Tuesday, August 11, 2009

Oreo Marble Cheesecake

Kek ni ku buat sempena farewell party untuk opismate yg akan transfer balik ke Negeri di bawah bayu. Sebenarnya nak buat oreo ciskek, tapi seperti biasa oreo dah kena pau dgn anak2, maka tak cukup le utk buat hiasan. Sebagai ganti ku buat ler marble coklat utk hiasan, oklah tu, tak best rasanya kalau togel jer, nampak tak cantik lak. Tapi ciskek nie dah ter overbake sbb dok leka surfing internet. Apa2 pon memang laku giler, sekejap jer dah licin.. hehehehe taktik nak promosi beb! Meh le layan resepi yg ikut suka hati aku jer... kalau try tak jadi jgn komplen kat aku : ) pi le mana2 kaunter aduan yea...

Bahan-bahan:-
500gm creamcheese
240 ml sour cream
3/4 cwn gula kastor
3 biji telur
10gm tepung
150gm cooking chocolate dicairkan
80gm butter dicairkan
2 peket biskut oreo- dibuang krim dan kisar halus

Cara-caranya:-
1. Campurkan butter cair dan biskut oreo, gaul sebati dan masukkan dalam loyang, tekan biar padat dan sekata.
2. simpan loyang tersebut dalam peti ais.
3. Pukul creamcheese dgn gula sampai sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
5. Masukkan sourcream dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung dan pukul lagi.
7. Bila dan sebati bolehlah dicurahkan dalam loyang yg telah disejukkan dgn base oreo tadi.
8. Hiaskan dgn cooking coklat yg dicairkan. Ikut suke ler nak buat corak apa.
9. Bakar dgn kaedah bain marie (balut loyang dgn aluminum foil, letak dalam loyang yg lebih besar yg berisi air panas) dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C selama 50-60 minit.
10. Jgn overbake,agak2 dah set or perang2 sket dah masak ler tuh. tapi jgn terus keluarkan dari oven. biar pintu oven terbuka about 5-10 minit, baru keluarkan, sejukkan kemudian simpan dalam peti ais seelok2nya overnite baru sedap makan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails