Thursday, April 30, 2009
Pizza & Pancake
Wednesday, April 29, 2009
Singapura
Untuk pengetahuan semua bunga ni adalah bunga kebangsaan Singapura. Aku pun sebenarnya baru tau. :). Asal-asalnya Singapura dikenali dengan nama "Pu-luo-chung" (ala-ala Puchong la pulak) yang bermaksud pulau di hujung peninsula. Semasa pemerintahan Sri Vijayan ia dikenali sebagai Temasek (Sea Town) dan kemudian namanya ditukarkan ke Singa Pura (Lion City) kerana Sri Vijayan Prince ternampak seekor binatang yang seakan-akan Singa. Singapura menjadi independent republic pada 9 Ogos 1965 setelah bercerai talak 3 dgn Malaysia. National icon bagi Singapura adalah Merlion (half fish, half lion). Negara nie walaupun kecil tapi banyak juga tempat-tempat menarik untuk dilawati. Antaranya:
Fountain of wealth
Fountain of wealth adalah air pancut yang terbesar didunia dengan ketinggian 46 kaki dan dibina daripada 85 tan cast bronze. Design berdasarkan Fengsui- angin dan air. Selain tu ada taman burung yang menempatkan 8000 burung daripada 600 species iaitu di Jurong Bird Park yang terletak western part of Singapore.
Selain tu Singapore ada Night Safari, yang mana ia merupakan world's 1st night zoo, dalamnya ada lebih kurang 1200 binatang dan juga 100 exotic species. Pendek kata macam-macam ada kat sana. Pua Chu Kang pun ada, don't play-play. Nak lebih info boleh lah jenguk kat laman web nie http://www.visitsingapore.com/. Dah macam ala-ala tourist guide plak aku nie.. ada bakat ker? Kalau nak ke sana, singgah-singgahlah di Johor dulu boleh memajukan ekonomi negeri tanah tumpah darahku, sambil tu boleh gie umah Cik Mat kita.. ahak...:). Jamu selera dulu.... memandai plak aku nie, sorry Cik mat yea, gurau-gurau jer. All images are courtesy from Singapore Tourism Board.
Tuesday, April 28, 2009
Fruit Tartlet
Jalan-jalan kat umah mamafami nampak pulak fruit tart nie, terus terasa-rasa nak makan fruit tart. Tengok bahan-bahan semua dah ada maka on jelah projek kali nie. Kebetulan pulak jiran sebelah umah buat majlis birthday anaknya, memang rezeki diaorg ler. Fruit tart adalah antara makanan kegemaranku sbb rasa yg sedap dan rupa yg menawan, bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Resepi kalau nak boleh amik dari entry sebelum nie..pandai-pandai ler cari sendiri. Tuan rumah tak kesah...
Malas nak sapu glaze bagi kilat kalau tak mesti lagi menawan kan. Tapi sementara nak siap banyak gak buah2an yg dah kena pow dgn Nina & Syahmi.. Birthday girl berbaju pink, tapi ada 2 org budak yg baju merah yg lebih-lebih plak.. anak sapa lah nie..:).
Birthday girl menangis2 sbb org lain yg sibuk tolong tiup lilin birthday kek dia, terpaksa buat siaran ulangan pulak. pasang semula lilin suruh dia sorang jer tiup lilin tu....
Monday, April 27, 2009
Carrot Cake
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
1 1/4 cwn minyak sayur
2 cwn gula kastor
2 sdk esen vanilla
2 cwn tepung
2 sdk baking soda
2 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 sdk serbuk kulit kayu manis
3 cwn lobak disagat
1 cwn kacang pecan dicincang
FROSTING
1/2 cwn butter, softened
1/2 cawan gula kastor-buleh kurangkan kalau x nak manis
250gm cream cheese, softened
1 sdk esen vanila
CARA-CARANYA
1. Panaskan oven 175 degrees C. Grease and flour a 9x13 inch pan
2. Pukul telur, minyak, gula dan esen vanila.
3. Masukkan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis.Gaul sebati.
4. Masukkan lobak merah, gaul dan akhir sekali masukkan kacang pecan.
5. Masukkan dalam loyang.
6. Bakar dalam oven selama 40-50 minit atau sampai masak. Sejukkan sebelumdisapu frosting.
FROSTING
1. Campurkan butter, cream cheese, gula dan esen vanila dalam mangkuk besar. Pukul sampai adunan smooth and creamy. Sapukan pada kek.
Resepi from All Recipes.
Cili Padi
Pokok cili padi yang ditanam (actually beli) dalam pasu depan rumah buah tak bereti-renti. Buahnya plak kan main lebatnya. Sebelum nie kalau beli jer pokok cili ni hidup paling lama pun sebulan jer, lepas tu terus arwah,mana taknya tuan nya terlampau rajin nak jirus. Tapi kali nie aku nekad nak jaga pokok nie elok-elok, siram hari-hari dan so far dah masuk 4 bulan umurnya masih panjang. Cuma tak sempat nak alihkan pasu yang lebih besar sket, dah penuh sesak dah, mana taknya ada 3 pokok dalam satu pasu.
Hari nie semua buah cili yang masak kena dipetik sebelum kering gitu jer kat pokok. bila dah petik tuh dapatlah satu mangkuk dan cili-cili tuh semua dikisar tuk buat sambal kicap. Bukan apa sambal kicap nie kalau simpan lam peti ais boleh tahan lama, dah tu boleh makan dgn banyak benda. Biasanya org Johor, kalau goreng pisang pun makan dengan sambal kicap. Kalau makan sup atau soto tak de sambal kicap rase tak umpp jer.
Nak buat sambal kicap nie senang jer.. cuma kena ada kicap manis, bawang putih dan cili. Kalau rajin boleh tumbuk guna lesung, tapi kalau dah banyak sangat guna blender jer senang, tak pedih mata. Masukkan semua bahan-bahan dalam blender terus on jer.. siap. tangkai cili pun takyah buang, even kulit bawang pun takyah buang pun tak per.. pergh memang best ler...
Lawan tuk sambal kicap kali nie adalah sup tulang, makan memang berpeluh-peluh sebab panas dan pedas.
Wednesday, April 22, 2009
Kek Pisang Coklat
Tak seperti kek pisang sebelum nie yang rase agar kelakar, kek pisang kali nie rase sungguh marvelous.... Yummy.. dan sgt gebus. Resepi amik dari Kak Nor@MyR. Kelainan pada kek nie sebab ada parutan coklat kat dalam, makan time panas2 memang syok sbb coklat akan cair, tapi hati2 karang melocot pulak mulut.
Bakar masuk loyang lepas tu ada lebih pulak masuk dalam cup. Sebenarnya masuk cup lebih senang nak makan dan nampak lebih menarik gitu. Apalagi jom cuba, try, test buat kek nie...
Tuesday, April 21, 2009
Serunding Daging Khinzir
Antara 5 jenama yang telah dikenalpasti mengandungi daging khinzir ialah Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram. Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran sebuah syarikat fiktif/palsu), Abon/dendeng sapi asli cap A.C.C., Dendeng sapi istimewa merek Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya, Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Gambar daripada Akhbar Kosmo 19 April 2009.
Boss aku citer masa dia pergi outstation ke oversea dia ada bawa serunding daging, lepas tu ada seorang indon nie tanya halal ker, boss aku heran gak kenapa dia tanya macam tuh, rupanya kat tempat dia org ada kes camnie. So berhati-hati lah especially bagi mereka yang suka pergi jalan-jalan ke Indonesia dan menjadikan serunding atau dendeng ini sebagai buah tangan atau ole-ole unutk dibawa pulang.. nasib baik teknologi dah canggih sekarang nie, guna kaedah PCR dah bleh bezakan porcine(pork) dan bovine (daging2 lain). Tapi sembelih atau tak still tak leh nak bezakan bila dah masak.. so tawakal jelah..moga kita semua terhindar dari makanan yang bukan2. Lepas nie melambak ler sample serunding yang nak kena analyse...Good Luck.
Apam Ais Krim Soda
Teringin pulak nak makan apam, so mlm nie godek2 tepung buat apam campur Air ais krim soda. Buat dua perisa, yang pink, guna strawberry paste dan yang biru, blueberry paste. cari pewarna purple takde stoklah plak.. biru pun boleh lah.. jemput menjamu mata hehehhehhehe...
Resepi bleh amik kat sini
Monday, April 20, 2009
Moist Choc Cake
Kek nie memang very moist dan tersangat lah sedapnya... two thumbs up!! sgt moist macam kek kukus walaupun di bakar. Cerita banyak pun tak guna kalau nak rase buat ler sendiri..hehehehhee. Takyah topping pun dah cukup sedap..
Resepi cilok dari blog Kak Umie Kuantan.. Thanks ye kak Umie..
Bahan:-
6 oz (170 gm) mentega
14 oz (397 gm) gula kastor
3 biji telor
7 oz air sejuk
Bahan A (dibancuh):-
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste
Bahan B (diayak bersama):-
8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:-
Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.
Sunday, April 19, 2009
Mee Udang Kuala Sepetang
Dari KMPP kami exit ke Taiping utk pergi ke Kuala Sepetang. Hari tu tengok Majalah 3 tunjuk mee udang Kuala Sepetang macam sedap jer. Cuma masalahnya kami tak ingat nama kedai yg kuar kat M3 tu.. dah lah sepanjang2 jalan kami jumpa banyak sgt kedai mee udang, namun setelah contact member2 yg pernah pegi taulah kami kedai yg glamer tu namanya Warong Mak Teh, Mee Udang banjir. memang ramai giler org, parking pun penuh, siap ada yg datang satu bas lagi. Cuaca memang panas tak ingat punye... terik tapi mee udang punye pasal ku gagahkan jua.. Harga bleh tahan gak dari RM6 sepinggan hingga RM12 utk mee udang, kedai ni ada gak serve menda lain, udang bakar RM10 sepingan, nasi dan sambal tumis udang pun ada. Kita org makan mee udang jek..
Kedai dia biasa2 jer.. tepi jalan senang nak cari cuma masalah nya semua kedai mee udang tepi jalan hehehehe. Kami oder Mee Udang yg rega RM10 dua pinggan.. rasenya boleh tahan gak.. nak kata sedap aku pun tak pernah makan mee udang sbelum ni, so tak leh nak compare.. tapi udang dia memang banyak.. berbaloi lah dgn harganya..
Mee Udang sebelum dimakan... Ada mee di sebalik udang.. bleh kira lah mee dia..
Mee Udang selepas di makan.. tinggal kulit jer..
Saturday, April 18, 2009
Oreo Cheesecake
Ni 1st time buat oreo cheesecake, selalu tu buat plain cheesecake or marble cheesecake with chocolate. Tapi nak bagi jadi pun ada rintangan gak sebab biskut oreo asyik kena pow dgn budak-budak jer.. mak budak pun tumpang sekaki. Kena beli 2-3 packs oreo baru boleh jadi. Cheesecake ni rasenya mcm terlebih gelatin lah pulak sbb nie jenis yg non-baked, rase cheese dia kureng kat tekak aku ler... bila bawak gie opis diaorg kata dah ok dah.. tapi pada aku kalau rase cheese dia banyak lagi baru ler sedap. Baru ler gemuk...hehehhehehe.
kelebihan non-baked cheesecake nie ialah rupa for sure menjadi dan takde masalah terhangus kat surface dia.. tapi lambat lah pulak nak tunggu dia keras... next day tu baru bleh makan sbb cheesecake kalau simpan overnight baru sedap makan.
Ade lagi separuh lam peti sejuk tuh.. ada sapa-sapa ngidam nak makan cheesecake??
Monday, April 13, 2009
Syahmi is Two Years Old
Sabtu, 11hb April 2009 umur Syahmi genap 2 tahun. Selamat hari lahir sayang.... Mama doakan Syahmi jadi anak yang soleh, anak yg berguna kepada agama, bangsa dan negara, moga Syahmi sihat selalu. Masa nie kakak dia yg lebih-lebih request mengalahkan birthday boy, siap dah plan utk birthday dia nanti nak buat kat school dgn kawan-kawan. Syahmi pulak punyelah aktif pada hari nie.. penat sungguh mama nak melayan, tumpahkan softlan sebotol dalam mesin basuh... bila mama menjerit lari pulak keluar rumah mengerjakan pokok tomato mama yg baru nak hidup.. habis dicabut-cabutnya.. lepas tu tumpahkan pulak maggie semangkuk.. hyperactive.. mentang-mentang lah dah 2 tahun.. dah rase besar ler tuh.. bila kena marah pandai pulak buat muke sedih.. nangis2 peluk kaki mama...
Nina sempat lagi menyakat adiknya masa birthday tu.. ala-ala jeles gitu... dah tu tak abis-abis wish "Selamat hari Jadi Adik" berulang-ulang kali sampai naik muak adik dibuatnya.
Untuk birthday Syahmi mama buatkan khas Rasberry Kek untuk Syahmi. Tapi sayang Syahmi tak berapa gemar sebab ada rase masam-masam dari rasberry terpaksa mama yg makan lebih hehehhehe...
Saturday, April 11, 2009
Kek Pisang
Bila tengok org buat kek pisang aku pun teringin gak nak cuba.. Ghupa dah ok cuma rasenya ader a bit weird. Agaknya ada yg aku terlebih bubuh nie.. maklumlah masa tu 2 jenis kek sekali buat.. kek nie dan apple kek yg memang menjadi pujaan hatiku...
so resepinya takyah bubuh ler.. kalau aku try lagi dan menjadi.. barulah leh share resepi.. sekarang nie jamu mata jelah...
Tuesday, April 7, 2009
Sakit & Hadiah
Tapi balik dari klinik aku tak terus balik umah,banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan, pegi bank, pegi tailor utk tempah baju yg dah berkurun dibeli, pegi KCF dgn harapan nak beli tabung yg bila masukkan duit ada melodi tuh... tapi hampeh tabung tu dah abis. Tak dak rezeki aku ler..
Lepas tu terus pegi Pejabat pos laju untuk amik barang yg dah berzaman kat situ. Barang nie adalah kiriman Cik Mat Gebu salah seorang blogger yang terkenal kerana kepakarannya dalam bidang masakan. Aku selalu jengah blog dia tapi tak tinggal jejak pon.. tp satu hari tuh dapat ilham tuk jd follower blog dia dan aku secara kebetulan jadi follower yg ke-200 dan Cik Mat berhajat nak bagi hadiah Banyak sungguh rintangan sebelum hadaiah tu dapat ke tangan aku. Bila Cik Mat minta address umah aku pun terus bagi dengan senang hati tanpa pikir mana ada org kat umah yg boleh terima hadiah tu time weekdays.. seronok sgt nak dapat hadiah ler katakan. So bila org hantar cuma dpt kertas jelah reminder soh amik mulai esok... aku pon berkobar-kobar nak amik dan simpan kertas tu dlm dashboard keta.. tp ntah camner anak aku buat main dan kertas tu hilang.. tapi aku gamble jer serbu pejabat pos tuh.. namun tutup lah pulak sbb sabtu minggu pertama..
dan hari nie 2nd attempt ku berjaya walaupun tanpa kertas tersebut. Mekasih ler staf yg kat pejabat pos tu yg sudi selongkar semua tmpt utk cari hadiah tersebut. Hadiah nya adalah...jeng..jeng..jeng...
Buku pastry dari Alex Goh.. Mekasih banyak yea Cik Mat... Gembira sungguh.. dapat buku free ler katakan.. Terima kasih daun keladi...
Sunday, April 5, 2009
Donut
Lihatlah donutku yang gebu dan menawan nie.. mula-mula plan nak buat topping macam-macam.. tapi sbb dah kesuntukan masa sebab nak pergi umah baby sitter maka letak gula kastor jelah... Resepi donut amik dari myresepi oleh Hasue. Mekasih yea Hasue..
Bahan-bahan
* 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
* 1 Peket Yis Segera-11gram
* 50g Marjerin
* 1 Sudu makanShortening
* 2 Sudu mkn gula pasir
* 2 Sudu mkn Susu Pekat /Susu Tepung
* 1 Biji Telur
* 1/2 Sudu Teh Garam
* Gula Halus atau topping kegemaran anda
* 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan.
7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
Kek Kukus Prun
Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku buat kek ini. Rasanya boleh tahan, tidak terlalu manis dan agak lembab.. memang best ler.. Terima kasih Leen untuk resepi kek yang sedap dan tak cepat muak.
KEK KUKUS PRUNE LEEN
Sumber : Leen Omar of RNet
Bahan-bahan:
250gm butter
2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula caster
1/4 tin besar susu pekat manis
5 biji telur
20 biji buah prunes, diblend halus dgn 100ml air
(Guna Sunsweet pitted prunes)
5 biji buah prunes, dihiris kasar
Cara-cara:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putar butter, gula halus dan susu pekat hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Masukkan prunes yg dikisar halus.
5. Kaup balikkan tepung. Jangan terlebih putar.
6. Masukkan prunes yg dihiris kasar.
7. Gris loyang dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas grease proof.
8. Tuangkan adunan dan letak beberapa biji prunes di atas adunan sebagai hiasan.
9. Kukus selama 1 1/2jam.
** Balut tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kek.
10. Biarkan kek sejuk seketika sebelum dipotong.
Gambar kek yang telah dipotong.. Prune tu sepatutnya duk kat ats tapi lepas kukus mendap plak kat bawah.. walau camner pon tetap sedap...