Ini adalah tahun ke-2 pokok mangga depan umah kami berbuah. Masa memula tanam dulu, macam nak mati jer pokok nie.. yelah mana taknya harapkan ujan jer utk siram pokok ni.. sbb tuan nya terlampau rajin. Asal-asal tanam 3 jenis pokok, rambutan, pulasan dan pokok mangga, lastly hanya pokok mangga jer yg survived. Masuk tahun ke-3 pokok pun berbuah,tapi masa tu tak banyak sangat, yelah baru belajar berbuah ler katakan. Punyelah excited kecik2 putik lagi pun aku dah bungkus, pastu tinggal bungkus jer isinya ntah ke mana.
Pokok ni rendah jer, so bila berbuah dan buah dah besar, buah dia akan melayut duk atas tanah. Yang paling sakit hati bila tukang potong rumput boleh cantas sekali buah dia yg duduk bergayut atas tanah abis luka-luka buah tu. Ada sekali tu dicantas sekali dia punya tangkai, bila aku check elok jer buah tu duduk atas tanah tapi dah terpisah dgn tangkai. Tu belum yg hilang kena kebas dek org. Tapi tak pe aku halal jer..sapa suruh tanam luar rumah atas tanah rezab kan....hehehehheDah berbulan-bulan tunggu buah nie tak gak masak-masak. Nak biarkan lebih lama takut tak merasa pulak. Last-last aku petik jer n peram bg masak
Sebab suke tengok pokok nie berbuah, aku tambah lagi koleksi pokok buah depan rumah dgn pokok pulasan dan kedondong. Nanti bila dah berbuah aku tayang le kat korang yek...
2 comments:
salam kak...mana akak dpat benih pokok mangga tu yer...lama dah saya cari pokok mangga yang rendah mcm tu,nak tanam kat depan rumah baru saya....
Iman..akak beli kat sg buloh..kat area hospital..mcm2 pokok ada jual kat situ..
Post a Comment