Sunday, April 19, 2009

Mee Udang Kuala Sepetang

Jumaat malam, jam satu pagi kami sekeluarga bertolak ke Kepala Batas Pulau Pinang untuk amik adik yang baru abis matrikulasi. Sebelum pergi hubby boleh main basikal lagi sampai jam 12 mlm, aku punye lah risau takut nanti penat pulak dia nak drive ke sana. Tapi nak buat camner dah minat.. aku biar kan jelah.. Dalam perjalanan ada peristiwa yang memang tak dapat kami lupakan dan sangat menjadi pengajaran. Sampai di R&R Tapah kereta kami kehabisan minyak, bila pergi ke petrol station semua perkhidmatan kredit kad dan ATM offline. Wawaaaa.. mcm nak marah & nak nangis pun ada gak.. Maklum lah hujung bulan memang kredit kad jd sasaran, tp tak sangka gitu plak jadinya.. nak withdraw duit pun takleh gak... terpaksalah kami tunggu sampai semua servis online balik. Tapi aku geram gak ngan hubby apsal dia tak isi minyak full tank sebelum bertolak... dan aku biasanya pernah tak ada cash langsung dalam wallet tapi ptg seblum pegi aku dah bagi semua cash tuk byr duit karipap dan aku memang budget tuk withdraw duit kat mana2 hentian yg kitaorg akan singgah nanti. Masa tunggu tu nak tido pun takleh sbb panas, enjin keta kena off kang kena tolak plak keta. Hubby plak 2-3 kali gie check kalau2 dan online balik.. patut ler ramai org yg tersadai kat situ.. ntah2 diaorg pun senasib ngan kitaorg gak. Budget nak sampai pukul 6 tak tercapai. lepas tuh lebih kurang pukul 4.00 pagi servis ada balik, kita org pun isi minyak fulltank dan meneruskan perjalanan ke sana. Pukul 5.30 pgi singgah di R&R Gunung Semanggol yg dekat Bukit Merah tu.. sebab hubby dh tak tahan mengantuk. Jam lapan mandikan budak-budak dan ingat nak pegi breakfast tp ATM out of servis lah plak. Cash yg ada tak sampai lima ringgit sedihkan... Niat nak breakfast terpaksa ditangguhkan dan kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kuala Batas dan kuarkan duit kat situ dan terus breakfast. Berselera jer semua makan mcm dah lama tak jumpa makanan. Lepas makan terus jer ke KMPP utk amik adik yg dah lama menunggu.

Dari KMPP kami exit ke Taiping utk pergi ke Kuala Sepetang. Hari tu tengok Majalah 3 tunjuk mee udang Kuala Sepetang macam sedap jer. Cuma masalahnya kami tak ingat nama kedai yg kuar kat M3 tu.. dah lah sepanjang2 jalan kami jumpa banyak sgt kedai mee udang, namun setelah contact member2 yg pernah pegi taulah kami kedai yg glamer tu namanya Warong Mak Teh, Mee Udang banjir. memang ramai giler org, parking pun penuh, siap ada yg datang satu bas lagi. Cuaca memang panas tak ingat punye... terik tapi mee udang punye pasal ku gagahkan jua.. Harga bleh tahan gak dari RM6 sepinggan hingga RM12 utk mee udang, kedai ni ada gak serve menda lain, udang bakar RM10 sepingan, nasi dan sambal tumis udang pun ada. Kita org makan mee udang jek..

Kedai dia biasa2 jer.. tepi jalan senang nak cari cuma masalah nya semua kedai mee udang tepi jalan hehehehe. Kami oder Mee Udang yg rega RM10 dua pinggan.. rasenya boleh tahan gak.. nak kata sedap aku pun tak pernah makan mee udang sbelum ni, so tak leh nak compare.. tapi udang dia memang banyak.. berbaloi lah dgn harganya..

Mee Udang sebelum dimakan... Ada mee di sebalik udang.. bleh kira lah mee dia..

Mee Udang selepas di makan.. tinggal kulit jer..

1 comment:

mommysarah said...

perghhh..kesian giler jalan citer kau jamie...sedih wei aku dengar....huhuhuhuhu

tp bile bab mee udang tu, mmg taklah tahan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails