Sunday, November 8, 2009

Pecal dan Masak Pecal

Pecal nie masakan orang jawa, sama ada masak pecal atau pecal yang terdiri daripada sayur-sayuran ala-ala rojak. Asal usul pecal nie tak diketahui tapi yang pasti bila sebut pecal mesti ada penggunaan kencur (cekur) dalam masakan tersebut. So, ari nie masak lauk untuk makan tengah hari ala-ala kampung di mana aku buat pecal dan iwak lele (ikan keli) masak pecal. Sayur-sayuran yang digunakan ialah timun, kacang panjang, sengkuang, taugeh kasar dan tempe goreng. Biasa org akan letak pucuk ubi, kangkung kampung, nangka dan sayur-sayuran yang sewaktu dengannya, tapi kalau sayuran berdaun nie kena celur dulu bagi lembut. Tapi semua sayur berdaun tu aku skip sbb malas nak beli byk2 tp nanti cuma nak guna sket jer. Bukan setakat buah kencur tu jer yg digunakan, hirisan daun kencur juga dpt membangkitkan aroma masakan ni.
Masak pecal lak guna ikan keli, ikan keli dalam bahasa jawa diaorg panggil iwak lele. ikan nie dibeli kat pasar tani stadium melawati Ahad lepas. Murah jer utk 3 ekor yg besar diaorg jual RM3, besar2 plak tu dan dah siap siang lagi. Setelah dibersihkan dan digoreng barulah dimasak bersama kencur, cili api, kunyit dan santan. Memang sedap sesekali makan masakan kampung kalau mak mertua lalu belakang pon tak nampak (memang ler tak nampak sbb belakang cuba lalu depan yea tak?)...hehehhehe
Jemput makan semua....

Sunday, November 1, 2009

Fish and Chips

Setelah dari pagi hingga tengahhari menghabiskan masa di Pasar Karat (Bazarena) di Stadium Shah alam tak larat rasanya nak nak memasak utk luch. sampai umah jer dah pukul 12.30 tgh, tapi aku dah tapau siap2 utk org2 kat umah sbb aku gia pasar tu berdua dgn jiran jer. Anak2 dan suami kena tinggal umah. So aku beli nasi ayam, jaket potato (cheesy cheese), somtam dan char kuey teow utk santapan tgh. Ptg pulak menghabiskan masa diKolam ikan Nek Ngah, tapi tak sempat nak amik gambar hujan lebat giler berserta petir berdentum. Banyak sungguh dapat ikan, agaknya ikan-ikan tu lapar time hujan2, cam org gak, tak sampai seminit dapat sekor. Hasil tangkapan terus masak kat situ gak, separuh digoreng dan separuh lagi masak gulai tempoyak. Balik umah hubby bising lapar, tulah sapa soh takmau ikut gie umah nek ngah, kitaorg dah kekenyangan dah. Namun sebagai isteri mithali (perasan jap) aku masakkan fish n chip utk hubby. Ikan dory fillet aku salut dgn telur dan bread crumb, ada juga yg aku salut dgn batter, tp rasenya salut dgn bread crumb lagi sedap.. kan hubby kan..Pastu lawan dgn fries dan salad with pop corn chicken...

Ikan Terubuk Masin dan Egg Tofu

Ikan terubuk nie aku rasa dah dekat setahun lebih duk dalam freezer aku, sampai dah kering dan keras kejung ler. Bukan apa kalau aku goreng nanti aku sorang jer yg makan, hubby tak berapa suke sgt ikan masin nie. Nasib baik ada mak yg nak tolong aku makan, tu pun lom abis lagi, ada lagi bawah tudung saji. Yang buat sedap sisik ikan terubuk yg garing bila digoreng, jgn pulak pi buang sisik dia. Sekali-sekala makan lauk ikan masin memang sedap, tapi jgn selalu kang naik pulak darah tinggi, makan yg masin-masin. Regu lauk ikan masin aku masak egg tofu campur carrot, telur dan kubis panjang. Egg tofu tu aku goreng bersalut dgn tepung beras dulu, baru masak bior tak hancur bila masak, nak kuah dia pekat masukkan tepung jagung. Mak memang suka lauk egg tofu nie. Ada gak masak sambal sotong tp malas nak posing kan, sotong tu malu ler..ehehehehe

Ayam Goreng Berempah

Masak ayam goreng berempah untuk budak-budak makan. Tapi aku masak pun tak banyak adalah lam 6 ketul jer, tuk mak dan bapak budak pulak makan lauk sambal sotong, egg tofu dgn terubuk masin goreng. Pergh memang best ayam goreng ni, resepi ayam nie ikut suke aku jer, meh ler layan kalau nak try

Bahan-bahan:-
Ayam 6 ketul
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecik jintan kasar
2 sudu ketumbar
1 sudu besar serbuk kari
1 cm halia
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam
Tepung Beras
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-
1. Kisar semua bahan-bahan kecuali ayam, tepung beras dan minyak
2. Gaulkan bahan-bahan kisar dgn ayam dan perap 1/2 jam atau lebih ( lagi lama lagi best)
3. Salutkan ayam yg tekah diperap dgn tepung beras
4. Goreng ayam dalam minyak yg banyak.

Memang sedap, ala-ala KFC hot and spicy, pada tekak aku ler.... nak tau sedap ker tak u all kena try ler..

Friday, October 30, 2009

Cheesecake

Rase lama dah tak makan ciskek, tambahan pulak cream cis pun cam dah nak expired lam peti ais daripada terbuang begitu saje cis yg mahal tu baik wat ciskek. Separuh bawak gi opis kejap jer licin, yelah ramai yg hantu ciskek. Bila makan ramai-ramai memang seronok. Nak buat ciskek nie mudah jer,takyah nak risau kek jadi bantat, cuma jgn overbeat nanti kek jadi crack. Utk lebih sedap kena simpan lam peti ais overnight baru potong n makan. Kalau nak resepi selongkar ler under label cake dah ada rasenya, malas nak taip lagi. Makan rajin ler...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails