Tuesday, April 21, 2009

Serunding Daging Khinzir

Rase takut pulak nak makan serunding sebab baru-baru nie kecoh, heboh dan hangat diperkatakan serunding daging dari Indon ada campuran daging khinzir. Nak lebih lanjut bleh refer sini.. Ini bukan kita saje2 nak buat kecoh tapi depa sendiri(Indon) yang bagi tau.. Serunding atau dendeng ini walaupun ada label halal tetapi dibuat daripada daging khinzir.
Antara 5 jenama yang telah dikenalpasti mengandungi daging khinzir ialah Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram. Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran sebuah syarikat fiktif/palsu), Abon/dendeng sapi asli cap A.C.C., Dendeng sapi istimewa merek Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya, Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Gambar daripada Akhbar Kosmo 19 April 2009.

Boss aku citer masa dia pergi outstation ke oversea dia ada bawa serunding daging, lepas tu ada seorang indon nie tanya halal ker, boss aku heran gak kenapa dia tanya macam tuh, rupanya kat tempat dia org ada kes camnie. So berhati-hati lah especially bagi mereka yang suka pergi jalan-jalan ke Indonesia dan menjadikan serunding atau dendeng ini sebagai buah tangan atau ole-ole unutk dibawa pulang.. nasib baik teknologi dah canggih sekarang nie, guna kaedah PCR dah bleh bezakan porcine(pork) dan bovine (daging2 lain). Tapi sembelih atau tak still tak leh nak bezakan bila dah masak.. so tawakal jelah..moga kita semua terhindar dari makanan yang bukan2. Lepas nie melambak ler sample serunding yang nak kena analyse...Good Luck.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails