Rase lama dah tak makan ciskek, tambahan pulak cream cis pun cam dah nak expired lam peti ais daripada terbuang begitu saje cis yg mahal tu baik wat ciskek. Separuh bawak gi opis kejap jer licin, yelah ramai yg hantu ciskek. Bila makan ramai-ramai memang seronok. Nak buat ciskek nie mudah jer,takyah nak risau kek jadi bantat, cuma jgn overbeat nanti kek jadi crack. Utk lebih sedap kena simpan lam peti ais overnight baru potong n makan. Kalau nak resepi selongkar ler under label cake dah ada rasenya, malas nak taip lagi. Makan rajin ler...
Friday, October 30, 2009
Thursday, October 29, 2009
Lagi Investment di Melaka
Bagi memakmurkan lagi ekonomi Negeri Melaka aku telah membuat pelaburan pulak kat KK Home Deco yg baru dibuka di Ayer Keroh. Rabak gaklah poket membeli brg ala english, aku suka tp hubby kureng suka munge2 semak katanya. Aku beli yg murah2 jer setakat 2-5 hengget satu buat kenang kenangan kalau beli mahal2 bila pecah mau menangis nanti..huhuhu baik tak yah...
Nie bekas tiga sekawan aku plan kalau buat mee sup ke boleh lah guna utk letak sambal kicap, daun sup dan bawang goreng. Ntah bila lah nak memakainya.. dah selamat aku sumbat lam stor..hehehe nak kena beli lemari baru dulu utk display koleksi yg tak seberapa ni
Benda ni plak aku beli tuk letak air gula kalau buat kuih lopes ker, bubur som-som ker dan sewaktu dgn nya yg memerlukan air gula kan cantik jer letak lam tuh. Kalau nak letak susu cair pon bleh gak. Tak pun guna utk letak sos pedas dan sos kicap utk lawan dgn nasi ayam.
Tempat letak tisu nie aku saje beli, sekarang nie kan guna tisu kotak jer lagi senang, tak yah nak melipat-lipat. Anak yg boy tu pantang jumpa tisu kotak abis ditariknya buat main, leh abis tisu sekotak dibuatnya, kejap-kejap nak lap mulut katanya...
Mangkuk biku-biku guna lah utk apa2 pon... okler tuh jer koleksi yg beli kat KK Home Deco. Takde ler banyak mana, cukup ler buat kenang-kenangan dan memenuhkan stor..
Wednesday, October 28, 2009
Investment di Melaka
Lum habis lagi cite pasal cuti-cuti ke Melaka, selain cuci mata aku pun cuci poket kat sana. Sempat lagi singgah kedai yg menjual pelbagai brg kegunaan rumah. Tujuan asal gi kedai tu nak cari kukus sebab silap budget masa buat nasi lemak pg tu. Tunggu punye tunggu punye tunggu takmau juga masak nasi lemak tu, jelatah jer. Sebenarnya aku tak biasa pakai beras tuh, mana nak tau beras tu kuat air, aku sukat cam biasa jer, last2 kena pegi kedai cari kukus utk menyelamatkan keadaan. Tapi selain kukus dpt gak barang lain, yelah sambil nyelam minum air. Jumpa ler teko lama gambar bunga sakura nie, reganya baru RM 9.90. cuma tinggal satu nie ajer. Kalau teko bunga kangkung banyak ler, aku takmo cam koman sgt... cwn bunga kangkung tu jenis manggkuk ala-ala utk minum teh cina, aku tak beli ler, cam tak sesuai.
Cawan kopitiam ni pun beli kat situ rega baru RM 3.90, tapi cuma ada 4 pasang jer dan 2 piring yg tak berteman. Kami borong semua, 2 aku 2 kak Nisa dan sebagai hadiah tokei kedai bagi 2 piring yg single tu. Ada juga cawan yg lebih kurang sama camnie cuma warna lain sikit tapi aku tak kenan sangat. Dolu penah tanya kata Bazarena Shah Alam ada org nak jual set cwn nie 6 biji 30-40 hengget.
Cukup ler sepasang, aku satu cik abe satu, org lain tgk jer. hehehehhe kalau org dtg umah reramai takdelah aku kuarkan cawan nie..saje2 utk aku minum berdua dgn en hubby jer.
Cendol Leman Dawi
Balik dari Melaka kami melalui jalan dalam menuju ke rumah parents jiran kami di Kuala Klawang. Sbelum sampai di Seremban kami singgah minum cendol kat kedai Pakcik Leman. Kedai nie memang femes, dah banyak kali masuk TV, suratkabar dan majalah. Beli sekali nak tambah berapa banyak pun free ajer. Tapi masalahnya makan semanggkuk pun dah kenyang macam mana nak tambah lagi. Rase cendolnya boleh tahan gak cukup ler lemak manisnya, ada cendol kacang , cendol pulut, cendol jagung dan lain-lain yg sewaktu dgnnya. Pakcik leman nie pulak stail bercakap tak berenti-renti, aku yg dengar pun dah naik letih. Org org dtg agak ramai sampai kami tak dapat meja, dapat kerusi jer. oklah janji dpt mkn cendol. Lepas tu boleh dapat air barli free, tak kira nak minum situ atau tapau bawa balik.
Malam di Bandar Hilir
Sewaktu kaum bapa berhempas pulas naik beskal, kami kaum ibu bergumbira di Bandar Hilir. Destinasi pertama kami adalah Menara Taming Sari. Out of 6 hanya 2 org ibu saja yg berani naik nie, yg lain tgk dari bawah jer. Kreatif gak diaorg nie, buat menara nie cam keris taming sari, benda ni akan bergerak naik ke atas perlahan-lahan dan bila sampai dipuncak bila dilihat dari jauh seolah-olah keris yg telah dipakaikan sarungnya. benda ni akan naik secara berputar tp tak terase pun ia berputar. Masa kat dalam tu ada jurucakap yg akan membebel beri penerangan berkaitan pemandangan yg bleh dilihat dari atas. Masa nak turun ada kecut sket, agak terasa tp takde ler mcm naik roller coaster tu, very mild jer. tak gayat sgt, anak bujang ku lagi hebat bukan tau takut pun, tak reti nak duk diam langsung.
Antara yg berani naik, ada yg cuma hantar wakil jer. Masa ni masih dibawah lagi, lum gerak naik atas pun. Bayaran utk dewasa RM 20 tp kalau tunjuk IC dapat Rm 10 jer, kanak-kanak separuh harga, warga emas pun ada diskaun gak.
Tuesday, October 27, 2009
Homestay Pokok Mangga, Melaka
Pada 24-25 Oktober yg lepas kami berkesempatan utk berehat2 dan bercuti ke Melaka. Kami pergi 6 family dan menyewa sebuah rumah banglo di Pokok Mangga, Melaka. Sebenarnya kaum bapa ada projek berbasikal burung hantu dari Ayer Keroh ker Merlimau, maka kaum ibu dan anak-anak dapat tumpang sekaki berjalan-jalan di Melaka. Aku yg baru balik Melaka dua hari pon pergi lagi tp kali nie pergi bersuka ria.
Hero-hero idaman melaya yg sedia beraksi, mesti ambik gambar dulu sebelum naik basikal, menang kalah belakang citer, yg penting abis sampai ke last check point. Diaorg start kayuh jam 8.00 mlm dah sampai semula ke rumah kul 4.00 pagi, lepas tuh terus pengsan.
Tapi rumah nie memang selesa dan berbaloi ler, 3 bilik tidur, fully furnish, dapur complete, semua bilik ada air-cond dan kawasan rumah yg luas, leh parking semua keta kat dlm pagar. Lokasi rumah nie hujung sekali sebelah bendang, so bila anak2 kami memekak pon takde jiran yg nak marah. tau ler budak2. Yang penting sekali murah beb, RM 170 kongsi 6 famili tak sampai rm30 hengget pun satu malam. Memang berbaloi-baloi.. Gambar dalam lupa nak amik, nanti aku hapdet lagi pasal kitaorg jalan2...
Monday, October 26, 2009
Tomyam
Lama betul tak post resepi dan tayang gambar masakan, bukan sebab dah pencen memasak tapi takde mood nak letak entry pasal masakan, tambahan pulak takde masak yg special, masak biasa-biasa jer. Tapi malam nie saje nak letak juadah utk dinner kami, tomyam pakai instant paste dan telur dadar. Masakan yg simple tetapi menyelerakan, siap masak jer terus hubby makan, bila tanya sedap ker? pasti jawapan standard yg diperolehi, dah lapar makan jer, walaupun bertambah 2-3 kali..hahahahhaha..
Senang jer nak buat tomyam nie... rebus air sampai mendidih, masukkan udang, sotong , ayam, fishball dan sewaktu dgnnya sayur yg keras cam carrot dan baby corn, bila dah mengelegak, masukkan tomyam paste 2-3 sudu besar, masukkan cendawan, kobis panjang, bawang, tomato, letak bahan perasa-garam dan pak aji. Hah dah pun siap.. kalah kedai tomyam kat luar.. nak tambah berapa kali pun free jer...
Lawan tomyam mesti ada telur dadar cam ala-ala makan kat kedai baru syok.. kengkadang bila makan kat kedai oder telur dadar cam tak berbaloi jer.. buat sendiri lagi best.. tapi dah virus m datang menyerang nak buat lagu mana...
Telur dadar pun nak tayang kan.. ikut suke ler.. kalau takmo tengok tutup mata...
Saturday, October 24, 2009
City Bayview Hotel
Jakuzi tempat mama lepak, tapi takyah ler amik gambar mama berendam bukan cantik pun, lagipun takde sapa nak tolong amikkan. Kolam renang utk dewasa agak dalam juga sampai 8 kaki, kalau mama masuk mau tenggelam tak timbul-timbul dah ler taktau berenang.
Tuesday, October 13, 2009
Jamuan Raya 2009
Pada teman-teman yg sudi datang memeriahkan majlis kami, terima kasih diucapkan. Maaf banyak-banyak atas segala kekurangan.. termasuk tak cukup makanan. Taktau lah sbb 1st time buat secara besar-besaran dah ala-ala macam nak sambut menantu cuma takde salam kaut jer.. budak2 jer dpt salam kaut(duit raya). Memang tetamu dtg tak berhenti-henti start dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00mlm. Rasa dah budget lebih utk makanan tapi kitaorg underestimate rupanya, takpelah next year kita org masak2 byk2 lagi. hehehhehhe kalau larat ler...
Ni kawan lama masa di Uni dulu, Nik Anum dan anak-anak serta hubby nya. Sudi jugak dia dtg.
Ni kawan-kawan di MRSM, Aniza n Familiy, Marini dan Rose, terima kasih sbb dtg yea...
Tuan rumah, Kak Nisa dan Fini, yg sorang lagi ntah kemana (Yati-mak buyung) dan lagi sorang tgh amik gambar so takleh nak enterframe (aku ler tu). Masih lagi mampu tersenyum walaupun tido jam 5.30 pagi......
Sunday, October 4, 2009
Salad popcorn chicken
Subscribe to:
Posts (Atom)