Tuesday, September 8, 2009
Birthday Kek Ali
Saturday, September 5, 2009
Berbuka di Pullman Hotel & Resort Putrajaya
Tangga kayu utk naik ke bilik hotel, memang kayu raw gitu, ikat ngan rotan. Cuma yg rasa pelik apsal nama hotel nie Pullman takde nama lain ker yg lagi best??
Thursday, September 3, 2009
Mee Sup - Buka Puasa ke-12
Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1/2 kilo daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
rempah- kulit kayu manis, bunga lawang, lada putih
2 pokok sawi
Taugeh
Bawang goreng
daun sup
1 kiub sup tulang
Cara-caranya:-
1. Rebus daging sampai empuk
2.Tumbuk bawang putih, bwng merah dan halia
3. tumis bahan tumbuk bersama bahan rempah sampai garing
4. Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan daging
5. Masukkan kuib sup tulaang dan masak sampai mendidih dan sebati
6. letak garam dan pak aji
7. masukkan sawi yg dipotong2
8. celur mee kuning, masuk lam mangkuk, letak taugeh, daun sup dan bawang goreng dan curahlah kuah.
Lontong...Buka Puasa ke-11
Merdeka! Merdeka! Merdeka....
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam kemerdekaan yg ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Semoga kita sentiasa hidup aman damai, rukun dan harmoni, walaupun kadangkala ada juga tiba-tiba badai melanda. Tapi adatlah sedangkan lidah lagi tergigit.
Sempena cuti kemerdekaan aku sekeluarga telah ambil kesempatan utk balik ke kampung halaman untuk berbuka puasa disana. Alangkah nikmat dan seronoknya dapat berbuka di kampung, dapat juga lari dari rutin seharian untuk masak juadah berbuka, hehehehe. Bukan gantung apron terus masih juga membantu yg mana perlu.
Dalam seronok ada juga yg tak seronok, biasalah kat kg semua siaran indon kami dpt tengok, takyah susah2 pasang Astro, campur dgn siaran Tv Singapore lagi memang byklah pilihan siaran. yang membuatkan kami rasa tak seronok apabila TV Indon sibuk membuat liputan berkenaan lagu Negaraku yg dikatakan diciplak dari mereka iaitu lagu Terang Bulan. Kenapa baru sekarang waris nak kecoh2 setelah 52 tahun merdeka. Malas nak komen lebih... media memang suka publisiti murahan utk melariskan produk mereka... biarlah si luncai terjun dgn labu-labunya... biarkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)