Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Kuey Teow Ladna

Puasa kali ni Mak nak makan mee yg berkuah-kuah jer time iftar, takmau makan nasi. En hubby pulak seperti selalu cuma nak jemput2 jer sepanjang iftar bulan ramadhan. Tapi yang agak pelik bazar ramadhan tahun ni banyak jual lauk, air dan kuih muih jer, jenis yang mee2 ni kurang. Kalau ada pun mee sup, takkan nak bagi mak makan mee sup jer? Mak pulak request nak mee kari ler, mee jawa ler, mee bandung ler, mana aku nak cekau. Ada sekali tu belikan mak laksam, boleh pulak bila sampai rumah kuah laksam hilang ntah ke mana. Kesian mak takde benda nak makan, last2 mak makan mee maggie jer...sori mak. Hari ni tiba rumah awal sikit dan buatkan mak mee ladna ni...

Bahan-bahan:-
  • 1 bungkus kuey Teow
  • 100 gm sotong
  • 100 gm udang
  • 100 gm isi ayam
  • 1 pokok sawi
  • lobak merah
  • 1 ketul kiub ayam
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 5 ulas cili padi diketuk
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:-
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mee dan kicap pekat. Kacau hingga sebati dan masak selama 2 minit. Angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak lagi, tumis bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sawi, lobak merah, ayam, udang,sotong stok ayam dan air secukupnya.
  4. kacau hingga rata, masukkan garam.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih.
  6. Tuangkan atas mee dan sedia utk dihidangkan.

Sunday, June 6, 2010

Mee Kari Kerang


Saya copy resepi mee kari nie dari sini. Dalam resepi tu siap ada bagi tips lagi macam mana nak bagi rasa mee kari yg kita masak lebih sedap. Baru saya tau, selalu main campak2 jer ikut suke, tapi kali nie ikut betul2 setiap tips yang diberikan dan hasilnya.. walla.. sungguh enak sekali. Jadi saya pun nak kongsi tips yg diberikan agar kawan-kawan pun boleh hasilkan mee kari yg ada ummppphhh dan juga untuk rujukan saya dan anak cucu cicit dimasa hadapan (advancenya aku..hehehehe).

Tips:-
  1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
  2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
  3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? saya lah.. siapa lagi! Naya, naya!
  4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada bloggers yg ada better suggestion, please let me know.
  5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu. Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?
  6. OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah bloggers lelaki print dan suruh isteri masak kat rumah.

Ingredients:-
RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN

(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)

Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
======================================

Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara-caranya:-
  1. Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
  2. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
  4. Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.
  5. Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

Friday, April 16, 2010

Mee hoon sup

Bila tekak tak selera nak makan nasi, cuba makan mee sup pulak, mesti sedap lagi-lagi kalau lawan dgn sambal kicap yang pedas2 sikit.. fuhh terangkat beb... tengoklah bahan-bahan hiasan yang tak semengah.. taugeh, limau, lobak jeruk, daun sup dan daging.
Ditambah dengan bawang goreng dan sambal kicap..boleh pilih nak mee hoon ke nak nasi impit, kalau nasi impit dah jadi soto lak.. hehehe 2 dalam 1
Cerita banyak pun tak guna.. jom layan mee sup...

Sunday, March 7, 2010

Laksa Johor

Menu untuk minum petang di hari Minggu, dah lama rasa tak buat laksa sendiri asyik beli jer, tapi biasa yg ada jual laksa penang nak jumpa laksa johor payah sket. Aku buat guna mee laksa basah jer, hubby tak suke guna mee spagetthi tapi kalau buat spagethi bologniese suka pulak makan , heran... bahan-bahan hiasan macam tak berapa complete tapi tak pe ader aku kesah..hehehehe, asal dapat makan perut kenyang oklah..Ni gambar close-up laksa johor ku.. ada yg terliur ker? Nak? ada tinggal sikit lagi kuah dia.. mee dia dah langsai, hubby makan 2 kali round... sedap ler tu. Resepi malas ler nak taip lain kali lah yea...

Saturday, December 19, 2009

Mee Hoon Sup

Hari nie bangun pagi2 terus rebus daging utk buat sup dan begedil. Daging nie belen dari daging qurban masa raye haji. Tu ari ku dah buat sup tulang dan mee sup gak tapi tak sempat merasa sebab lepas siap masak ku tak terus makan dah tu tiba2 syahmi kena masuk wad pulak, so nak hilangkan kempunan kali nie buat lagi sup dan mee sup.

Sebagai regu mee sup ku buat begedil dan sambal kicap baru ler terangkat kan... utk sup aku masak cam biasa jer, rebus daging sampai empuk dulu pastu masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yg dah ditumbuk dan ditumis terlebih dahulu. pastu masukkan rempah sup masak sampai mendidih. celurkan mee hoon taburkan daun sup, bawang goreng dan lobak jeruk serta letakkan begedil dan sambal kicap then masukkan kuah sup. Siap utk dingap, senangkan nie lah menu dari breakfast sampai luncah utk hari nie...

Thursday, December 3, 2009

Cheezy & Creamy Spagetti

Since kat rumah tinggal aku, hubby n Nina jer, so dinner mlm nie cuma masak n makan Spagetti. Walau spagetti jer tapi aku rasa kolesterol agak tinggi juga memandangkan ia begitu lemak berkrim, cheezy dan ditambah udang yg banyak. Takpe lah kan bukan selalu pun, tapi aku lebih suke jenis bolognies takde lah rasa muak sangat.

Memula memang plan nak masak bolognies, dah siap kuarkan mince meat lagi, tp bila check stok paste baru perasan takde bolognies yang ada cuma carbonara jer. Oklah belasah jer sebab spagetti nya udah direbus. Ku teruskan juga padahal kalau pakai pasta jenis lain lagi best kan tp dah terebus spageti nak buat camner. Utk yang nie aku guna Brand Alfredo tp utk bolognies biasa aku guna brand Prego or Brand Tesco jer. Yang Tesco punye pun not bad apa, murah and sedap. Malas nak buat kuah sendiri.hehehehhe... mende2 macam nie memang stok wajib, kalau dah takde idea nak masak apa ataupun angin malas dtg melanda nak masak banyak2 lauk sudah pasti pasta lah jadi pilihan. Tambahan pulak en hubby memang suka makan yg mcm2 nie... Nasib baiik..

Thursday, September 3, 2009

Mee Sup - Buka Puasa ke-12

Hari nie terasa nak makan mee sup pulak.. plan asal nak buat mee hoon sup, bila balik umah check stok mee hoon dah takde, nasib baik tadi ada beli mee kuning. Kenapa buat mee sup, sbb semalam beli mee sup kat bazar ramadhan tuk emak tak sedap langsung, tak abis pun mak makan. So hari nie buat kaw2 punye.. perasan sedap ler.. mak makan memang tak toleh2, laju jer. Jom layan resepi aku sendiri..

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1/2 kilo daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
rempah- kulit kayu manis, bunga lawang, lada putih
2 pokok sawi
Taugeh
Bawang goreng
daun sup
1 kiub sup tulang

Cara-caranya:-
1. Rebus daging sampai empuk
2.Tumbuk bawang putih, bwng merah dan halia
3. tumis bahan tumbuk bersama bahan rempah sampai garing
4. Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan daging
5. Masukkan kuib sup tulaang dan masak sampai mendidih dan sebati
6. letak garam dan pak aji
7. masukkan sawi yg dipotong2
8. celur mee kuning, masuk lam mangkuk, letak taugeh, daun sup dan bawang goreng dan curahlah kuah.
9. Makan bersama sambal kicap.. memang terangkat!

Monday, August 17, 2009

Mee Goreng Sempoi

Bosan tak tau nak makan apa, mak request suruh masak mee goreng. Memandangkan bahan mentah utama (mee) dah ada maka laju jer ku ke dapur utk buat mee goreng. Tapi bahan hiasan cuma ada sawi, tomato dan fishcake oklah kira boleh ajelah. Moh ler layan resepi campak2 ku nie:-

Bahan-bahan;-
1 paket Mee kuning dicuci dan toskan
1 labu bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
3 sb udang kering-dikisar
3 sb cili kisar
3 pokok sawi- dipotong2
1 biji tomato- dibelah 8
3 keping fishcake-dipotong2
2 sb kicap
Garam & Serbuk perasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sampai wangi dan garing
2. Masukkan kicap, sawi, fishcake, dan tomato-kacau sebati
3. Masukkan mee dan kacau sampai sebati. Tambah air jika perlu
4. Rasa mee, kalau tak masin leh tambah garam. ok dah beres leh melantak.

Tuesday, August 11, 2009

Wat Tan Hor

Jom makan Wat Tan Hor, nie kuey teow chinese style, sedap beb. Lama dah buat cuma baru nak update. Resepi kendian lah yea, malas nak menaip banyak, nak balas balik tido semalam yg tak cukup . Layan.....

Thursday, July 23, 2009

Mee Udang

Lihat lah mee udangku yang memang penuh dgn udang, sampai mee pun dah tak nampak. Tapi memang sedap kuah dia, mekasih pada Che Iza utk resepi yg sgt lazat nie.. anak-anak makan semua kata Mama..betul-betul Ho liowww....cam dlm iklan mee udg tu.. nak buat pon mudah jer.. apa2 pon layan resepi..

Bahan-bahan:-
1 bungkus mee dicelur (450 gm)
300 gm udang
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu besar udang kering*
4 sudu besar cili kisar
Kisar bahan bertanda*
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar petis
garam, gula dan serbuk perasa
kentang/keledek direbus dan dilenyek

Taugeh dan sawi dicelur
bawang goreng utk ditabur

Cara-caranya:-
1. Udang dibersihkan dan direbus sampai masak. Angkat dan simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sampai masak.
3. Masukkan bahan kisar, tumis sampai masak.
4. Masukkan air rebusan udang, tunggu sampai mendidih.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan petis, garam, gula n serbuk perasa.
6. Masukkan kentang/keledek lenyek utk memekatkan kuah
6. renih sampai kuah agak2 pekat. Rasa garam gulanya.
7. Bolehlah dihidangkan dgn letak mee,udang, sayur2 dan curah kuah, kemudian tabur bawang goreng.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails