Esok pagi-pagi selepas suboh aku akan pergi ke Balai Polis Trafik Selayang, nie semua gara-gara road tax yg expired pada 9 Dis 2010, bila nak renew tak boleh sebab ada saman dan aku kena blacklisted. Bila check di www.myeg.com.my semua saman tersebut adalah saman ekor dan satu pun surat saman tak pernah sampai ke tangan aku. Ada tu kena dari tahun 2006 lagi, hangin satu badan rasanya, sebelumnya ok jer nak renew roadtax.
Hari Selasa lepas berkobar-kobar aku ke Balai polis nak menjelaskan saman bila sampai kat situ..mak datuk ramai sgt org beratur nak menjelaskan saman. Nak amik nombor pun tak boleh sebab no dah abis, ptg tu dah 400 no dikeluarkan tapi no yg dipanggil masa tu baru 200. Brader polis suruh aku dtg lagi pagi2 buta hari rabu.. gigih ler aku esok lepas punch card cabut ke sana dulu..doakan kejayaan aku yek...
Dahlah susah payah aku meredah trafik jem dan ujan hari selasa lepas ditambah pulak parking keta yg jauh kena naik turun bukit, dgn perut yg memboyot sampai2 takleh nak buat apa..balik dgn hati yg hampa.. doa2 esok berjalan dgn lancar, kalau tak maknanya ada yg keta aku tak leh nak gerak sbb roadtax dah expired..huhuuhu.
Kat bawah ni aku bg info bg kengkawan yg nak check kalau ada saman aku dpt dari laman web rasmi PDRM..boleh lah geng dgn aku ..hehehehe
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN KAD PENGENALAN atau NO KENDERAAN dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :
MyEG Services
www.myeg.com.my
RILEK e-Services
www.rilek.com.my
Tuesday, December 7, 2010
Monday, December 6, 2010
Salam Tahun Baru Hijrah 1432
Salam Tahun Baru Hijrah buat kita semua. Dah baca doa akhir tahun lepas asar tadi dan doa awal tahun lepas solat magrib? Dikesempatan ini marilah kita sama-sama berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa kita yang telah lalu yang tidak sempat kita bertaubat dan tidak diridhaiNya. Allah pelihara kita daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya, tentera-tenteranya dan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dari kebaikan. Semoga Allah merubah keadaan kita kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaanNya. Berilah kami kebahagiaan hidup didunia dan kebahagiaan diakhirat dan dipelihara dari azab api neraka. Amin...
Saturday, December 4, 2010
Muffin, kek or Apam Pisang
Bahan-bahan:-
- 2 biji telur gred A
- 1 cwn pisang yg dilenyek
- 1 cwn gula
- 1 cwn minyak masak
- 2 cwn tepung gandum + 1 sudu teh bikabonat diayak sekali
- 2-3 titis esen pisang- Jamie tak letak pun
- sikit koko utk marble- ni pun tak bubuh
- Telur dan gula diblend or pukul sampai gebu
- Masukkan pisang, blend lagi
- Masukkan minyak, blend
- Tuang bahan blend ke dlm tepung dan bikabonat yg telah diayak
- Masukkan esen pisang
- Letak dlm acuan yg dah dilenser dgn minyak- kalau guna cup tak perlulah
- Bakar 180C lebih kurang 20-30 minit atau hingga perang.
Satu adunan yg jamie buat menghasilkan 24 ketul muffin, kalau rasa banyak boleh buat setengah adunan jer, pisang pulak elok guna pisang emas dlm 4-5 biji sebab warna dia lebih cantik (lebih perang) atau boleh ganti gula pasir dgn gula perang. Muffin ni manis2 buah jer kalau suka manis boleh letak gula banyak sikit. Tapi pada saya eloklah gini, kena kurangkan gula dalam masakan, nanti tak pasal2 kena potong kaki lak...minta dijauhkan...
Thursday, December 2, 2010
Lagi Gambar Nina
Sempena birthday Nina, aku saje nak tayang gambar-gambar lama dia yg masih ada dlm simpanan bila bongkar2 dlm komputer tadi. Kat atas ni masa umur nina 6 hari, pusat pun belum tanggal lagi masa tu, memang bulat dan gebu. Rambut pun lebat, majlis cukur jambul nina dibuat 3 kali, almaklum ler anak sulong, sekali buat kat umah mak, pastu umah mak mertua dan juga kat umah mak angkatku.. habis rambut yg lebat kena tarah..hehehhe
Ni gambar masa Nina 5 bulan, bukan main meniarap sana sini. Gambar nie masih kat umah lama lagi, stil belum beli umah lg masa tu..
Gambar baru lepas mandi, suker sgt kalau kena amik gambar, sentiasa ready gitu. masa ni pun umur dia dlm 5-6 bulan jer..
Nina masa umur 2 tahun, masih hisap puting kopet, tak leh nak dipisahkan tapi bila nak berentikan senang pulak. Macam tu jugak bila nak stop pakai pampers, very easy, anak mama yg baik..good girl. Masa ni dah pindah umah baru, Nina suka sgt main payung kat laman rumah, almaklum lah umah dulu takde laman...
Ni gambar nina dah 3 tahun, gambar diambil masa birthday adiknya, tapi dia pulak yg lebih, gambar terkini nanti aku amik kalau ada buat birthday party utk dia..(kalau mama rajin n larat ler...)
Birthday My Lovely Daughter- Nina
Pada 1.12.2005 yang lalu lahirlah seorang bayi perempuan comel seberat 3.5kg pada jam 4.00 ptg. Al kisahnya bayi ini pernah tertukar dgn anak org lain semasa dilahirkan di satu hospital swasta (nama terpaksa dirahsiakan). Bayi ini telah dibawa balik hingga sampai ke rumah org lain dan kami terpaksa menunggu bayi ini dikembalikan. Org yg terambil bayi ini adalah org sebelah katil yg duduk satu bilik dgn aku. Nak salahkan dia pun tak boleh sebab nurse yg bagi bayi ini kepada dia sebab tersilap emak. Nasib baik bayi dia adalah lelaki dan anak kami perempuan dan tag nama masih ada dikaki bayi, tambahan pula baju anak kami warna pink dan anak dia warna biru. Bayi bertuah ini kami namakan Khairina Safiah, hari ini genapnya usia khairina Safiah 5 tahun. Mama dan Papa doakan Nina menjadi anak yang solehah yang sentiasa patuh perintah Allah dan mejadi kebanggaan kami sampai bila-bila. Mama dan papa sayang sangat dekat kakak nina, jaga diri dan hiasi peribadi dgn akhlak yang mulia, moga menjadi contoh dan ikutan pada adik-adik yang lain...Happy Birthday sayang!
Subscribe to:
Posts (Atom)