Semalam 27 Jan 2011 adalah hari ijau kat opis, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul kat di kawasan lapang belakang opis utk tanam pokok2 hutan sebagai salah satu sumbangan kami utk memelihara bumi nie.. Dgn kerjasama Syarikat Aya Engineering dan CPCN, Ensearch yg sponsor pokok2 hutan yg diperolehi daripada org asli maka usaha ini terlaksana. Total 78 pokok dari 28 jenis yg kami tanam, nama semua pelik2 cam tak penah dengar Jis, langsir kecuali 2-3 yg biasa cam petai, kerdas, durian daun, mata kucing... aku dpt pokok apa pun tak tau, lupa nak tgk kat tag dia..hehehehe
Seperti biasa sebelum buat kerja mesti posing dulu..tgklah baju pun ijau u... baju freee..sapa tak suka kan. Aku kena amik saiz lebih besar sikit utk memuatkan perut yg mancung ini dan terpaksa gambar belakang2 utk cover perut comel ini..hehehehe
No comments:
Post a Comment