Friday, December 24, 2010

Ayam Goreng Kunyit


Menu sempoi malam ni lebih ayam goreng berempah kelmarin. Dah tau dah kalau part dada dan yg banyak isi sure semua org takmo. So awal-awal lagi dah asingkan dan simpan utk masak lain. Lauk yg 2 dalam satu ni memang selalu jadi pilihan sebab ada sayur sekali, jadi takyah sibuk2 nak masak sayur lagi, tapi kalau vitamin R banyak masak gak lauk sayur lain. Yelah kalau takde yg berkuah kang kot tercekik pulak makan. Wokeh jom layan menu ringkas tapi sedap kat tekak aku nie..tekak korang aku taktau ler...hehehehe


AYAM GORENG KUNYIT
Sumber: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

2-3 ketul isi ayam part dada
serbuk kunyit
5-6 ulas lada cili
1 labu bawang besar- dihiris kasar
2 ulas bawang putih- dicincang halus
2 batang baby corn
2 btg kacang panjang dipatah2
1/2 batang lobak merah dihiris memanjang
Garam
Serbuk perasa


CARA-CARA:-
  1. Isi ayam dihiris nipis, digaul dgn kunyit dan garam serta digoreng.
  2. Bila dah garing diangkat dan toskan minyaknya.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih serta lada cili.
  4. Masukkan semua sayur-sayuran, kacau beberapa minit
  5. Masukkan ayam goreng dan kacau sebati
  6. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa.

Thursday, December 23, 2010

Roti kentang

Bila tengok sana sinun buat roti kentang teringin gak nak cuba sendiri, tapi nak menguli dan tunggu doh naik serta roti masak, utk org2 yg kurang kesabaran cam aku baik gi beli jer kat tesco, c4 atau pun giant. Namun sebab semangat berkobar-kobar kuteruskan juga niat murni membuat roti kentang nie..resepi amik kat MyR dari onigiri or Pn Ros jintan manis yg memang pakar meroti itew, minta izin dikongsi disini...jom layan resepi..

ROTI KENTANG
Oleh: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

135ml air sejuk dari peti ais
3/4 tsp garam
30 gm mentega
1/2 biji telur dipukul sikit
60 gm ubi kentang direbus dan dilenyek baru timbang
300 gm tepung berprotein tinggi atau tepung roti
3/4 tbs susu tepung
50 gm gula
2 tsp yis segera

Topping- mcm buat krim kastard utk fruit tart

CARA-CARA:-
  1. Masuk semua bahan dalam mangkuk dan uli hingga licin, lebih kurang 15 minit. kalau ada bread maker masuk jer.
  2. Tutup dgn kain dan biar naik 2 kali ganda lebih kurang 40 minit.
  3. Tumbuk utk keluarkan angin dan uli 1/2 minit
  4. Bentuk jadi bebola yang lebih kurang sama saiz 9 ketul
  5. Susun dalam loyang yg dah digriskan dan biarkan naik lagi 40 minit
  6. Sapukan telur yang dipukul 1/2 lagi atas roti
  7. Paipkan kastard atas roti
  8. Bakar 180 C selama 20 minit atau hingga keperangan atau masak.


Sunday, December 19, 2010

Roti Marble Coklat

Dah lama tak meroti rase teringin pulak, BM dah berkulat duk dlm stor tapi cam malas jer nak kuarkan. Roti ni dibuat pakai kederat tangan dua kerat, tak pelah sekali sekala bagi otot naik kat lengan..hehehhe..resepi amik dari MyR oleh onigiri atau ros pakar roti meroti itu. Syok tau esok boleh breakfast roti dan bawak bekal gi uni...

ROTI MARBLE COKLAT
Sumber: Syahnina.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-
200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 sudu besar butter or margerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sikit air


CARA-CARA:-
  1. Campur semua bahan kecuali serbuk koko dan uli sampai tak lekat kat jari
  2. Perap doh selama 40 minit atau kembang 2 kali ganda
  3. Tumbuk- tumbuk doh untuk keluarkan angin
  4. Ambil 1/3 bahagian dan campur dgn koko kalau lemibk tambah tepung sikit, pastikan adunan sekata
  5. Doh yang putih dicanai memanjang. letakkan doh coklat ditengah-tengah
  6. Lipatkan atau cover doh coklat dan potong kepada 3 bahagian
  7. anyam bentuk tocang dan letak dalam loyang roti yang telah digris dgn butter
  8. Biarkan naik 2 jali ganda
  9. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau hingga keperangan.
  10. Siap bakar sapukan dgn margerin atasnya agar berkilat dan sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura, 10 Muharram

Salam semua, syukur kita masih dipanjangkan umur untuk masih bernafas dan menikmati kehidupan dibumiNya. Esok adalah 10 Muharram atau dipanggil hari Asyura. Berikut saya nak share perkara-perkara sunat yang jika lakukan akan mendapat pahala. Teringat masa kecik2 dolu, ada sorang nenek tua ni akan panggil aku datang umah dia utk usap kepala aku dan bagi sedekah sebab akukan anak yatim, tp nenek tu dah takde sekarang..al-fatihah utk arwah. Marilah kita cuba amalkan, ambil yg mudah2 pun ok cth bercelak, mandi sunat etc...

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami atau isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga ia memberi manfaat pada kita semua...InsyAllah.....

Monday, December 13, 2010

Sicilian Orange Cake

Rasanya ramai member bloggers yang dah cuba mencuba resepi ni, Kak Ummi, mamafami, kak inakl, kak inahar etc dan ini semua gara-gara Rima yang nun diseberang Tambak tu. Tapi memang setelah dibuat memang ternyata kek ni memang sedap sangattt.. riches, moistest, butteriest and yet lightest orange cake yang pernah aku cuba... memang two thumbs up! Kek ini kalau tgk kat gambar aku takde ler menggiurkan sgt namun rasanya sungguh sedap, Aku masak kaler nye gelap sikit or over baked sebab tinggal untuk buat kerja lain dan akhirnya aku terlupa yg kek sedang dibakar dalam oven. Resepi dah ku alih bahasa...layannnnn...
SICILIAN ORANGE CAKE

250gm Butter
250 gm gula kastor
4 biji telur saiz B
1 1/2 tsp parutan kulit limau
250gm tepung berserbuk penaik
85 ml jus limau segar

Utk Icing (aku tak buat pun) :
125 gm gula icing
5 tsp jus limau segar

Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. loyang dialas dgn kertas minyak atau disapu butter.
  2. Pukul butter dan gula 4-5 minit hingga warna berubah pucat.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati setiap telur.
  4. Masukkan parutan kulit limau.
  5. masukkan tepung semuanya dan kacau sebati.
  6. Perlahan-lahan masukkan jus limau. Kacau sebati.
  7. Masukkan dalam loyang dan bakar 45-50 minit atau hingga masak.
  8. Sejukkan atas redai.
  9. utk icing, Masukkan gula icing yg diayak dlm mangguk, masukkan jus limau sikit2 sambil dikacau dan mencapai kepekatan yang diinginkan atau boleh diletakkan atas kek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails