Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Raya 2009

Jamuan hari raya tahun ni agak meriah sikit sebab bergabung dgn jiran2. kira co-host ler, 4 buah rumah sekaligus. Kami pasang 3 balai. Menu pula pelbagai dah macam hotel lah pulak anataranya nasi tomato, ayam masak merah, dalca, acar mentah, lemang, rendang, kuah kari dan roti jala, mee hoo sup dan utk dessert serawa durian, rojak buah, kuih tako etc. Tapi sebb terlalu sibuk tak sempat nak tangkap gambar semua makanan. Tetamu yg dtg pon boleh tahan ramainya sampai tak cukup makanan, terpaksa masak nasi goreng pulak waktu petang dan mee hoon goreng pulak waktu malam. Memang letih giler tapi berbaloi.
Pada teman-teman yg sudi datang memeriahkan majlis kami, terima kasih diucapkan. Maaf banyak-banyak atas segala kekurangan.. termasuk tak cukup makanan. Taktau lah sbb 1st time buat secara besar-besaran dah ala-ala macam nak sambut menantu cuma takde salam kaut jer.. budak2 jer dpt salam kaut(duit raya). Memang tetamu dtg tak berhenti-henti start dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00mlm. Rasa dah budget lebih utk makanan tapi kitaorg underestimate rupanya, takpelah next year kita org masak2 byk2 lagi. hehehhehhe kalau larat ler...
Ni kawan lama masa di Uni dulu, Nik Anum dan anak-anak serta hubby nya. Sudi jugak dia dtg.
Ni kawan-kawan di MRSM, Aniza n Familiy, Marini dan Rose, terima kasih sbb dtg yea...
Tuan rumah, Kak Nisa dan Fini, yg sorang lagi ntah kemana (Yati-mak buyung) dan lagi sorang tgh amik gambar so takleh nak enterframe (aku ler tu). Masih lagi mampu tersenyum walaupun tido jam 5.30 pagi......

2 comments:

mommysarah said...

wah...memang meriah ler jamie...kecewa aku tak dapat bersama...huhuhuhuu....tapi aku respect ler kau leh buat bebanyak mcm tu....dahsyat...siap tambah menu lagi ngala petang...kau tak tombang ke lepas open house tu?

Jamie said...

Esoknya gagah lagi, lusanya blackout terus. Demam gi klinik amik MC n gi urut. Sakit urat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails