Monday, January 5, 2009

Gambar Raye 2008


Suka betullah bila guna photo editor nie.. senang nak combined pixie.. takyah lah nak tempek gambar satu-satu. Boleh buat byk gambar all in one. Walaupun gambar nie dah lama saje jer nak letak gak.. sebab masa raya hari tu tak sempat nak letak.
Tema untuk tahun nie adalah golden brown.. sebenarnya i'm not sure colour tu dipanggil apa.. coklat ke perang ker gold ker.. pening sungguh masa nak decide tema utk tahun nie.. last2 pegi kedai amik jer kolor yg berkenan memandangkan kolor nie lum penah lagi jd tema. Mula2 we all yg girl nie takmo pakai kain yg sama.. boring ler plain jer kan.. ingat nak cari warna yg sama tp bunga2. Tapi bila pikir2 bila la nak survey kain tuk girl plak.. rase cam tak sempat jer.. so terpaksa ler sama jer dgn boys.. cuma we all tambah batu2 permata, nak bagi blink2 sket baru glamer...
Raya 2008 disambut kat umah my mom kat Batu Pahat so this year kena lah plak beraya kat umah MIL. Takpe lah raya mana2 pon sama jer...Janji raya...
Yang spoil nya Nina takmo bergambar.. susah sangat nak diajak bergambar geram jer aku tengok.. pepagi raye dah buat hal.. hilang mood nak berposing.. last2 kita org bertiga jer yg bergambar.


Nina tengah menyakat syahmi... tangan mama terpaksa enterprem.. Nak tunjuk batu2 permata dilengan baju hehehhe.. tampal sendiri nie dipagi raye...hangin tul laki aku masa tu... ampon bangggg..


Nina yang sedang dalam percubaan melarikan diri kerana takmo gambarnya diambil. Hii.. dia nie memang berangin sket.. ikut mood dia jer.. mood mak dia, dia tak heran... bocah-bocah...

Saturday, January 3, 2009

Bunga-bungaan


This picture was taken during my vacation to Beijing China, somewhere in April last year (Chewah speaking London plak). Ni bunga dari pokok buah peach, diaorg percaya kalau makan buah peach boleh panjang umur....Actually saje nak cuba try test software yang baru download... lepas nie kalau dah terrorist bleh ler update gambar2 lain.


This is the same picture as above but with some modification.. layan jelah...

Thursday, December 25, 2008

Tahun Baru Datang Lagi....

Sedar tak sedar dah sampai end of the year. Rase cepat sgt masa berlalu. Bila dah hujung2 tahun nie biasa la... kena tgk dan renungkan semula apa yg dah berjaya dibuat sepanjang tahun 2008 nie.Tercapai ke misi dan visi yg dihajatkan atau dipikirkan 12 bulan yg lalu.. Yang pasti misi nak menguruskan berat badan memang tercapai walaupun taklah capai target tp at least kurang lah gak.. kalau nak diikutkan dpt turun 10kg tp after raye ari tu dah naik 3 kg.. so total 7 kg jelah...

Kat office pun sibuk buat penilaian sasaran kerja tahunan (SKT. Bagi kerja2 yg tercapai ikut apa yg di sasarkan tu baguslah tapi bagi yg tak tercapai tu kena plak pikir reason.. Tapi alhamdullilah apa yg dlm SKT semua tercapai hampir 95%, yg bakinya tu adalah sikit here n there.

Sekarang pun dah kena pikir tuk next year punya plan plak. Anak2 dah makin besar, nak kena tambah lagi ker? Nina dah sibuk suruh mama tambah baby lagi. Nina pun next year cadang nak dimasukkan class smart reader. Dah berkobar2 dia nak gie sekolah.. tp masih pakai pampers lagi.. camner tuh? sib baik kelas tu cuma every sunday 9-11 am jer.. kalau tak haru gak..

dah penat celoteh nie. tatau nak boh gambar apa.. kalau tak letak any pictures cam tak best lah plak.. oklah layan jerlah gambor2 yang takde kait mengait ngan cite kat atas...


Nina tengah khusyuk berdoa agar mama hantar masuk smart reader next year... hehehehe.. sebenarnya tak tau pun apa yg didoakan, doa biasa dia.. Ya Allah ya tuhanku ampunkan lah dosa mama dan papaku...


Opss.. nanti dulu mama org tak ready lagi nie..

Wednesday, December 17, 2008

Apple cake



Apple Cake saje2 buat sbb nak mengabiskan apple hijau yg cam nak expired lam peti ais. sorang pon tak mau makan. pikir2 drpd buang camtu jer baik buat something dgn apple tuh. so ini ler jadinya...
Resipi cilok dari Kak Yani MyResipi tapi modified sket. Buah apple letak 2 biji sebab nak perabis stok. pastu tambah 2 sdb fresh milk nak bagi moist ler kunun nya.. Tp rase kek nie memang superb.. YUMMY...disertakan resipi yg di kopipes jer dari web MyR.. malas nak taip semula... sorry Kak Yanie...

APPLE CAKE

Bahan-bahan ( 18x18 cm )

* 1 biji epal
* 100g mentega-suhu bilik
* 80g gula halus + 2 sudu besar gula
* 2 biji telur
* 100ml fresh cream/whipping cream
* 150g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

Friday, December 12, 2008

Along"s Wedding

6 Disember 2008, along bukan ah loong yea(anak sulung kepada pengasuh anak-anakku) telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Seminggu sebelum tu, nina adalah antara org yg tersibuk (or menyibuk)sekali. Tiap2 mlm takmo tido kat umah asyik nak tido umah Kak Ros, banyak keje kata nya. keje menyibuk.. hehhehhe.
Tema purple telah menjadi pilihan. aku pon tumpang sekaki mengenakan baju purple supaya selari ngan tema... Majlis Nikah diadakan sehari sebelum iaitu hari jumaat lepas asar, tp nak jd cerita Jurunikah yg sepatutnya dtg 5.30 ptg sampai jam 6.30 ptg, sian pengantin dan rombongan dari pihak lelaki yg terpaksa menunggu lama.Ditambah pulak dengan hujan yg turun mencurah-curah. seb baik ta banjir... kalau tak mau haru biru jadinya. Jom la layan gambor2 sekitar majlis tersebut.

Gambar selepas nikah.. sian pengantin dah dekat kul tujuh dah masa tu.
Pasangan pengantin bersama adik beradiknya. dari kiri Aween, Arip, Along, Naz dan Adik.

Nina dan Along. Nina dengan senyum plastiknya... senyum yg dibuat-buat...comel ler konon...kalau kata tak comel marah plak nanti.

Nak gak enterprem.. asyik nina jer yg glemer, mama pun nak tumpang sekali...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails