Sunday, May 23, 2010

Apple Pie


Hari nie vitamin R terlebey sudah... resepi yg dah berkurun Q dalam simpanan akhirnya terbuat juga... bayangkan bila tgk kzai buat pd julai 2009 hati dah meronta-ronta nak try, tu hati jer tp tgn malas nak buat..hehehehe. Kzai pulak amik dari majalah Jelita thn 2000.. giler lama dia simpan majalah tu..
Memang sedap cuma aku buat inti terkurang sket, patut guna 4 biji epal tp aku guna 2 biji jek.. sbb tu jer yg ada, nak tunggu2 takut langsung tak terbuat. Bila tgh rajin jgn dihalang..karang merajuk pulak..wakakkaka..buruk. pastu soh simpan doh sejam, aku ngelat dah tak sabr rasenya.. setengah jam udah ler.. namun hasilnya tak mengeciwakan....
Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang


Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gaul dan ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm. Asingkan sedikit pastri sebagai hiasan. Hiris lebihan pastri pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya. Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)

2 comments:

Anonymous said...

nampak sedap amat,
saya pun pernah nak buat dah beli sumer bahan, tiba2 terbantut, no good reason.. :),
maybe after yer pie, tetiba kita rajin kot.. :)

Jamie said...

mudah-mudahan terjangkit vitamin R nie ke sana..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails