Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Lunch date at CheeChah

Salam semua...
Wah lama sungguh tak bersiaran sejak ada hand bang baru. Al maklum lah nak adjust time n biasakan diri dgn baby setelah 4 tahun berehat dan dpt tido dgn aman. Selepas 2 bulan berlalu barulah baby pandai tido waktu malam n jaga waktu siang. oklah back to the picture, ni gambar makan2 bersama geng2 yg sambung study, namun tak cukup korum sbb nana n pdah ada hal masa ni, so cuma ada kami berempat saje...lokasi kali ni kat kawasan the strand kota damansara di satu kedai nama CheeChah. Kedai ni tukang masak dia malays n dapur jenis open concept, jadi buleh intai2 masa diaorg masak. Menu pulak lebih kepada fusion food.. apa lagi jom try...


Tempatnya agak santai n cozy, memang sesuai utk lepak2 bersama kawan utk bergosip n menganyam ketupat. org tak ramai masa kami pegi sebab belum lunch time lagi. Masalah kat sini cuma parking jelah. tapi masa kami makan ni majlis perbandaran sedang buat operasi, mana keta yg double park n halang laluan semua kena tow, jadi pastikan anda parking ditempat yg sepatutnya dan bayar kupon parking :).
Member-member seperjuangan tempat berkongsi cerita suka dan duka

Sekali sekala makan ubi kayu n minum air kopi memang syok.. ai oder mee ying dan yang tp by the time food sampai terus lupa nak amik gambar. Air kopi dia memang kaw n pekat...




P/s: dah promote ni, agak2 cheechah bg komisyen or diskaun tak kalau dtg lagi..huhuhu

Thursday, January 13, 2011

Aroma Seafood Jeram

Ikan kerapu masak 3 rasa- ni saiz yg paling kecik

Sejak aku dah start sekolah balik ni, mood nak berblogging kureng. Bukan sibuk sgt dgn kelas sampai tak sempat nak berblogging tapi mood takde. banyak yang nak diceritakan dan dikongsi bersama tapi entahlah. Semester ni cuma amik 3 subjek jer dan kelas hanya pada hari isnin dan Jumaat. Perjalanan dari rumah nak ke kelas yang memakan masa 1 jam dan dgn keadaan perut yang memboyot mungkin antara penyebab.. oklah malas nak membebel panjang, saje nak share lauk pauk yg kami makan masa gi Jeram Seafood tempoh hari..2 minggu berturut-turut kita org ke sana... mesti dah kena manderam nie..hehehe.

Ikan yg tinggal kepala dimakan oleh 3 org dewasa jer

Kalau nak pegi sana elok call dulu untuk tempah meja dan oder menu, kalau tak memang berjanggut ler menunggu kat sini. Masa memula kami dtg kami main redah jer, tapi sbb hari Jumaat so org tak ramai, agak cepat dapat makanan dan ada lagi tempat duduk. second time pergi time cuti tahun baru hari Sabtu pulak tu, org punyelah ramai, walaupun kami call sebelum pergi nak book tempat duduk pun tak boleh sbb terlampu ramai, org tu kata yg ada sekarang pun tak dapat duduk lagi, so dia advice kami dtg lewat sikit. tapi kami degil nak dtg awal jugak dan kami sampai kul 9.00 mlm, menu siap jam 11.00 mlm, ambik ko...2 jam menunggu...

Sotong goreng tepung dan sayur cendawan.

Selain dari menu kat atas kami makan ketam goreng bercili, ikan siakap masak stim limau, kepah goreng bercili, sup isi ketam..kalau boleh segala seafood yg kami nak pilih dan suruh masak. Makan kenyang sangat sampai rasa nak muntah. Tak habis kami minta bungkus bawa balik. Overall memang recommended lah tempat ni, seafood segar, murah dan view yang menarik..en hubby kalau boleh tiap2 minggu nak pi makan kat sini tapi bila pikir kolesterol terus takuttt.....hehehehehe


Wednesday, November 10, 2010

Wanton Mee n Kuey Teow Goreng

Ini adalah makanan yang kami makan masa kat Genting aritu. Memang agak mahal, tapi memang sudah dijangka dari awal, kalau tempat pelancongan memang mcm tu, especially kalau kat tanah tinggi n kat pulau. Tak boleh ker diaorg jual murah mcm biasa..ekekkeke. Dah lapo punye pasal mahal pun org sanggup beli, yelah takkan nak puasa pulak dah ler cuaca sejuk gigillll...... air teh panas jer satu cawan rm4.50 terkejut omak den. dah ler pekat semacam, mau sembelit lepas minum. hehehhe
Mak makan kuey teow goreng jer, portion agak besar, memang kenyang ler makan satu pinggan rm 12.90 jer...hehehe.
akak makan wanton mee, nak yg bersup, yelah kan sejuk kat situ dapat makan yang bersup2 ni rasa segar jer. wanton ni ada gak yang digoreng. Yang ni harganya rm9.90 satu pinggan. en hubby seperti biasa tetap akan makan nasi, so dia amik nasi lemak berlauk, tp malas ler nak gambar pinggan dia...hehehehe

Monday, November 8, 2010

Bercuti di Genting Highland

Hotel tempat kami bermalam-First World Hotel

Percutian yang tak dirancang pada kali ini adalah ke Genting Highland, plan asal nak ke Cameron Highland tapi sebab last minute baru nak cari tempat penginapan memang ler tak dapat kan, padan muka kami..hahahaha..so tukar ke Genting pulak. tu pun kami main redah jer, sebelum pegi dah tgk kat internet semua hotel fully booked tapi kami try redah jer..mana tau ada rezeki. Dan memang nyata rezeki anak-anak kami dpat satu bilik deluxe kat hotel 1st world. Hotel ni ada 6000 lebih bilik, masa nak check in punye lah lama, memula kena amik no dulu, pastu tu kena tunggu no panggil, adalah dlm sejam lebih, sama jer dah booking dulu atau walk-in tetap kena tunggu...sabarrrrr

Pemandangan dari tingkap bilik kami yg menghadap theme park

Dalam bilik ada 2 katil queen size

Malam tu memang dah tak larat nak main2, cuma turun makan-makan dan pusing2 tgk kawasan dulu, cuaca agak sejuk, kabus tebal, org jgn cakap ler, memang ramai sgt even nak parking keta pun payah. Esoknya baru lah kami gi theme park, kami cuma amik indoor saje, malas nak amik yg outdoor sbb outdoor byk utk dewasa jer, lagipun cuaca sejuk takut budak2 tak tahan. Makan kat sana memang mahal ler, nasi ayam or nasi goreng satu pinggan Rm 12.90++, air teh o panas rm 4.50 secawan..hehehehehhe

Syahmi enjoy his ride very much- sian Nina takleh naik sbb ada height limit.
Perasan besar sbb boleh pandu keta sendiri tanpa pengawasan mama n papa

Mak pun tumpang sekaki dgn cucu-cucu
Syahmi paling suker sekali..

Nina jgn pandang belakang la....

Monday, August 9, 2010

Jom Tengok Kuda

Bersama anak kuda, sesi memanaskan badan sbelum gambar dgn kuda yg besor...hihihi
Dua beradik yg buat2 berani bila suruh posing dgn kuda.
Setelah 2 minggu berturut2 ada acara di 3Q tapi kami tak berkesempatan nak pegi..namun minggu nie kugagahkan juga bawak anak2 ke sini sebab dah janji. Syahmi sampai panggil kuda tu lembu..sian anak aku. Rumah kami dekat je dgn tempat kuda nie, lebih kurang sepelaung (tipu jer tu).. agak2 dlm 5 minit naik kereta. Ada pertandingan kuda kat situ, banyak negera luar dtg join, sambil2 tu diaorg buat pertandingan memancing kat tasik disitu dan jemput anak2 yatim dari 3 buah asrama yg berbeza.
Macam2 rupa kuda ada, yg hensem (kuda ada hensem ker?), maksud aku mcm2 kaler ler, hitam, putih coklat, kelabu, kelabu asap etc... semua posing tak ingat bila nak kena amik gambar... control macho ler tu...
Ni gambar semasa perlawanan berlangsung, awek dari New Zealand. aku bukan tau sgt camner cara diaorg adili perlawanan ni.. ikut masa sapa paling pantas habiskan semua palang2 ni tanpa ada kayu yg jatuh..kalau jatuh kena penalti masa, agaknya lah kot...hehehehe


Yg lelaki tu Johan ketegori apa dah tak ingat ler...tp menang ler. Sesi amik hadiah, naik kuda gak..
Kuda putih yg buat2 sedih...

Saturday, May 15, 2010

Warung Dusun Gear Box

Salam semua, kali nie kami sekeluarga berkesempatan makan di warung dusun gear box yg terletak di Bandar Baru Bangi. Kedai ni dulu biasa-biasa jer dan memang menjadi salah satu port makan-makan waktu berchenta di zaman study dulu dalam tahun 1998 gitulah. Sekarang kedai nie dah cantik dan makin bertambah besar, menu pun makin banyak dan sedap. Ade gerai ikan bakar, kerang bakar, tahu bakar dan otak-otak selain dari kedai utama. Lokasinya jalan menghala ker tol kajang dari bandar baru bangi berhadapan atau dekat2 dgn stesen minyak shell, kalau tak silap seksyen 8 kot. aku bukan tau sgt address dia..hehehe
Pandangan depan kedai, kalau malam bukan main bercahaya, kalau nak banding dgn dolu2 memang bezalah.
Kalau dah nama warung gear box, kena lah oder sup gear box ni, sup dia memang sedap dan berasa, sapa-sapa yg tak pernah cuba, try laa.. sedap nie. Guna straw utk makan sum-sum dia.. perghhhh!!! Agak pedas.. awas!!

Ni satu lagi hidangan sampingan wajib, tahu bakar, kuah dia pekat dan sedap. Kalau tak caya cuba tanya anak aku...hehhee percaya lah..
kerabu campur pun sedap gak, tapi yg pelik kerabu mangga takde pulak, yg ada kerabu udang, sotong, ayam dan kerabu campur semua..
Satu lagi menu yg harus dicuba ialah ikan bakar, kuah dia tu yg buat sedap, ikan pulak ikut suke lah nak guna ikan apa. kami biasa amik ikan pari. memang licin tak tinggal tulang pun ..hehehehe

Saturday, May 1, 2010

Makan-makan di Pantai Jeram

Jenahak 3 rasa

Hari Sabtu baru ni kami sekeluarga bersama jiran tetangga sekali lagi ker restoren makanan laut kat Pantai Jeram, padahal baru bulan lepas pegi, ni dah pegi lagi.. dah kena manderem agaknya tu hehehe.. takde lah sebab sedap n fresh kot seafood dia.

Pegi kali ni dah pandai sikit, takde lah main terjah jer macam yg 1st time dulu. Ambik ko, dtg kul 8.00 kul 9.30 baru dpt makan, dah tu ada ikan yg tak dpt tp kitaorg bayar gak.. free2 jer org tu dapat duit.. takpelah kami dah halalkan salah kami gak sbb tak check dulu.. rm 30 gak tuh.

Sotong celup tepung- sedap nie, ranggup dan segar

Kali nie.. kami bertolak lepas maghrib, sebelum pegi kami oder dulu apa patut dan booking meja, bila kami sampai lebih kurang 5 minit makan pun sampai.. sungguh syok maa... oder makan macam tak ingat dunia.. ingat akhirat jer..boleh gitu??? hehehehe

Siakap masak stim

Butter prawn 1 kilo

Ikan bakar-hangus beb kulit dia..irengg, geseng

Tersandar kekenyangan- oder macam tuk 20 org makan.

Monday, March 15, 2010

Restoran Warisan

Sabtu yg lepas kami balik kg sebab menziarah mak sedara yg sakit di negeri Sembilan. Dalam perjalanan ke sana kami singgah kat satu Restoran warisan utk lunch yang terletak ditengah sawah bendang, view memang best ler dan tempat makan selesa.
Menu special hari tu adalah keli berlado, keli salai masak lemak cili api + belimbing dan daging salai lemak cili api. Jadi kami pilih keli goreng berlado, yg adooo ni.. sepinggan reganya RM15, 2 ekor jer tau dgn sambal seciput.
Daging salai masak lemak cili api ni RM15 gak semanggkuk, tp manggkuk jer besar, isi sayup jer dgn terung pipit jek lebih, tp rasa boleh tahan gak pekat cuma satu jer yg kurang.. kurang banyak isi nya.
Kami oder gak kerabu mangga, en hubby kata yg bini dia masak lagi sedap, yg nie kureng sket, reganya RM 8 sepinggan. Mangga dah lembik ler...
Kami oder gak sayur utk kesihatan, kailan ikan masin dgn rega Rm 8 gak sepinggan adalah dlm sepokok daun kailan.
Air saya minum Lai chi kang.. hat nie memang sedap dan berpatutan dgn rega, bahan2 pun banyak, manis dan kepekatan pun cukup.. yg nie puas ati sket. Actually bila sampai2 jer sementara tunggu hidangan yg di pesan sampai diaorg bg air Janda pulang.. kami kata dia nak perli mak tu, air janda pulang nie adalah air kelapa muda campur gula merah. Lupa nak amik gambar.
Ikan masin, ulam-ulam dan sambal belacan nie complimentary dgn lauk lain.. atau dgn erti kata lain free ler.. siap ada kerdas dan petai.. timun pakai zuchini you.. tu yg mahal tu...
Toilet bersih dan cantek gitu, dihiasi pohon merimbun takut plak ada ular melingkau celah2 pokok...hehehhe

Syahmi yg sibuk belek2 menu mcm paham jer.. mcm takmau lepas menu tu nak bawak balik umah buat sovinear...


Ada gak tempat duduk santai gini.... background sawah padi menguning, padi dah masak sedia tuk dituai.. tp takde masa ler nak gi sawah tu...
Kedai cenderahati terletak satu compound dgn restoren, seni bina minangkabau..yelah kan kat nogri 9. Sekian mekasih....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails