Tuesday, August 11, 2009

Tauhu Poket

I'm back. Tuan rumah dah kembali rajin utk update blog. Banyak masakan baru yg dicuba setiap hari tapi sebab virus M yg telah menular ke dalam diri menyebabkan takde mood langsung nak ambik gambar, apalagi nak tulis entry. Sori ler kepada semua peminat setia yg berkunjung ke sini tapi dok lagu tu jugak (ade ker...hehehehe perasan jap). Malam nie masak tauhu poket,resepi dari che iza. Nie 1st time makan n 1st time buat. Tak penah dgr pun sebelum ni.. kalau tauhu sumbat ker, tauhu bakar ker biasa ler dengar. oklah takyah ler intro panjang2 jom kita layan resepinya, memang sedap dan ada kelainan...

Bahan-bahan:-
6 kpg tauhu
60 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu
2 inci lobak merah diracik halus
sepokok kecil daun ketumbar dihiris halus
1 biji telur
1 1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tauhu dipotong 2. kemudian dikorekisi tahu buat poket. Isi tauhu yg dikeluarkan disimpan.
2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain ke dlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. gaul rata semua bahan.
3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dalam tauhu. Bila semua dh siap diisi bolehlah digoreng dgn minyak yg panas.

Memang sedap rasanya. Jgn takut masa menggoreng isi yg disumbat takkan terburai punya. Boleh makan dgn sos sebagai snek atau dimakan dgn nasi sebagai lauk. tapi kat umah nie tak sempat nak buat lauk pun.

1 comment:

Nieza said...

bekas sos tu ingatkan aku kepada weighing boat jerrr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails