Saturday, January 30, 2010
Nasi Tomato Ikan
Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com
Ni 1st time aku join bende2 macam nie sejak dari mula berkecimpung dalam dunia blogging nie. Saja nak try my luck mana tau kot2 bertuah. Dapat tau pasal nie masa aku pie meronda umah Sue@nenie, tgk cara pun mudah.. mana lah taukan rezeki...
Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca dihttp://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/
Puding Laici Dangdut
Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair
Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
Kerabu Sotong
Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]-Tak de, ganti dgn daun selom
Bahan Tumbuk ~ Jamie hiris jer
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb tak ada
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil] ~ tak letak gak, sbb tak ada, K.Nor ganti dgn carrot, Jamie pun sama
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
Thursday, January 28, 2010
Pancaindera
Friday, January 22, 2010
Makan Secara Sihat
Tuesday, January 19, 2010
Rendang Ayam
- 1 ekor ayam
- segenggam cili api*
- 2 labu bawang besar*
- 4 biji bawang putih*
- 2 sudu ketumbar- disangai*
- 2 batang serai*
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- kerisik
- garam
- asam keping
- gula melaka
- Kisar bahan-bahan bertanda *.
- tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau
- masukkan ayam dan biar sampai ayam empuk
- masukkan asam keping, perasakan dgn garam dan gula
- agak dah kering baru masukkan kerisik dan kacau sebati
- boleh juga letak hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
- dah siap utk dihidangkan. Selamat mencuba....