Sempena cuti kemerdekaan aku sekeluarga telah ambil kesempatan utk balik ke kampung halaman untuk berbuka puasa disana. Alangkah nikmat dan seronoknya dapat berbuka di kampung, dapat juga lari dari rutin seharian untuk masak juadah berbuka, hehehehe. Bukan gantung apron terus masih juga membantu yg mana perlu.
Dalam seronok ada juga yg tak seronok, biasalah kat kg semua siaran indon kami dpt tengok, takyah susah2 pasang Astro, campur dgn siaran Tv Singapore lagi memang byklah pilihan siaran. yang membuatkan kami rasa tak seronok apabila TV Indon sibuk membuat liputan berkenaan lagu Negaraku yg dikatakan diciplak dari mereka iaitu lagu Terang Bulan. Kenapa baru sekarang waris nak kecoh2 setelah 52 tahun merdeka. Malas nak komen lebih... media memang suka publisiti murahan utk melariskan produk mereka... biarlah si luncai terjun dgn labu-labunya... biarkan....
No comments:
Post a Comment