Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Jelly Kelapa

Dengan cuaca yang tak menentu ni, kejap hujan kejap panas elok jugak makan jeli kelapa. Buah kelapa dapat menyejukkan badan dan jeli kelapa yg disejukkan pulak memang sedap dimakan waktu panas. So apa tunggu lagi...mari kita mulakan, tengok jer cara-cara buat kat belakang plastik jelly kelapa segera tu..tp tgh mood rajin aku tulis gak kat sini... jelly kelapa segera boleh gak digantikan dgn agar-agar biasa, lagi lembik lagi nyaman masuk tekak.

Bahan-bahan:-

2 biji kelapa muda
200 gm gula
3000ml air termasuk air kelapa
1 paket jelly kelapa segera
Cara-caranya:-

1. Asingkan isi kelapa dan airnya
2. Jerangkan 3000ml air termasuk air kelapa muda
3. Bila dah mendidih, masukkan gula, kacau sampai gula larut.
4. Masukkan isi kelapa dan serbuk jelly segera.
5. Kacau sehingga semua serbuk jelly cair dan mendidih
6. Tuangkan dalam bekas yang bersesuaian dan sejukkan.

Thursday, October 7, 2010

Puding Roti

Actually puding roti ni dibuat waktu yg sama dgn lasagna tempoh hari cuma baru hari ni sempat nak update kat sini. Sebelum nie, masa bulan pose dah penah buat puding roti nie cuma amasa tu rajin sikit siap ada kuah sekali. Aku tak tau ler apsal tiap kali wat puding roti nie musti memula naik gebu tapi bila dah sejuk dan kuar dari oven terus jatuh merundum.. ada sapa2 ada petua or tips nak bg puding tu maintain jer? lagi satu mesti atas cam dah nak hangus tp bawah masih lembik n tak garing lagi.. nampaknya aku kena praktis selalu to make a perfect puding roti... tak kisah ler macam mana pun yg pasti puding ni abis jugak tak sempat nak bertapa lam peti ais...

Sunday, August 15, 2010

Puding Roti Sos Kastad

Salam Ramadhan.... amacam puasa setakat ni? Ada ponteng ker? Ponteng terpaksa takper..jgn sengaja pulak takmo puasa..rugi...tak sama mcm puasa dibulan lain. wokey lah ni adalah pencuci mulut utk 1st day iftar tu hari, tak sempat nak upload baru hari nie berkesempatan. Ingat nak letak hari Sabtu, tapi takde karen (elektrik) pulak dari kul 11.00 pg sampai kul 4.00 ptg..nasib baik cuaca tak berapa panas sangat. TNB sdg buat kerja2 penyelenggaraan, takpelah utk kepentingan bersama. Dah lama simpan resepi ni, asyik tertunda jer nak buat dan akhirnya berkesempatan gak nak buat pada bulan ramdhan ni..
Resepi amik dari MyR yg baru jer sihat setelah ada masalah teknikal, suka hatirase nya bila MyR dah ok, senang sikit nak cari resepi utk iftar n sahur. Thanks Yani n family. Jom kita layan resepi dari Maya Zakry @MyR...cuma tuk kuah saya campur dgn krim jagung sket...

Bahan A
  • 500ml susu segar
  • 8 keping roti
Bahan B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sb butter dicairkan
  • 2 biji telur ayam
  • 1 st esen vanila
  • 1 sb tepung jagung
  • 1sb serbuk kayu manis, n serbuk buah pala (tak letak)
Bahan sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sb gula
  • 2 sb tepung kastad
  • 3 sb jagung krim
Cara-caranya:-
  1. Hancurkan/koyakan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. kacau dan gaul rata bahan B
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersama bahan A yg telah direndam tadi.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit/ hingga masak. Sejukkan sbelum masuk peti ais.
  5. Utk sos kastard, gaulkan bahan sos dan masak atas api sederhana sbentar (jgn sampai pekat sbb nanti bila sejuk akan pekat sendiri).
  6. Tuangkan atas roti semasa menghidang.

Saturday, March 27, 2010

Puding Roti


Wah dah lama tak update blog nie kan.. kalau umah mau dah bersawang dan berabuk bagai. Sebenarnya I've been very busy lately, byk keje kat opis, byk tempahan kek dan juga praktis bowling huhuhu.. ada yg windu ker?
Puding ni dah lama buat, dah selamat pun, bayang pun tak nampak lagi. Puding yg sentiasa jadi pilihan kalau ada roti lebih yg dah nak expired or memang dah takde sapa yg nak makan lagi. Kredit to hana nun di Jepang for the great resepi... biasa aku buat memang saje letak koko lebey..baru mantoppp....

Saturday, January 30, 2010

Puding Laici Dangdut

Kelakar kan nama puding nie, tapi puding nie memang sedap, nyaman jer masuk tekak bila dah disejukkan. Puding agak lembut ala-ala taufu fah, sebab tu nama dia gitu sebab bila digoyang dia akan gegar-gegar mcm bergelek agaknya tu yg dtg nama dangdut tu, puding nie takleh potong kena makan pakai sudu, kalau siram air laici kat atasnya pon sodap gak. Thanks to K. Hanieliza dan K.ummi Kuantan for the resepi. Sekali buat kalau ikut resepi akan dpt byk, so sesapa yg nak makan 2-3 org better buat 1/2 jer. Jom layan....

Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Saturday, December 19, 2009

Puding Roti Marble

Lamanya tak update blog nie kan.. dah naik bersawang jadinya. Bukan apa mood nak berblogging hilang sekejap sebab risaukan Syahmi yang masuk hospital sebab demam panas ari tu. Stay kat hospital 3 hari 3 malam, suatu penyeksaan. Tapi alhamdullilah Syahmi dah sihat seperti sedia kala tapi nanti kena pegi hospital lagi pada 5 Feb 2010 utk appointment dgn Dr surgical pulak utk buat minor operation pada pusat dia. Pusat dia sejak lahir sampai sekarang nie tak mau kering2 sentiasa berdarah cuma tak sakit jer dan agak sikit terjojol. Gambar masa syahmi kat wad nanti ku update sebab amik pakai fon jer cable nya ntah mana. Seperkara lagi yg membuatkan mood blogging hilang sebab rumah yg macam kapal nak karam berdebu tak hengat. kat bahagian depan umah tgh buat minor revonation terbang ler duit byk gak tapi tak per utk keselesaan semua
Balik dari sepital teringin nak buat puding lak, nak menyejukkan tekak, tgk roti ada byk lagi.Puding roti nie Ku penah buat sebelum ni. Kali nie buat marble strawberry dan coklat bagi kaler meriah sket. Tapi padaku marble coklat dan warna asal lagi ok sebab strawberry dan coklat dua-dua perisa agak dominan so tak berapa best, walau camner pun dah tinggal sepiring jer lagi puding nie sapa nak merasa boleh ler angkat tangan buat sendiri kat dapur memasing yer..hehehehhe.

Monday, December 7, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat

Dah lama nak try buat puding nie, semalam baru tercapai hajat dihati. Jamie amik resepi ni dari rumah Kak Ummi Kuantan, dan kak Ummi pulak amik dari Mak Lang Azie. Apa-apa pun Jamie ucapkan mekasih buat dua org sifu terkenal ni, Jamie copy and minta halal yea.

Memang mudah dan cepat nak menyediakan puding nie. Lepas sejukkan lam peti ais sedap jer masuk tekak, sapa-sapa nak meh ler ada lagi nie... Kalau tak pon try ler buat sendiri..

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Monday, November 9, 2009

Puding Roti Marble

Dah lama tak buat puding sebagai pencuci mulut lepas makan, selalunya cuci mulut pakai air jer huhuhu.. so ari ni ada terlebih vitamin R, sementara menunggu ayam diperap aku pon blend roti utk buat puding nie. Resepi amik dari dapur Hana nun jauh di Jepun, Hana memang rajin masak walaupon baru abis pantang dan ada anak kecik, kalau aku idak ler teman, mintak ijin letak resepi kat sini yea..halal.. Sebenar dah lama resepi ni duk lam simpanan, tunggu giliran utk dicuba, baru hari nie berkesempatan.
Dulu pernah try, tapi sad ending jadi lembik tunggu ler sampai 24 jam pon tak keras-keras, kena makan pakai sudu sbb sayang pulak nak buang. Aku rasa masa tu silap brand or sukatan utk agar-agar powder, so kali ni lebih berhati-hati, baca sukatan pada bungkusan agar2 betul2 utk pastikan berapa byk air yg disyorkan. Hasilnya Alhamdullilah menjadi! sedang elok jer jd nya takde lah lembik sgt atau keras sgt.. yg sedang sedang saja...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cwn susu pekat
170 ml susu cair
8 gm serbuk agar-agar
1/2 cwn gula
31/2 cawan air
serbuk koko -guna cappucino paste
2 sudu besar butter

Cara-caranya
1. Didihkan 3 cwn air,gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi dan masukkan lam periuk yg sama. 3. Masukkan Butter dan masak sampai didih.
4. Bagi kepada 2 adunan, satu warna asal dan satu campur dgn koko@cappucino emulco. kacau cepat-cepat.
5. Masukkan dalam loyang secara selang seli, satu senduk warna asal dan satu senduk koko. ulang sampai abis. Kena cepat sblm beku.
6. Simpan dlm peti sejuk sampai keras barulah dipotong.

Friday, June 26, 2009

Puding Trifle

Buat puding nie sempena khatam Al-Quran juzuk satu kat opis. En hubby siap perli, dah setengah tahun baru khatam juzuk satu jer ke? hishhh geram tul.. kelas mengaji tu bukan ada hari2 Cik Abe ooiii.. sebulan dua kali, dah tu sejam jer, bukan takat ngaji jer, ada belajar tajwid, menghafaz makna bacaan dalam sembahyang, grammer dan tazkirah. kalau takat baca jer boleh ler laju semacam.. hehehhehe.
Resepi amik dari daniaelyza@MyR, mekasih yea, sorry c&p jer. Jamie buat 2 adunan dapat dalam 30 bekas. Beli buah lam tin satu jer, mana nak cukup, takleh ler nak meriah-meriah sgt, letak sket2 jer. Jeli tuh jamie guna perisa blackcurrant, patutnya ada 3 layer, tapi utk layer kek gulung tu dah tak nampak plak.

Bahan-bahan ( 5-7 )

  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastar-(Jamie guna 1 tin air)
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Non- Jamie guna brand lain
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati- ikut arahan pada pek jer senang.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Sunday, June 21, 2009

Custard Puding

Sedang pikir-pikir menu untuk hari Ahad, mak pun request suruh buat puding kastad as a dessert. Mak kata dah lama tak makan puding nie. Bila tengok kat dapur bahan2 asas ada maka tercapai lah hasrat mak nak makan puding nie. Nasib baik mak request yg simple jer. Moh ler layan resepi simple yg ku pandai2 sendiri:-

Bahan-bahan:-
1 cwn tepung kastad
1 cwn susu cair
3 cwn air
2 sudu besar gula
secubit garam

Caranya:-
Campurkan semuanya. Kacau sebati dan masak atas api yang sederhana.
Kacau sentiasa sampai pekat dan berkilat.
Angkat dan masukkan dalam acuan yg disukai.
Sejukkan.

Untuk Kuah:-
Lebihan susu cair untuk adunan kastad ditambah dgn 1 cwn air dan 4 sudu besar gula.
Masak sampai kuah mendidih. Angkat dan sejukkan.

Keluarkan kastad dari acuan dan campurkan dengan kuahnya. Kalau ada buah-buahan dalam tin boleh lah dicampurkan sekali. Makan sejuk memang nyaman, sekali hadap dah licin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails