Thursday, July 15, 2010

Pokok Mangga...

Besar tak buah dia?

Ini adalah tahun ke-2 pokok mangga depan umah kami berbuah. Masa memula tanam dulu, macam nak mati jer pokok nie.. yelah mana taknya harapkan ujan jer utk siram pokok ni.. sbb tuan nya terlampau rajin. Asal-asal tanam 3 jenis pokok, rambutan, pulasan dan pokok mangga, lastly hanya pokok mangga jer yg survived. Masuk tahun ke-3 pokok pun berbuah,tapi masa tu tak banyak sangat, yelah baru belajar berbuah ler katakan. Punyelah excited kecik2 putik lagi pun aku dah bungkus, pastu tinggal bungkus jer isinya ntah ke mana.
Syahmi yg dipaksa bergaya dgn pokok mangga

Pokok ni rendah jer, so bila berbuah dan buah dah besar, buah dia akan melayut duk atas tanah. Yang paling sakit hati bila tukang potong rumput boleh cantas sekali buah dia yg duduk bergayut atas tanah abis luka-luka buah tu. Ada sekali tu dicantas sekali dia punya tangkai, bila aku check elok jer buah tu duduk atas tanah tapi dah terpisah dgn tangkai. Tu belum yg hilang kena kebas dek org. Tapi tak pe aku halal jer..sapa suruh tanam luar rumah atas tanah rezab kan....hehehehhe
Dah berbulan-bulan tunggu buah nie tak gak masak-masak. Nak biarkan lebih lama takut tak merasa pulak. Last-last aku petik jer n peram bg masak
Sebab suke tengok pokok nie berbuah, aku tambah lagi koleksi pokok buah depan rumah dgn pokok pulasan dan kedondong. Nanti bila dah berbuah aku tayang le kat korang yek...

Saturday, July 10, 2010

Muffin Blueberry

Gebu tak muffin nie? kalau makan banyak-banyak nanti badan pun boleh gebus gak...hahahha. Tak rela you... nak turun sekilo pun susah nak naik senang jer. Muffin ni aku buat pakai muffin mix yg beli kat kedai baru jiran sebelah umah nie. Saja nak cuba, try n test. Sebelum ni kalau beli muffin mix memang ikut sebiji resepi yg disertakan tapi kali ni ada buat penambahan sikit hasil dari skodeng umah kak Hanieliza chef terkenal yg telah mengeluarkan byk buku itu. K.Liza kata kena guna api atas bawah dan jangan pasang kipas oven (kalau kipas kat ruang tamu or kat bilik takper..heheheh). Tapi memang betul bila tak pasang kipas muffin naik elok jer tapi kalau on kipas muffin akan naik senget sebelah..herot gitu.

Jom layan resepi muffin nie...salin yea

Bahan A
500 g muffin mix
200gm tepung naik sendiri

Bahan B
4 biji telur
150 ml Minyak
280 ml susu segar

Caranya:-
  1. Panaskan oven 190C (jgn on blower/kipas oven)
  2. Gaul bahan A supaya sekata
  3. Masukkan bahan B dan gaulkan sebati (Guna whisker jer)
  4. Masukkan dalam acuan muffin kertas hingga agak penuh (80%)
  5. Bakar selama 20 minit dan sejukkan.
Nota:- jgn over beat nanti muffin tak mau naik.

Tuesday, July 6, 2010

Apam Blossom Berinti Blueberry


Rasa teringin lak nak buat n makan apam comel berinti blueberry nie. Aku buat kaler lain2 tapi filling dalam sama jer. Cadang nak bawak gi opis esok sbb dpt byk untuk satu adunan tapi tak sangka malam tu dah langsai sebab dimakan bersama jiran tetangga. Resepi cedok dari dapur fiza yang rajin masak-masak dan memang amik tempahan mcm2 tu. Sebelum ni pernah buat resepi yg lebih kurang sama cuma susu segar diganti dgn air ais krim soda dan tak bubuh inti.

Bahan-Bahan:-
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete


Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


Friday, July 2, 2010

Cream Puff

Lebih inti kastard untuk fruit tart aku buat cream puff untuk pot luck kat opis sempena ada staf yang kena transfer keluar sebab naik pangkat. Puff agak lembut (lembik actually) dan agak besar gabak sbb buat dlm keadaan tergesa-gesa. Plan nak buat benda lain tapi tunggu punya tunggu punya tunggu member sms resepi tak juga muncul2. hari makin larut malam, seb baik inti kastad ada lebih. Esok baru member call kata dia tersilap send sms ke org lain. takpelah takde rezeki... nanti lain kali aku cuba yea... ada yng mau ker resepinya?? sila angkat kaki... lain kali le aku letak..malas nak menaip.... bye.

Sebab Kak Gerau suka sgt kuih nie, saya letak ler cara-caranya mana tau kalau k.Gerau terlebih rajin nak mencuba...

Bahan Cream Puff / Pastri Choux- resepi Alex Goh
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

Wednesday, June 30, 2010

Fruit Tartlet

Fruit tart... mari..mari, lelong-lelong..murah-murah, satu singgit jer... tapi sori yea semua fruit tart dah langsai. Buat tart ini untuk diberi kepada jiran sempena pembukaan kedai baking-Suri Baker's Centre. Kawan-kawan yang tinggal berhampiran Sg Buloh dah kawasan sekitarnya boleh lah membeli belah barang-barang baking disini. Milik Bumiputera sepenuhnya dan dijamin halal. Kedai ini terletak di Bukit Rahman Putra berhampiran dgn Stesen Minyak Petronas BRP. Jemput datang yea (promote le sket..kut2 dpt tepung free). Nampak gayanya akulah jadi regular customer nanti nie... dan memang pun aku adalah 1st customer diaorg..hehehhe
Nie ler kelebihan ada oven besor..sekali bakar 50 biji terus. Resepi tart shell ada dari 2 sumber dan aku try dua-dua sekali sebab saja nak tgk mana lagi sedap.. tapi takde beza sgt pada aku sama jer..jom layan resepi:-

FRUIT TARTLET Sumber : Chef Alex Goh

PASTRY
Bahan-bahan :
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.

P/s: satu lagi resepi lebih kurang sama bhn2 cuma amount yg sikit beza:- sebuku butter 250gm, 120gm gula icing, 2 biji kuning telur, 440gm tepung gandum dan 1 sudu teh esen. Cara buat sama jer kat atas.

Bahan-bahan Kastard:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan masukkan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Filling Blueberry Tart

Bahan A
250g cream cheese
50g gula
25g mentega

Bahan B- 1 biji telur

Bahan C- 25 g whipping cream

Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
  1. Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  2. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi.
  3. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota dari Maklang:- * Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails