (Lion City) kerana Sri Vijayan Prince ternampak seekor binatang yang seakan-akan Singa. Singapura menjadi independent republic pada 9 Ogos 1965 setelah bercerai talak 3 dgn Malaysia. National icon bagi Singapura adalah Merlion (half fish, half lion). Negara nie walaupun kecil tapi banyak juga tempat-tempat menarik untuk dilawati. Antaranya:


Fountain of wealth

Fountain of wealth adalah air pancut yang terbesar didunia dengan ketinggian 46 kaki dan dibina daripada 85 tan cast bronze. Design berdasarkan Fengsui- angin dan air. Selain tu ada taman burung yang menempatkan 8000 burung daripada 600 species iaitu di Jurong Bird Park yang terletak western part of Singapore.

Selain tu Singapore ada Night Safari, yang mana ia merupakan world's 1st night zoo, dalamnya ada lebih kurang 1200 binatang dan juga 100 exotic species. Pendek kata macam-macam ada kat sana. Pua Chu Kang pun ada, don't play-play. Nak lebih info boleh lah jenguk kat laman web nie http://www.visitsingapore.com/. Dah macam ala-ala tourist guide plak aku nie.. ada bakat ker? Kalau nak ke sana, singgah-singgahlah di Johor dulu boleh memajukan ekonomi negeri tanah tumpah darahku, sambil tu boleh gie umah Cik Mat kita.. ahak...:). Jamu selera dulu.... memandai plak aku nie, sorry Cik mat yea, gurau-gurau jer. All images are courtesy from Singapore Tourism Board.


3 comments:

mommysarah said...

kau nie sound Indirect ngan cik abg ke nak ajak gie spore? hehehehe

Jamie said...

ala bukan dia baca pun blog aku nie.. dia no problem pun kalau aku ajak tapi semua expences aku yg kena tanggung tuh yg malas tuh.. prinsip kitaorg sapa yg ajak dia yg kena belanja.

mommysarah said...

yeke...aduhai....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails