Tuesday, September 29, 2009

Raye 2009...

Salam lebaran untuk semua, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, terumpat, termengata, termakan, terminum, termarah dan lain-lain terrrr... yg sewaktu dengannya.
Dah lama tak update blog nie, rasa cam dah nak basi jer semua citer, boring betui tenet slow giler, mesti semua sibuk update blog memasing. So saje nak share gambar2 persiapan sebelum hari raye. dari menerai (test) baju baru sehingga menyediakan hidangan untuk kunjungan. Tahun nie turn kami beraya di Kota Tinggi, jom layannnnn.....Tema tahun nie kaler purple pulak..
Hidangan wajib setiap tahun selain ketupat dan ketupat palas. Taktau nak panggil nama ni apa, dalam ada isi kacang tolo, tahun nie letak kacang lebih2.
Abah dan nenek yg khusyuk mengisi beras ke dalam daun ketupat. tahun nie msiteri sket sbb isi ketupat kami kaler merah. Air rebusan ok jer, rupa memang cun, tak sangka dalam rupa gitu.. setelah disiasat kami rasa beras dari ketupat segera adalah puncanya, sanggup masak ketupat lagi raye ke 3 sbb tak puas hati.Famili purple, baju raya yg beli siap ajer, sebab tak sempat nak tempah.. seb baik ada saiz..hehehe
di pagi 1 hari raye papa dan anak2 serta atok mereka nak pergi marhaban rumah ke-rumah. Baru dapat 2 rumah adik dah sibuk ajak balik, terpaksa lah papa hantar balik, kemudian atuk call kakak pulak nak bali, memang bertuah punye anak....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails