Wednesday, December 17, 2008

Apple cake



Apple Cake saje2 buat sbb nak mengabiskan apple hijau yg cam nak expired lam peti ais. sorang pon tak mau makan. pikir2 drpd buang camtu jer baik buat something dgn apple tuh. so ini ler jadinya...
Resipi cilok dari Kak Yani MyResipi tapi modified sket. Buah apple letak 2 biji sebab nak perabis stok. pastu tambah 2 sdb fresh milk nak bagi moist ler kunun nya.. Tp rase kek nie memang superb.. YUMMY...disertakan resipi yg di kopipes jer dari web MyR.. malas nak taip semula... sorry Kak Yanie...

APPLE CAKE

Bahan-bahan ( 18x18 cm )

* 1 biji epal
* 100g mentega-suhu bilik
* 80g gula halus + 2 sudu besar gula
* 2 biji telur
* 100ml fresh cream/whipping cream
* 150g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

Friday, December 12, 2008

Along"s Wedding

6 Disember 2008, along bukan ah loong yea(anak sulung kepada pengasuh anak-anakku) telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Seminggu sebelum tu, nina adalah antara org yg tersibuk (or menyibuk)sekali. Tiap2 mlm takmo tido kat umah asyik nak tido umah Kak Ros, banyak keje kata nya. keje menyibuk.. hehhehhe.
Tema purple telah menjadi pilihan. aku pon tumpang sekaki mengenakan baju purple supaya selari ngan tema... Majlis Nikah diadakan sehari sebelum iaitu hari jumaat lepas asar, tp nak jd cerita Jurunikah yg sepatutnya dtg 5.30 ptg sampai jam 6.30 ptg, sian pengantin dan rombongan dari pihak lelaki yg terpaksa menunggu lama.Ditambah pulak dengan hujan yg turun mencurah-curah. seb baik ta banjir... kalau tak mau haru biru jadinya. Jom la layan gambor2 sekitar majlis tersebut.

Gambar selepas nikah.. sian pengantin dah dekat kul tujuh dah masa tu.
Pasangan pengantin bersama adik beradiknya. dari kiri Aween, Arip, Along, Naz dan Adik.

Nina dan Along. Nina dengan senyum plastiknya... senyum yg dibuat-buat...comel ler konon...kalau kata tak comel marah plak nanti.

Nak gak enterprem.. asyik nina jer yg glemer, mama pun nak tumpang sekali...

Wednesday, November 19, 2008

Kek Lapis Asam Manis

Waktu rehat yang lama masa hari Jumaat utk minggu ni telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti memasak Kek lapis asam manis. Memandangkan memang ada dapur dan perkakas yg sesuai maka aktiviti ini pun diteruskan. Kak Tosiah selaku chef pada hari tuh telah buat demostrasi camner nak buat kek nie. We all buat 4 biji sekali gus. Wokeh lah layan picture step by step how to make Kek Lapis Asam Manis.


Antara bahan-bahan yg diperlukan spt biskut marie kisar, susu pekat manis, asam duit-duit, baking powder, ovelatte,margerine, telur, esen vanila dan pewarna.

Cara-cara nak buat, firstly mestilah pukul margerin dan gula.


Masukkan Ovellate, baking powder and esen vanila

Orang kuat pada masa tu. Kaki pukul ni jangan main-main... tapi pukul margerin, telur dan sewaktu dengannya.Sifu siap pakai apron lagi... semangat berkobar-kobar.

Masukkan susu dan pukul lagi...

Masukkan biskut marie yang telah dikisar halus dan ditapis....

Last but not least, masukkan pewarna...

Bermulalah kerja-kerja melapis yang memakan masa yang agak lama. Laparnya we all masa tuh sebab tunggu our lunch tak sampai-sampai.


Antara krew-krew yang terlibat

Dan hasilnya....

Thursday, November 13, 2008

Sambutan Hari Raya MKAK

Sambutan pada tahun nie lebih meriah berbanding dgn tahun2 sebelumnya. Dari segi atucara majlis dan dekorasi tempat jamuan memang best la.. cuma makanannya kureng sket.. aku pon jd AJK tuk makanan n take part dlm persembahan sbb semua bahagian kena buat 3 persembahan. Meh la layan gambor masa jamuan tersebut.

Big Boss pon tak ketinggalan nak nyanyi lagi raye P.Ramlee. Memang kesukaan beliau nyanyi2 nie. kalau ada apa function mesti nak ada nyanyi2 karokea nie. Boss baru je menjalani minor surgery sbb ada block kat salur darah baru2 ni. Harap boss cepat sembuh nanti bleh nyanyi2 lagi...

Ni plak memang penyanyi wajib MKAK. Suara dia memang power masuk dalam OIM rangking top 20 you. Dia nie memang serba boleh.. nyanyi boleh, mengandam boleh, buat gubahan pon cantek.. memang berseni lah..

Bergambar bersama ketua bahagian dan big boss selepas habis jamuan. Inilah antara awek2 di Bhgn Mknn, MKAK.

Fruit Tart



Atas permintaan Mommy Lucy, disertakan resepi utk buat fruit tart. buah kat atas tuh bleh jer boh apa2, jgn boh buah getah or buah kelapa sawit dah ler.
Resepi dapat dari Kak Nis Singapore diamik dari website MyResipi. ok lah Layan...

Bahan-bahan kulit tart( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )
250 gm butter, suhu bilik
120 gm gula ising
2 biji kuning telur
440 gm tepung gandum, diayak dahulu
1 tsp esen vanilla
Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega

Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka atau buah-buah lain yg sewaktu dengannya.

Cara-cara
1). Adun semua bahan hingga menjadi doh.
2). Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
3). Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
4). Panaskan oven pada suhu 175C.
5). Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
6). Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.

Cara Membuat Inti Kastad:
1). Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
2). Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
3). Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
4). Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
5). Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
6). Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.
7). Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)

Selamat mencube.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails