Lama betul tak post resepi dan tayang gambar masakan, bukan sebab dah pencen memasak tapi takde mood nak letak entry pasal masakan, tambahan pulak takde masak yg special, masak biasa-biasa jer. Tapi malam nie saje nak letak juadah utk dinner kami, tomyam pakai instant paste dan telur dadar. Masakan yg simple tetapi menyelerakan, siap masak jer terus hubby makan, bila tanya sedap ker? pasti jawapan standard yg diperolehi, dah lapar makan jer, walaupun bertambah 2-3 kali..hahahahhaha..
Senang jer nak buat tomyam nie... rebus air sampai mendidih, masukkan udang, sotong , ayam, fishball dan sewaktu dgnnya sayur yg keras cam carrot dan baby corn, bila dah mengelegak, masukkan tomyam paste 2-3 sudu besar, masukkan cendawan, kobis panjang, bawang, tomato, letak bahan perasa-garam dan pak aji. Hah dah pun siap.. kalah kedai tomyam kat luar.. nak tambah berapa kali pun free jer...
Lawan tomyam mesti ada telur dadar cam ala-ala makan kat kedai baru syok.. kengkadang bila makan kat kedai oder telur dadar cam tak berbaloi jer.. buat sendiri lagi best.. tapi dah virus m datang menyerang nak buat lagu mana...Telur dadar pun nak tayang kan.. ikut suke ler.. kalau takmo tengok tutup mata...
No comments:
Post a Comment